Spina bifida (dalam bahasa Inggeris padanannya adalah split
spine) atau celah pada tulang belakang- ada ruas-ruas tulang
belakang yang gagal bercantum sejak proses awal kehamilan. Lazim disebut cacat pembuluh
saraf (neural tube defect/NTD), mengakibatkan cacat bawaan berupa
tungkai pengkor hingga kelumpuhan kaki, kehilangan kawalan buang air
kecil dan buang air besar. Selain kaki yang pengkor, antara tandanya adalah benjolan yang besar di tulang
belakang bahagian pinggang.
Jenis-jenis Spina Bifida
- Spina Bifida Occulta
Saraf tunjang adalah normal. Hanya sebahagian kecil tulang yang tidak bertaup. Lapisan kulit yang menutupi kecacatan ini juga adalah normal. - Meningocoele
Sebahagian dari meninges lapisan luaran saraf tunjang terjulur keluar tetapi saraf tunjang selalunya sempurna. - Meningomyelocoele
Sebahagian dari saraf tunjang dan meninges terjulur keluar dari tulang belakang yang terpisah.
Penyebab
- Sebab sebenar masih tidak diketahui
- Ia adalah disebabkan oleh kombinasi antara faktor genetik dan persekitaran.
- Salah satu faktor yang menyumbang pada keadaan ini adalah kekurangan asid folik sebelum mengandung dan pada awal kandungan.
Keterukkan
keadaan spina bifida adalah berbeza. Dalam keadaan yang ringan (milder
form), bayi tidak menunjukkan apa-apa tanda.
Sekiranya
kecacatan teruk yang mana melibatkan saraf tunjang , kemungkinan bayi
tidak selamat. Selalunya bayi ini akan mengalami kelumpuhan,
hydrocephalus (kepala besar di sebabkan pengumpulan cecair dalam otak)
dan lain-lain kecacatan sejak lahir/kongenital.
Tanda-Tanda
• Kemungkinan kelihatan benjolan di bahagian belakang. Ia adalah penonjolan saraftunjang atau meninges melalui ruang pembukaan di tulang belakang.
• Saiz kepala yang besar atau ukuran lilitan kepala membesar akan terjadi pada
sebahagian kes meningomyelocele.
• Bagi kes spina bifida occulta, perubahan warna kulit, lekok ,ketulan tisu lemak yang
lembut atau jumbai rerambut akan dapat dilihat di bahagian belakang.
Gejala
Sebahagian dari gejala dikesan peringkat awal dan yang lainya di kemudian hari.• Sakit dibahagian bawah belakang
• Sistem usus dan pundi kencing yang tidak berfungsi.
• Bahagian anggota kaki adalah lemah atau lumpuh.
• Hilang deria rasa dibahagian yang terlibat.
• Pembelajaran yang lemah.
No comments:
Post a Comment