Monday, September 28

SETIAP SEN TU TETAP DUIT KITA

SETIAP SEN TU TETAP DUIT KITA

Baru - baru ini aku makan di Restoren Coffee Village Cafe , laluan dari Putrajaya ke Bangi Lama/Kajang. Laluan ini menghala ke Desa Pinggiran.

Nombor GST betul. Di mana yang rasanya kurang tepat?

Jika jumlah makan untuk 2 orang berjumlah RM19.30 dan tambahan GST RM1.16. Ia berjumlah keseluruhan RM20.46

Berapa pelanggan wajar bayar pada kedai makan ini?
Adakah RM20.45 atau RM20.50?

Jika 1 pelanggan bagi tips RM0.04, 10 pelanggan dapatlah juga RM0.40. ternyata peniaga masih mengambil untung secara kecilan dengan GST walaupun harga makanan wajib menepati harga pasaran bahan mentah dan kos bahan api katanya.

Adakah peniaga meminta izin dan redha dari pelanggan? ringankan mulut sebut terima kasih, tanya makanan sedap ke tak pun payah.. sedap ke?..ntah ler...

Hmmm aku kena gayakan bahu gedik-gedik dan sebut......ok bye! macam Datuk Aliff Syukri

Thursday, September 24

SALAM AIDILADHA - 10 ZULHIJJAH 1436H

SALAM AIDILADHA 10 ZULHIJJAH 1436H

Aidiladha secara rasminya telah disambut di Malaysia pada Khamis, 24 September 2015 lepas.

Pagi itu selepas mandi sunat, aku dan rakan bergegas ke Masjid Putra untuk takbir dan solat sunat Aidiladha.

Keadaaan lalulintas di Masjid Putra Putrajaya memang agak lengang dan tersusun. Rata-rata yang sampai seawal jam 7.30 pagi aku lihat adalah 70% warga asing dan rata-rata dari Asia Barat.

Banyak jugalah yang sempat sesi selfie di sekitar Masjid Putra. Bangga jugalah kita sebagai rakyat Malaysia.

Ok, ini antara kelakuan menarik yang aku nampak sekitar masjid :


  • Orang asing rata-rata dari Asia Barat, datang dengan kemas, pakaian mereka sedondon sekeluarga dan rata-rata berwarna putih. Jahitannya amat cantik dan fabriknya memang nampak mahal lah. Mereka datang dengan ceria ibarat datang majlis besar yang meriah. Takde lah yang serius macam nak ambil exam.

  • Anak-anak lelaki seawal 2/3 tahun dibawa bersama. Mereka diasuh berpakaian formal. Pakaian mereka di negara asal mereka ketika ke masjid kebanyakkan adalah jubah. Mereka tidak pakai kurta, kain pelikat, atau pakaian seadanya yang biasa-biasa. Kebanyakan aku lihat orang tempatan pakai baju melayu tanpa songkok, tanpa samping atau kopiah disimpan di dalam kocek.

  • Warganegara Asia Barat akan sebolehnya mengambil saf hadapan sekali, semua keluarganya bersama. Jika penuh, mereka akan berdiri di saf terhadapan dan menunggu mencari ruangan yang sesuai bagi sesi keluarganya. Warga asing dari Bangladesh, Pakistan dan Nusantara kebanyakkannya di saf tengah, tepi atau berhampiran pintu keluar.

  • Ada 2 orang adik beradik dalam umur 2 tahun dan 3 tahun (comel pulak tu anak Arab memakai jubah kecil berwana putih). Yang abang di depan membawa seberkas kurma dan adiknya membawa sekotak tisu mengekor rapat abangnya. Disebabkan saf di Masjid Putra panjang (hanya saf depan sahaja ditawar kurma), si abang dan adik bertanya kepada ayahnya sambil menuding jari pada jarak saf yang agak jauh untuk edarkan kurma. Mungkin jauh sangat. Tapi apabila riak ayahnya nampak seperti menyuruh juga, terpaksalah si anak ni menurut arahan ayahnya mengedarkan kurma. Agak mengagumkan umur sebegitu boleh duduk diam dan boleh diminta membuat kerja tanpa karenah. Asuhan mereka mungkin sudah terbiasa di mana-mana.

  • Tak lama kemudian, seorang lelaki berkulit hitam dan berjubah putih membawa sebotol kecil pewangi untuk disapukan pada tangan jemaah di saf hadapan. Seperti biasa, hanya untuk saf depan sahaja. Aku nampak gigi putih pemuda tersebut senyum sepanjang menyapu minyak wangi tu. Baunya memang sah harga minyak wangi tu memang kategori sangat mahal. 

"Rasulluah SAW menyuruh pada 2 hari Raya agar memakai pakaian yang terbaik yang dimiliki dan memakai wangian yang terharum serta berkorban dengan (haiwan) terbaik  (HR al-Hakim)"

Antara sunah Rasullulah adalah jangan menolak pemberian kurma dan wangian kerana ia adalah nikmat kurniaan Allah yang disukai Rasullulah. Ada juga yang menolak, mungkin ada alasannya kot.

Habis solat sunat Aidiladha, disusuli khutbah. Masa ni ramai juga warga asing dari Asia barat beredar awal. Tamat sahaja khutbah, semasa beredar, aku nampak Tun Mahathir Mohamad. Nak salam memang tak dapat, ramai pelajar warga Asia Barat kerumun beliau semasa bergerak keluar. Ada yang ambil gambar, ada yang ambil video dan cuba untuk bersalam beliau. Banyak ilmu,  jasa beliau dan pandangan beliau diperhatikan orang luar kan. Moga Tun kekal sihat sejahtera.

Dan yang datang lewat tu boleh parkir di laluan utama tapi cepat-cepatlah balik alihkan kenderaan tu bagi laluan orang lain. Membuang sekecil duri di jalanan pun kan pahala besar, ni sebesar-besar kereta parkir tengah. Datang lambat, balik pun nak lambat, menyusahkan orang lain dan sampai bila kita taknak memikirkan akibat perbuatan kita tu pada orang lain. 

Tujuan hadir solat sunat Aidiladha ingin cari pahala bukan balik dengan perbuatan sia-sia. Habis je solat, berkumpul di luar masjid sambil merokok dan vape bagai. Pak Arab duit banyak tu pun tahu benda alah berasap2 ni tak perlu dan membazir. Masa keluar sembahyang raya ni ramai kanak-kanak peratikan, segan-segan dan sorok-soroklah sikit.

* Ikhsan Gambar dari Google

Friday, September 18

JUALAN BUKU PALING MURAH MENANTI ANDA




Mari-mari kita membeli buku untuk bacaan anak-anak dan juga mak bapak. Harga serendah RM1.00 di BookCafe.com.my

Banyak sangat buku dijual murah dan tahap lelong.

Pembelian RM100.00, percuma 1 buah buku, dan lagi penghantaran percuma untuk kategori tertentu sahaja.


SAMPAI BILA NAK JADI BEGINI...

Mengapa saranan hijrah itu amat digalakkan dalam kehidupan orang Islam?

Hijrah itu salah satu memperbaiki kehidupan dengan memperbaiki fikiran dan minda apabila berada di suatu tempat yang baru. Selepas berhijrah, jiran dan rakan pun baru, mencari pengasuh anak yang baru, suasana persekitaran yang baru, sekolah baru dan segalanya serba serbi baru. 

Serba serbi kena asimilasi dan memahami corak setempat dengan pengenalan diri yang baru.

Dari dulu kita diasuh begitu begini hingga ia jadi budaya tanpa soal jawab, kita mengakui ia gaya hidup yang diterima majoriti. Jika 10 orang katakan nama suatu tempat itu bernama sekian, 10 orang katakan orang itu gila, 2 tahun orang berulang-ulang sebut perkara yang sama, maka lama kelamaan ia jadi budaya yang susah dipadamkan.

Mengasuh budaya perlukan momentum berterusan dan jangka panjang agar ia secara ironi diterima pakai. Macam zaman dulu, membudayakan tandas duduk tidak dapat diterima masyarakat. Macam-macamlah, ada yang cakap jijik, ada yang cakap buasir, ada yang cakap leka membuang masa.

Hari ini, kita SETUJU menerima budaya ilmu dari orang yang negatif dan orang yang rosak akalnya, semestinya jika tak banyak, jadilah sedikit-sedikit ilmu negatif ni diturunkan kepada anak cucu cicit kita tanpa soal jawab kelak.

Budaya sinikal dan sindiran, memandang rendah keupayaan orang sepatutnya awal-awal kita nyahkan sama sekali.

Dulu zaman ICT melanda negara, aku pun selalu jumpa orang sebangsa yang begitu sukar menyerahkan perkakas komputernya jika rosak untuk aku baiki walaupun aku ada kelulusan dan kemahiran. Apa alasan mudah diorang?,  barang ni mahal, ko betul ke boleh repair, ko kelulusan apa.....dan metafora ini jadi tepu hingga akhirnya diserahkan peluang pembelajaran membaiki harta kita pada bangsa lain. Ada juga yang sinikal cakap, takkan harga repair orang Diploma sama dengan harga orang Degree hihi. Harga tawar-menawar tu kompemlah  nak diskaun aja - segan nak sebut.

Lepas tu, kesudahannya memang hantar ke orang tu le. Diorang pun bukan mahir sangat, baca rujukan Internet dalam Bahasa Inggeris pun tidak pandai. Cuma konsistensi diorang jadikan harta kita seperti tikus memperbaiki labu, maka jadilah ia sempurna setelah mahir memperbaiki harta 5/6 orang mangsa. Cukup 3 tahun, orang tu demand harga, kita pun setuju-GST katanya.

Kita pula membudayakan tidak berkira-kira, bayar sahaja, ia satu keputusan yang benar-benar betul apabila kita terima resit (official lah konon) tanpa usul periksa. Ya, bayar sahaja sambil-sambil membudayakan kawan-kawan kita memang spesis tak mahir benda-benda ni dengan muka penuh kepuasan. Kerja kita hanya datang, ambil dan bayar sahaja. Next datang lagi claim warranty pula lalalala. Kawan kita mana pandai claim warranty - katanya.

Jangan wariskan persepsi dan bayangan, wariskan ilmu bagi membantu orang membuat penilaian,

Esok Sabtu, hari ini Jumaat, semalam Khamis.
Akhir kata, "sampai bila nak jadi begini".

Selamat menunaikan Solat Jumaat.


Thursday, September 10

SISTEM MAKLUMAT RUJUKAN KREDIT PUSAT - CCRIS

SISTEM MAKLUMAT RUJUKAN KREDIT PUSAT - CCRIS

Aku rasa mereka yang mahir meminjam dan melabur memang mahir tentang CCRIS. CCRIS ni macam indikator jelas rutin dan behaviour seseorang apabila menjadi peminjam wang mana-mana institusi.

Ok, selain rasa CCRIS penting pada orang pelabur je, sebenarnya 1 sebab ia sangat penting pada seseorang yang pernah kehilangan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu, yang membenarkan salinan Kad Pengenalan dan dokumen penting diri pada simpanan seseorang, dan juga yang pernah sain mana-mana dokumen tanpa diketahui untuk apa.

Pernah dalam akhbar menyiarkan seorang nelayan yang kerjanya sebagai nelayan di laut dan berehat di pulau sahaja, terkejut apabila menerima tuntutan tunggakan dari institusi kewangan menuntut tunggakan bayaran kereta yang tidak pernah dibuatnya. Bukan puluh ribu RM tapi ratus ribu RM juga lah. 

Setelah diingat-ingat memang beliau ada menyerahkan Kad Pengenalan pada seseorang beberapa tahun dulu untuk pembelian kenderan tetapi dibatalkan pada saat akhir kerana hal peribadi. Begitu juga yang pernah berniaga kecilan meminjam skim itu skim ini wajar melihat semula paten apa yang dihutanginya melalui CCRIS sebelum menjadi parah. Paling elok 1@2 Tahun sekali, rajin-rajinkan diri ke AKPK atau Bank Negara untuk menyemak CCRIS ni. Jangan sepah-sepah salinan Kad Pengenalan serta dokumen penting - Jika buat salinan Kad Pengenalan, pastikan double cross silang dan tulis ayat tujuan di atas salinan tersebut seperti FOR MBSB LOAN APPLICATION


Entri ini disalin dari Laman ini :
dan diterjemahkan oleh :


“Apa Benda Laporan CCRIS Ni?”

CCRIS – singkatan kepada Central Credit Reference Information System. (Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat).

Ia adalah sistem yang Bank Negara wujudkan untuk mengumpul semua maklumat kredit (hutang) sesuatu peminjam atau bakal peminjam ke dalam sebuah laporan kredit standard.

Laporan CCRIS ini boleh diberikan kepada pihak bank atau institusi kewangan yang menawarkan pinjaman, dan juga peminjam (atau bakal peminjam) itu sendiri.

Biasanya, pihak bank memang akan rujuk laporan CCRIS ni bila korang mohon apa-apa pinjaman, sebagai salah satu proses sebelum meluluskan pinjaman korang.

Kalau laporan CCRIS korang cantik, maka senanglah lulus loan tu.

Kalau laporan CCRIS korang tak cantik, maka sangat susahlah nak lulus loan tu.

“Apa Yang Ada Dalam CCRIS ni?”




Ada 3 kategori utama:

  1. Outstanding Loan (Pinjaman Berbaki)
  2. Special Attention Accounts
    1. Untuk akaun yang diiktiraf sebagai Non-Performing Loan, atau akaun yang diuruskan oleh program pengurusan hutang dibawah seliaan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
  3. Application for Credit
    1. Status permohonan sebarang pinjaman sebelum ini (Lulus atau Gagal)

PECAHAN KATEGORI

A: Outstanding Loan

B: Special Attention Accounts

C: Application for Credit

D: Baki pinjaman yang masih belum dibayar

E: Had maksima pinjaman.

Contohnya, kalau kad kredit korang boleh hutang sampai RM30,000, maksudnya had maksima pinjamannya adalah RM30,000 sahaja.
Kalau korang buat personal loan (pinjaman peribadi) RM100,000 dan dah bayar RM80,000, bahagian E akan tunjuk RM100,000, dan bahagian D akan tunjuk RM20,000 (baki pinjaman)
F: corak pembayaran (repayment behaviour)

Kalau ada nombor pada ruangan F ni, maksudnya korang tak bayar pinjaman pada bulan tersebut.
Contohnya, ada nombor ‘1’ dekat bulan July 2012. Maksudnya korang terlupa (atau sengaja taknak bayar) pinjaman pada bulan July 2012.
Berapa lama rekod hutang kita disimpan oleh CCRIS?

CCRIS simpan rekod kita untuk 12 bulan terkini sahaja. Sebarang rekod sebelum tempoh tersebut akan dibuang daripada sistem.

Apa yang bank paling pantang sekali dan tidak suka dalam laporan CCRIS korang?

1.Akaun yang ditulis “under legal action” atau “legal action being taken”, bermaksud korang sedang dikenakan tindakan undang-undang. Bank juga tak suka akaun di bawah Special Attention Accounts.

2.Kelewatan pembayaran atau tak bayar langsung. Maksudnya, pada bahagian F kita ada nombor selain ‘0’.

3.Penggunaan had pinjaman yang tinggi (high credit limit utilization). Kalau korang ada had pinjaman kad kredit RM30,000, tapi korang dah guna sampai RM28,000, kira tinggi la tu. Ia melambangkan pengurusan kewangan yang lemah kepada pihak bank.

4.Debt Servicing Ratio (DSR) yang tinggi. Maksudnya, majoriti pendapatan bulanan korang digunakan untuk bayar pinjaman-pinjaman yang ada.

Banyak sangat permohonan untuk pinjaman pada satu-satu masa. Bank akan nampak seolah-olah korang memang terdesak nak pakai duit.

Tips Mencantikkan Laporan CCRIS Korang Supaya Permohonan Pinjaman Perumahan Mudah Lulus

1.Kalau korang banyak hutang kad kredit yang tak bayar lagi, bayarlah sebanyak mungkin supaya mudah lulus loan.

2.Maklumat CCRIS ni akan dikemaskini setiap 15 haribulan setiap bulan. Contohnya, maklumat pinjaman pada bulan Januari hanya akan dikemaskini pada 15 Februari. Jadi, kalau korang nak apply loan lepas dah bayar hutang kad kredit, korang apply la lepas 16 Februari. Faham?

3.Kalau dekat bahagian F tu asyik tulis ‘1’ je setiap bulan, mungkin tarikh pembayaran dijadualkan untuk pinjaman tu terlalu awal, dan duit gaji korang tak masuk lagi masa tu. Dalam erti kata lain, korang bayar loan tu, tapi korang asyik bayar lambat je. Penyelesaiannya, cuba korang minta pada pihak bank untuk lanjutkan tarikh pembayaran yang dijadualkan tersebut (delay the billing cycle).

4.Kalau korang memang ada lambat bayar pinjaman, tunggu 12 bulan dari bulan yang lambat bayar tu, kemudian baru apply loan. CCRIS simpan maklumat kita 12 bulan je.

5.Hadkan permohonan pinjaman dan kad kredit korang. Macam Tok cakap tadi, banyak sangat permohonan pinjaman dan kad kredit pun tak bagus juga.

6.Untuk korang yang baru bekerja dan tak pernah ada apa-apa hutang, termasuklah kad kredit, pinjaman kereta, pinjaman rumah dan sebagainya, bank mungkin tak berani nak bagi pinjaman penuh untuk korang.

Contohnya, korang minta pinjaman RM100,000, tapi bank boleh bagi RM80,000 sahaja, sebab bank pun tak pasti sama ada korang ni boleh bayar pada waktunya atau tidak.

Jadi, apa nak buat? Mohonlah satu kad kredit, guna sedikit, kemudian bayar terus.

Kesimpulannya, sebelum korang apply loan rumah, baik korang check dulu laporan CCRIS ni. Kalau dah memang laporan CCRIS korang tak cantik, tak payah harap sangat la permohonan korang tu akan lulus.

Di mana nak dapatkan laporan CCRIS ni?

  • Korang boleh pergi sendiri di Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur, dan cetak di kiosk yang disediakan. Korang perlu bawa kad pengenalan yang berfungsi dengan baik (cip dia tak rosak)
  • Pergi ke pejabat AKPK terdekat di negeri korang. Mereka boleh cetak di situ.
  • Hantar email atau fax kepada http://creditbureau.bnm.gov.my/reportobtain.html.

Monday, September 7

CARA MEMOHON PEMASANGAN UTILITI ELEKTRIK, IWK DAN AIR




CARA MEMOHON PEMASANGAN UTILITI ELEKTRIK, IWK DAN AIR SAMB, BAYAR CUKAI TANAH DAN CUKAI TAFSIRAN


Bagi pembeli rumah di kawasan sekitar Melaka, bolehlah merujuk artikel ini yang aku salin dan perbaiki dari blog seperti rujukan.


1. TENAGA NASIONAL BERHAD


** Sebelum itu boleh rujuk Bil TNB alamat rumah tersebut ataupun bil TNB alamat berhampiran. Pada bil yang aku tengok ni, depositnya RM120.00. Tetapi mulai Februari 2015, deposit telah ditetapkan sebanyak RM250.00.

Tahun 2011 semasa aku bayar deposit TNB rumah di Johor Bahru dalam RM150.00, sekarang aku tak pasti nilai depositnya. Jadi anggapan aku, Deposit TNB ini kekal RM250.00 mana-mana negeri bermula Februari 2015.


Untuk meter elektrik ini kita boleh bahagikan kepada 2 kategori:


    1.1 Kes 1: Membeli rumah dari pemaju;


Biasanya pemaju akan menghantar lakaran pendawaian secara laporan penuh kepada pihak TNB apabila projek perumahan sudah siap, jadi tuan rumah boleh direct berurusan dgn TNB terdekat dan minta borang permohonan pemasangan meter. Tuan rumah juga perlu sediakan dokumen spt di bawah:

  •     Sales & Purchase Agreement (S&P) - 1 salinan lengkap
  •     Kad Pengenalan pemohon (depan & belakang), serta nama Waris dan No Hp utk dihubungi  - 1 salinan
  •     Deposit pemasangan meter - RM240
  •     Setem hasil - RM10


    1.2 Kes 2: Membeli rumah dari orang lain;


i. Jika kita memohon dlm tempoh 12 bulan atau KURANG dari tarikh tuan rumah asal tamatkan akaun meternya, kita tak perlu lantik kontraktor (lantikan TNB). Boleh terus pergi ke TNB dan lampirkan dokumen seperti di atas. (Ini kes aku, aku bayar bil tertunggak dan maklum pada pemilik rumah asal, SMS  dan lampirkan dalam Watapps dan terus tukar pindah milik - meter masih guna yang asal, cara ini tidak perlukan akaun asal pemilik lama ditutup, sekadar berpindah milikan sahaja)


ii. Jika tuan rumah asal sudah tamatkan akaun meter LEBIH dari 12 bulan, kita perlu lantik kontraktor (lantikan TNB) utk uruskan hal tersebut. Semua akan diuruskan oleh kontraktor, kita hanya bayar dan sediakan dokumen yg diperlukan:

  •     Sales & Purchase Agreement (S&P) - 1 salinan lengkap
  •     Kad Pengenalan pemohon (depan & belakang), serta nama Waris dan No Hp utk dihubungi  - 1 salinan
  •     Deposit Pemasangan Meter  - **RM250
  •     Setem hasil - RM10
  •     Caj Proses Pertukaran Pelanggan RM3.00 dan GST RM0.18
  •     Kes melebihi 1 Tahun - Tambahan RM120 (fi Kontraktor tidak termasuk caj-caj lain)


* Kita boleh hubungi branch TNB terdekat utk dapatkan no telefon kontraktor berlesen yg berhampiran.
* Pemasangan meter dlm tempoh 2 hari selepas borang permohonan dihantar.



2. SYARIKAT AIR MELAKA BERHAD



Utk meter air rasanya lagi mudah. Terus ke syarikat air negeri SAMB  dan dia akan bagi borang utk diisi lengkap. Juga bawa dokumen dibawah:


Utiliti air juga mewajibkan bagi akaun air rumah yang TIDAK AKTIF >1 tahun, diwajibkan mendaftar pada kontraktor lantikan SAMB.

Pihak SAMB akan melampirkan senarai kontraktor yang dilantik untuk kita hubungi. Kebanyakkan kontraktor mencaj harga yang tidak seragam antara RM350-RM600, jadi kena lebih kerja sebelum memilih kontraktor kalau nak berjimat maklumlah baru bayar rumah kan. Masa diambil kontraktor dalam 14 hari bekerja atau kurang. Antara kerja kontraktor adalah memeriksa tekanan air dan paip sambungan di pagar mestilah seperti asal tanpa meter air. 

SAMB akan minta kita serahkan semua dokumen dan bayaran pada kontraktor. Kita hanya boleh membayar tunggakan akaun sedia ada sahaja. Rajin-rajin cari kontraktor dan serahkan wang, salinan Kad Pengenalan dan S&P pada kontraktor. Kes rumah aku, kontraktor minta RM250 dan dokumen berkaitan....dan siap.

Akaun Air yang TELAH ditamatkan <1 Tahun, boleh berurusan seperti biasa di kaunter SAMB. Kos yang dikenakan termasuk deposit adalah dalam RM122.40 (rujuk bawah).


Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)
Lot 897, Wisma Air, Jalan Hang Tuah,
75300 Melaka
Tel : 06-292 1758
Faks: 06-2815800
aduan@samb.com.my

  •     Sales & Purchase Agreement (S&P) - 1 salinan penuh
  •     Kad Pengenalan Pemohon depan dan belakang - 1 salinan
  •     Deposit meter- RM70.00 + Caj Pemohon Baru RM40.00 dan GST RM2.40. Total RM112.40
  •     Setem hasil - RM10
  •     Kes melebihi 1 Tahun - Tambahan RM150 (fi Kontraktor tidak termasuk caj-caj lain)


Bagi Negeri Johor pula, aku dikenakan deposit air oleh Syarikat Air Johor sebanyak RM50.00. SAJ ni aku daftar pada tahun 2011 ya sekarang aku tak tahu



* Pemasangan meter selesai dlm tempoh 3-7 hari bekerja (kes normal)



3. INDAH WATER KONSORTIUM SDN BHD



Caj Bulanan IWK Domestik ialah RM8.00 dan + GST 6% dikeluarkan setiap 3 bulan sekali.


IWK Head Office
No 44, Jalan Dungun, Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur.
Contact Person : Puan Lini Feinita Muhammad Feisol 
Tel : 603 2780 1299 
Fax : 603 2095 5006 
E-mail :linif@iwk.com.my



IWK Office Melaka

(Enquiry & Payment Counter) No. 84 & 86, Jalan Mutiara Melaka 2, Taman Mutiara Melaka, 75350 Batu Berendam
Tel 06 - 317 3412
Fax 06 - 317 5418
Email razakj@iwk.com.my
Masa Operasi : 08.00 PAGI - 10.00 MALAM SETIAP HARI


Enquiry & Payment Counter
UTC Melaka - Lot 3-05, Wisma UTC, Jalan Tan Chay Yan, Off Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka
Tel 06-2860075


Perlu dimaklumkan bagi bil utiliti Indah Water yang tertunggak wajib dibayar samada oleh pemilik lama atau pemilik baru. Jika urusan jual beli rumah subsale yang mempunyai tunggakan, sila mohon pembayaran diminta dari pemilik lama melalui peguam anda.  

Pembeli juga boleh mendaftar jika masih ada tunggakan dengan syarat menjelaskan tunggakan terlebih dahulu. Cara mendaftar IWK adalah :

  •     Sales & Purchase Agreement (S&P) - 1 salinan penuh, Jika tiada, boleh juga bawa 1 salinan Resit Cukai Pintu
  •     Salinan Kad Pengenalan TIDAK PERLU
  •     Deposit TIADA
  •     Setem Hasil TIADA

Kes aku, peguam yang tuntut semua hutang dan kita kena follow-up balik IWK tanya baki hutang semua. Tanya juga jika pembentungan kita perlu sedut ke tidak sebab taknak la tersumbat kan. Ini jika patern perumahan ada yang pembentungan sendiri, ada juga yang pembentungan berpusat (tak perlu sedut).

Bagi IWK dokumen-dokemen seperti di atas untuk tukar nama. Jika tidak, bil masih gunakan nama pemilik lama.

Kaunter IWK ni paling pantas dan jarang ada pelanggan.

* Tunggakan IWK boleh merujuk peguam yang dilantik untuk uruskan


Kemaskini pada 27 JANUARI 2016, semua urusan seperti di atas boleh diselesaikan dalam satu bumbung di UTC Melaka Jalan Hang Tuah. Jangan lupa ke ARAS 3 ya. Setem hasil pun boleh didapatkan di Pejabat Pos UTC.


4. CUKAI TAFISRAN/CUKAI PINTU DAN CUKAI TANAH

4.1. CUKAI TAFSIRAN/CUKAI PINTU

Cukai Tafsiran/Pintu kena telefon Majlis Perbandaran. Kes aku, ke Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya. Pastikan nama korang dah tukar sebab caj semua dah bayar pada Peguam. Tunggakan tuntut pemilik lama melalui Peguam juga. Anggaran Cukai Tafsiran RM16.10 setiap bulan (x 12 Bulan). Bayaran Cukai Tafsiran untuk 6 Bulan Setiap Januari dan Jun. Penalti dikenakan kalau berhutang cukai ni.


4.2. CUKAI TANAH

Cukai Tanah RM14.00 Setahun, bayar di Pejabat Tanah dekat Wisma Negeri tu. Sebulan dalam RM1.17. Bayaran Cukai Tanah untuk 6 Bulan Setiap Januari dan Jun juga.

Jadi anggarkanlah dalam sebulan, anda kena bayar ansuran bank rumah dalam RMXXX.00 DAN cukai tafsiran/cukai pintu dalam RM17.27 DAN Caj IWK dalam RM8.00 (ada 6% GST). Pastu kalau sewakan harga market jika untung tu Alhamdullilah



Bagi urusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional pula boleh berurusan di ARAS 4.

Alhamdullilah hutang PTPTN dan Yayasan Negeri Johor aku dah selesai, jadi pandai-pandailah simpan SSPNi PLUS secara pemotongan gaji untuk anak-anak tercinta ya.

Melaka....saya suka ini negeri aummm




RUJUKAN



* UTC telah menjimatkan masa, tenaga dan wang dengan meletakkan institusi dan agensi kerajaan  penting di bawah satu bumbung. Masa yang diambil hanya dalam 30 minit setiap urusan (kes normal)

Wednesday, September 2

ANAK ANUGERAH ALLAH


ANAK ANUGERAH ALLAH

Alhamdullillah, sejak kehadiran anak, kebanyakan masa kita automatik telah beralih pada pembaikan dalam parenting skills, walaupun serba sedikit, adalah juga kan. Haiwan pun jadi garang ketika jaga keselamatan anaknya kan. Kasih sayang tu anugerah.



Banyak ibu bapa yang rajin2 cari skil dan tips di Internet mahupun buku sebagai persediaan memenuhi keperluan anak. Sekarang banyak tips cuma kena tapis je lah betul ke tak. Jangan perlekehkan bond anak dan ayahnya walaupun orang kata ibu melahirkan anak dan 9 bulan dalam kandungan, sebab memang terbukti skil bapak ni lebih interaktif.





Macam aku, syukur dikurniakan anak lelaki yang mempunyai perkembangan tumbesaran yang menghiburkan. Jujurnya, aku cuba memahami bahasa yang cuba disampaikan anak aku melalui lenggang lenggok dan perlakuannya. Kadangkala dengan bunyian pun ada. Masa inilah rasanya kita dapat tahu komunikasi kita pun berkembang sama. Sedar tak sedar anak-anak ni menunjukkan bayangan kita pada usia kita kecil sebenarnya. Seronok juga dapat melihat setiap hari anak aku berusaha memperbaiki langkahnya walau kerap jatuh. Kalau dengar mak kita cerita zaman kita mana nampak kan.



Anak-anak wajib memerlukan komunikasi yang menghiburkan setiap hari. Tak kisahlah bahasa macam mana nak sebut, nak menyanyi ke, nak bersyair ke, kalau ia jadikan anak  lebih konsentrasi dapat 3-5 minit diam bersama cuba memahami tu tandanya ada respons la. Jika dipanggil jauh pun datang, disuruh ambil barang pun dibuatnya walaupun kadang-kala salah barang yang diambil, tu da kira bonus. Paling hebat, apabila anak dengan senang hati memberi barang dalam kawalannya  apabila kita minta. Wahhh ini adalah ohsem!


Nasihat aku, ilmu dipilih menjadi ibu bapa nih datang apabila tiba masanya, tak semestinya petua orang lain sesuai dengan keperluan kita. Komunikasi tu penting, cara penyampaian juga penting. Memahami simbiosis juga penting.


Tak perlulah menasihati orang lain jika ilmu setahun jagung-kecuali orang minta pendapat ok ler, jangan hegeh-hegeh sibuk. Kelak kita dipersalahkan jika tak sesuai. Kalau elok pun bukan diucap terima kasih. Takpelah pandai-pandailah mu jadi ibubapa selepas dah akad nikah kan. Sekarang ni banyak sgt nak jadi pakar tanpa dipraktiskan mahir terlebih dulu.  Pelihara anak dan keluarga sendiri dahulu dan didiklah dengan cara islamik. Pakarkan diri dengan tingkah laku anak di usia awal lebih elok. Anak kita semestinya mewarisi gen dan tingkah laku mak bapaknya pun.  Menjadi ibu bapa juga adalah salah satu kaedah meringankan dosa kita . Begitulah peluang dan pusingan dalam hidup sebelum kematian.



Ada 4 tabie yang biasa diikuti semua manusia bergantung pada pendedahan awalnya. Tak kira tua ke muda.



Ada yang membesar sebagai Dominan (Active & Destructive), Jenis Bergantung (Passive & Constructive Style), Jenis Mengelak (Descructive - Passive) dan jenis Sosial (Active & Constructive). Ciri-ciri ini terdedah pada anak tanpa orang sedari tetapi kebanyakan orang  mengakui  ada template tertentu pada anak sulong macam tu, anak tengah macam tu, anak bongsu macam tu. Macam mana boleh jadi begitu sampai diwarisi turun temurun. Hah tu tanyalah pendapat ibu bapa yang anak ramai ketika membesarkan anaknya. Apa yang jelas karaktor ibu bapa adalah paling dekat dan setiap hari dipandang anak-anak. Kedudukan dan peranan tu diasuh dan dibudayakan ketika sampai masanya, contohnya dapat adik, dapat pengasuh baru, dapat kawan baru dan macam-macam.






Aku pun tak pastilah nak bersetuju sifat dan karaktor orang dipengaruhi bulan kelahiran sebab cari punya cari, 50% kajian pun tak tepat, mungkin kajiselidik atas borang pada beberapa ribu orang kot. 


Jadi ibubapa adalah saat yang paling best dan saat itu akan pergi begitu sahaja, maklumlah masa beredar dengan cepat, pejam celik anak dah masuk sekolah hehe. Yang penting didik anak mengikut perkembangan dan keperluan zamannya.- I LOVE MY SON




Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH