Benda undangan Facebook ni sekarang dah jadi lazim bagi masyarakat kita, Semua dipukul sama rata dari jemputan reunion, mesyuarat, parti tupperware, jemputan rasmi dan lain-lain. Tak kira orang muda ke tua ke kita layan sama rata.. tak ke kecik ati mereka jika dijemput secara maya.
Kaedah ni terpulang pada orang asalkan jangan satu hari nanti kita ketandusan pendeklamator dan bijak pandai. Ibarat lagu yang tiada rohnya, macam tu la ibarat bercakap tanpa emosinya. Teknologi menghakis kebolehan dan kemampuan kita bersosial dan berkomunikasi. Jangan dah tua-tua nanti tak boleh-boleh bercakap depan khalayak ramai dan depan anak-anak sudah-semuanya guna sms.
No comments:
Post a Comment