Monday, June 15

FIBROID ANCAMAN WANITA

WANITA berdepan pelbagai jenis penyakit antara ancamannya ialah ketumbuhan fibroid.

Hampir 20 hingga 40 peratus wanita dalam lingkungan usia 20 hingga 45 tahun berisiko berdepan masalah fibroid tetapi wanita yang akan hadapi masalah atau komplikasi fibroid adalah lebih kurang 10 ke 20 peratus sahaja yang diancam penyakit ini.

Fibroid tumbuh sama ada satu biji besar atau beberapa biji kecil tetapi dalam bilangan yang banyak. Bagaimanapun ia boleh membesar sehingga sebesar biji tembikai. Namun, belum dapat dipastikan sebab dan punca fibroid tumbuh.

Punca yang menyumbang kepada penyakit ini ialah ia lebih kerap dikesan kepada wanita yang tidak mempunyai anak atau lambat mendapat anak.

Selain itu, wanita berkulit gelap juga lebih terdedah kepada risiko fibroid, malah wanita yang didatangi haid di peringkat awal umur dan yang gemar memakan daging merah, kurang makan sayur serta buah-buahan.

Bukan itu sahaja wanita yang merokok dan mengambil minuman juga  berisiko mendapat fibroid. Antara faktor lain yang menyumbang ialah keturunan dan juga obesiti.


Hormon tidak seimbang

Ketidakseimbangan hormon mempengaruhi pertumbuhan fibroid, berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan fibroid itu membesar.

Hormon estrogen dan progesteron ialah dua hormon wanita yang menguasai kitaran haid.

Gejala fibroid antaranya ialah gangguan haid iaitu mengalami darah haid yang banyak dengan ketul darah, senggugut yang teruk, menekan pundi kencing sehingga menyebabkan kekerapan kencing bertambah.

Bukan itu sahaja, fibroid boleh mengakibatkan kemandulan, sakit pinggang, kadang kala sembelit. Sekiranya terlalu besar ia boleh menekan ureter iaitu saluran kencing dari buah pinggang ke pundi kencing yang akan menyebabkan buah pinggang bengkak. Lebih bahaya lagi ia boleh mengakibatkan rahim terjatuh atau turun ke bawah.

Kaedah paling efektif untuk mengesan ketumbuhan fibroid ialah melalui ultrasound. Kerana biasanya fibroid tidak akan menunjukkan sebarang simptom untuk kita ketahui tentang penyakit ini.

Oleh itu, elok untuk wanita membuat pemeriksaan papsmear dan ultrasound setiap tahun atau sekurang-kurangnya dua tahun sekali supaya fibroid dan juga cyts ovary boleh dikesan.

Kemandulan adalah satu komplikasi fibroid manakala 99 peratus fibroid adalah benign (bukan kanser) dan kebarangkalian fibroid menjadi kanser hanyalah satu peratus.

Bagaimanapun bukan semua fibroid yang dikesan melalui ultrasound memerlukan rawatan. Jika fibroid itu tidak memberi sebarang simptom ,ia boleh rawat secara konservatif.


Tetapi lawatan regular kena diteruskan.

Kebanyakan masa fibroid tidak akan menyebabkan masalah yang bahaya tetapi ia boleh menyebabkan pendarahan yang banyak di mana pesakit bolah dapat anemia.

Selain itu, satu lagi komplikasi yang bahaya adalah bila buah pinggang membengkak.

Sekiranya fibroid menunjukkan salah satu daripada simptom ia perlu dirawat dan rawatan yang paling sesuai adalah pembedahan untuk mengeluarkan fibroid itu.

Tetapi sekiranya wanita itu berusia lebih daripada 45tahun atau kurang tetapi telah menamatkan keluarga, selalunya kita akan nasihatkan untuk membuat ‘hysterectomy’ (buang rahim) kerana ia akan memberi rawatan yang kekal.

Bagaimanapun sekiranya wanita yang lebih muda dan masih aktif untuk mengandung, kita akan menasihatkan untuk‘ myomectomy’ (membuang fibroid sahaja).


Selalunya rawatan ini digunakan sebelum membuat pembedahan.

Pembedahan boleh dibuat secara ‘laparotomy’ atau laparoskopi ikut saiz dan kehendak pesakit.
Selain itu, doktor akan memberikan ubat suntikan untuk mengecutkan rahim tetapi ia tidak akan menghilangkan fibroid sepenuhnya dan rawatan ini hanya boleh diberi untuk enam bulan.

Fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim bagaimanapun ia tidak berbahaya dan bukan sejenis kanser.



Nota : Fibroid  ni atau nama saintifiknya“leiomyoma” semacam kanser tapi bukan kanser.
Dalam 99% kes uterine fibroid, hanya 1% cenderung kanser. Ianya sejenis ketumbuhan dalam rahim -Tisu pada rahim.  Pembesaran fibroid bole jadi sehingga sebesar bola.

Rujukan
 

Antara langkah yang dapat membantu adalah:

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti produk yang berasaskan tenusu, soya yang ubahsuai, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, karbohidrat ringkas, salt, caffein dan alcohol.

2. Buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.

 
  • Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).

     Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

     Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

     - phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
     - racun serangga (pesticides)
     - tobacco by products.
 
3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

4. Kawal berat badan anda.

5. Tidak merokok atau tidak menjadi perokok pasif. Minta tolong pada suami untuk berhenti jika dia masih merokok.
 
6. Elakkan penggunaan kosmetik, bahan pencuci, penggunaan plastik atau polisteren untuk makanan dan banyak lagi sumber xenoestrogen.
7. Fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini. 


Antara simptom-simptom fibroid atau cyst adalah :

 - haid yang tidak teratur atau berpanjangan
 - sakit perut
 - sakit ketika hubungan kelamin
 - perut membuncit
 - pendarahan abnormal


Thursday, June 4

MENCARI SAIZ T-SHIRT, SAIZ KASUT, SAIZ SANDAL?



MENCARI SAIZ T-SHIRT, SAIZ KASUT, SAIZ SANDAL?

HORMATI ORANG TIDAK KIRA MUDA ATAU TUA

HORMATI ORANG TIDAK KIRA MUDA ATAU TUA

Assalamualaikum, Dijangkakan kita akan menyambut Ramadhan lagi 14 Hari jika 1 Ramadhan 1436 tahun ini jatuh pada 18 Jun 2015 (Khamis). Kurangkan bercakap dan banyakkan kerja dalam diam atau kerja dilakukan dalam keadaan ikhlas. SE mungkin orang yang tidak suka bercakap banyak, suka bekerja sendirian dan berkumpulan apabila perlu, tapi ada masa jika kerja sudah selesai, barulah suka borak2, berkaraoke ke, tengok bola ke, wayang, snuker, bowling ke, tiada masalah.

Memahami pertanyaan orang dan menjawab dengan tepat mungkin bukan satu skil yang semua orang mampu, tetapi ikhtiarkan bertenang dan bercakap bila perlu, itu lebih memudahkan. Semoga sama-sama kita memperbaiki kekurangan dan keburukan dengan menghormati kata-kata orang yang lebih tua, orang yang lebih berpengalaman dan hormat orang yang boleh dikatakan lebih memahami dari kita. Bercakap sejelasnya dan pastikan ia difahami. Kadang2 SE pun hairan melihat gelagat manusia, keluar kedai makan, jalan lemah sungguh gaya tamat kerja buruh kasar, keluar duit di ATM, muka mencuka memanjang, keluar wayang, muka kelat2 macam blur tidak faham jalan cerita.

Ada juga yang SE lihat orang yang seronok mengulas filem ditontoni sepanjang jalan. SE bukan nak memandang buruk sangat perangai seseorang, tetapi jika kamu tidak bersedia, jangan berada di tempat tersebut. Beri peluang orang lain menikmatinya. Jangan mulakan hari dengan lewat dan bermasam muka.- kecuali muka tu tutup hijab sepenuhnya nampak mata sahaja.

SE paling tidak gemar orang yang apabila bertanya sudah diberi tunjuk ajar, tetapi diulangi semula dengan bertegas - "Orang tu cakap lain, orang ni cakap begini, orang tu kata boleh". Dia sendiri tak peruntukan masa nak mengkaji, disumbat bulat-bulat semua cakap orang hari demi hari, jangan diyakini karakter orang macam ini, kelak dia setiap hari mempunyai rujukan pelbagai silang yang boleh menyusahkan orang lain.




Jika anda tidak menzahirkan cara nak hormat orang, InsyaAllah, sekejap sahaja anda dihormati. Hargai usaha seseorang memberi tunjuk ajar sekurangnya dengan mengingati apa yang diajar dari mengulangi perkara yang sama dan pura-pura tidak tahu. 
Cikgu sekolah pun boleh meletup jika semalam dah cakap potong kuku, esok datang buat selamba sambil bertegas tiada siapa berpesan pun sebelumnya. Dijawab lagi kuku ini milik saya..Ahhhh lorat la orang macam ni, dia memang dilahirkan untuk mempunyai 1001 alasan daripada penyelesaian. Baiklah cikgu potongkan kuku ya (tidak sesuai dipraktikkan pada orang 12 Tahun ke atas).


Bertuahlah seseorang yang masih ada orang bersabar dengan kita. Dia mencuri masanya demi kita. Kita sekadar bertanya dan bertanya tanpa memahami keperluannya untuk dirinya. Kenapa dia berbuat itu dan berbuat begini, kita pertikaikan. Tapi dia mempunyai sejarah dan tingkah laku yang lepas untuk tidak ingin orang lain mengulangi kesilapan yang sama. Hilangnya hormat dan kasih sayang, maka bermulanya tiada komunikasi dan natijahnya sgt besar pada mana-mana perhubungan. Tolong jangan pertikaikan usaha jerih orang lain  walaupun nampak mudah pada kita, jika kamu mempunyai alasan lebih munasabah, kongsikan bersama.
Jauhi sifat-sifat yang buruk dalam perhubungan. Jika kamu mengungkit pemberianmu dan membandingkan seseorang dengan seseorang yang lain, tunggu sahajalah masa ia membuat perbandingannya. Lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janji dan amanahnya.

Berhenti Mengharap @ Berhenti menjadi harapan?







Tuesday, May 26

JANGAN BEBANKAN KEPALA MEMIKIRKAN MAGIS

Apa rancangan anda sejak awal Tahun 2015?

Sebenarnya merancang memang elok walau 100 entiti nak dirancang, rancanglah dan susun elok2. teknik merancang ini akan lebih tersusun kerana menjadi penyebab kepada membuat pilihan. Merancang ni lebih kepada menyediakan dalaman dan luaran diri serta mengkaji kaedah2 yang munasabah sebelum melaksanakannya.

Memang kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Tapi jika kita merancang nak beli Viva, tetiba ditakdirkan ada orang offer Almeera atau Livina percuma ke, itu perlukan 'pilihan' iaitu membuat keputusan, takkan la masih nak merancang lagi. Orang yang kerap merancang dalam tindak tanduknya, mempunyai satu galeri pengetahuan dan kemungkinan pelbagai senario dan penyelesaian segera yang menguntungkan. Ini SE belajar dari buku mereka yang rajin merancang dan memikirkan kemungkinan lebih awal sebelum orang lain melihatnya.

Rezeki Allah amat luas, jika tidak merancang bangun pagi pun, rezeki menjadi sukar, belum lagi  bangun pagi dalam kesihatan yang diuji. Dapat rezeki percuma, gunakan dengan cermat dan jangan komplen serta usik hartabenda tanpa izin pemilik. Bersyukur itu penting. Sebab apa SE cakap bersyukur? . Ia tanda2 awal ke mana arah kita seterusnya. Apa yang anda rancang pada Ramadhan akan datang?, Apa yang anda rancang untuk memperbaiki ilmu dunia akhirat? Senantiasa ikuti kelas pengajian atau jadual perancangan program-program akan datang. Sentiasa merancang keperluan jasmani dan rohani. Orang lain tidak akan memahami keperluan spesifik kita.

Banyak kita merancang, banyaklah kita cuba memahami dan mempelajarinya. Mencari ilmu, melabur modal sana-sini dengan ikhtiar cuba menjadi terbaik. Perlu maklum, ikhtiar manusia adalah kudrat dan izin dariNya. Kita sering mendengar, ada pihak cuba mematikan niat dan perancangan orang lain dengan ayat-ayat sedikit egois, sarkastik dan cuba membuat orang lain kekal pada takuk lama. Perlukah kita sensitif sangat dengan mereka-mereka ini?. Nak menyuap nasi ke mulut pun perlukan usaha. Belum pernah SE lihat orang menyuap nasi dengan menutup matanya sambil ketawa bangga.

Jika pilihan telah ada, contohnya telah memilih sesuatu aset, elok kita jangan fikir belakang memikirkan bandingan aset-aset lain lagi yang takkan habis dijual beli tu. Stay together dan rancang pelan ikut kedudukan semasa. Ya, jika dah ada aset, rancang pelan disebabkan ada aset, jika kehadiran cahaya mata baru, rancang untuknya terlebih dahulu. Keputusan selepas melakukan perancangan lebih menguntungkan berbeza keputusan yang dibuat tanpa perancangan. Idea dan sumbang saran penting tetapi kita yang berhak memilih sebelum menjadi terpilih.

Merancang lebih menyediakan zahir batin dalam keadaan sedia dan prihatin dari kesilapan. Jika yang dirancang tidak menjadi, ia masih boleh diselamatkan atau diminimakan impak dengan perancangan yang  lain. Qada dan Qadar urusan Yang Maha Esa, ikhtiarkan kudrat sebagai hambaNya, InsyaAllah dipermudahkan dunia dan akhirat. Hidup hanya sementara, mati itu pasti, kita hanya merancang, Allah yang izinkan.

Tuesday, May 19

RADANG APPENDIK (APPENDICITIS)

 
SIMPTOM - SIMPTOM Radang appendik menyebabkan beberapa simptom dan berubah mengikut masa.Tetapi bahagian yang sakit adalah berbeza-beza bergantung pada umur dan kedududkan appendik seseorang seperti : Peringkat awal (simptom yang kerap berlaku) : kesakitan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudiannya akan terasa hingga ke bahagian bawah kanan abdomen. Jika radang merebak ke tisu sekitar, kesakitan lebih menusuk dan semakin teruk. Loya dan muntah-muntah hilang selera makan sembelit sukar membuang angin cirit-birit bengkak pada abdomen demam Kesakitan yang teruk mungkin dirasai biarpun apabila abdomen disentuh secara lembut.Ia akan menyebabkan kesakitan yang berulang-ulang.Keadaan ini juga dapat dirasai jika kita batuk,berjalan ataupun keadaan yang bergegar.Kesakitan dapat dikurangkan jika kita mengiring atau duduk di mana lutut menghadap dada.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
SIMPTOM - SIMPTOM Radang appendik menyebabkan beberapa simptom dan berubah mengikut masa.Tetapi bahagian yang sakit adalah berbeza-beza bergantung pada umur dan kedududkan appendik seseorang seperti : Peringkat awal (simptom yang kerap berlaku) : kesakitan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudiannya akan terasa hingga ke bahagian bawah kanan abdomen. Jika radang merebak ke tisu sekitar, kesakitan lebih menusuk dan semakin teruk. Loya dan muntah-muntah hilang selera makan sembelit sukar membuang angin cirit-birit bengkak pada abdomen demam Kesakitan yang teruk mungkin dirasai biarpun apabila abdomen disentuh secara lembut.Ia akan menyebabkan kesakitan yang berulang-ulang.Keadaan ini juga dapat dirasai jika kita batuk,berjalan ataupun keadaan yang bergegar.Kesakitan dapat dikurangkan jika kita mengiring atau duduk di mana lutut menghadap dada.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Apendisitis yang teruk merupakan radang apendiks. Ia merupakan salah satu pembedahan kecemasan yang paling lazim dilihat. Ia boleh berlaku pada sebarang usia tetapi ia paling lazim di antara usia 10 dan 30 tahun.

SIMPTOM - SIMPTOM 

Radang appendik menyebabkan beberapa simptom dan berubah mengikut masa.Tetapi bahagian yang sakit adalah berbeza-beza bergantung pada umur dan kedududkan appendik seseorang seperti : 

Peringkat awal (simptom yang kerap berlaku) : 

  • Kesakitan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudiannya akan terasa hingga ke bahagian bawah kanan abdomen. Jika radang merebak ke tisu sekitar, kesakitan lebih menusuk dan semakin teruk. 
  • Loya dan muntah-muntah hilang selera makan sembelit sukar membuang angin cirit-birit bengkak pada abdomen demam 
  • Kesakitan yang teruk mungkin dirasai biarpun apabila abdomen disentuh secara lembut.Ia akan menyebabkan kesakitan yang berulang-ulang.Keadaan ini juga dapat dirasai jika kita batuk,berjalan ataupun keadaan yang bergegar.Kesakitan dapat dikurangkan jika kita mengiring atau duduk di mana lutut menghadap dada. 

PENCEGAHAN

Banyak orang beranggapan bahwa menduduki bagian dalam telapak kaki kiri dan menegakkan betis kaki kanan ketika makan adalah suatu hal yang dianjurkan karena itulah yang dilakukan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Ini adalah anggapan yang kurang tepat karena hadits yang menjadi dasar anggapan ini adalah hadits yang lemah (dha’if).
 
Tentang cara duduk seperti itu al-Hafizh al-‘Iraqi mengatakan: Diriwayatkan oleh Abul Hasan bin al-Muqri dalam kitabnya yang berjudul al-Syama’il dengan redaksi, “Kebiasaan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam jika duduk untuk makan beliau memilih posisi duduk orang gelisah dengan menjadikan lutut kaki kiri sebagai tumpuan agar mudah bangkit berdiri dan menegakkan betis kaki kanan kemudian mengatakan, ‘Aku hanyalah seorang hamba. Aku makan sebagaimana seorang hamba sahaya makan dan aku berbuat sebagaimana seorang hamba sahaya berbuat.’” 

Namun sanadnya lemah.
(Ihya’ Ulumuddin karya Abu Hamid al-Ghazali yang dicetak bersama al-Mughni ‘An Hamli al-Asar fi Takhrij Ma fil Ihya’ min Akbar karya al-Hafizh al-‘Iraqi juz 2 hlm. 5, terbitan Darul Fikr, Beirut, 1428 H).

Catatan: Diambil dari tulisan Ustadz Aris Munandar (semoga Allah menjaganya) dalam majalah al-Furqon edisi 10 tahun ke-10 Jumada Ula 1432 (April 2011).
Abu Aslam bin Syahmir (Rujukan)

* Sunah duduk ini akan dikemaskini semula untuk merujuk sumber yang sahih.


Sila Rujuk :
  1. http://klinikmansurah.blogspot.com/2009/02/appendicitis.html
  2. http://www.cgh.com.sg/Health_Library/Health_Information/Pages/HealthLibraryDetails.aspx?DID=235 
  3. http://siakaphitam.blogspot.com/2013/01/punca-penyakit-appendiks-dan-rawatannya.html
  4. http://mamiraysha.blogspot.com/2011/11/kenali-simptom-radang-apendiks-anda.html
  5. http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130922/kn_04/Rawatan-awal-halang-derita-apendiks

SIMPTOM - SIMPTOM Radang appendik menyebabkan beberapa simptom dan berubah mengikut masa.Tetapi bahagian yang sakit adalah berbeza-beza bergantung pada umur dan kedududkan appendik seseorang seperti : Peringkat awal (simptom yang kerap berlaku) : kesakitan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudiannya akan terasa hingga ke bahagian bawah kanan abdomen. Jika radang merebak ke tisu sekitar, kesakitan lebih menusuk dan semakin teruk. Loya dan muntah-muntah hilang selera makan sembelit sukar membuang angin cirit-birit bengkak pada abdomen demam Kesakitan yang teruk mungkin dirasai biarpun apabila abdomen disentuh secara lembut.Ia akan menyebabkan kesakitan yang berulang-ulang.Keadaan ini juga dapat dirasai jika kita batuk,berjalan ataupun keadaan yang bergegar.Kesakitan dapat dikurangkan jika kita mengiring atau duduk di mana lutut menghadap dada.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Friday, May 8

SYARIKAT TREDCELL PEMILIK JAYA GROCERY BANGI GATEWAY DIDAKWA DIBAWAH AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUAN 2011



SYARIKAT TREDCELL PEMILIK JAYA GROCERY BANGI GATEWAY DIDAKWA DIBAWAH AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUAN 2011

SHAH ALAM 5 Mei – Syarikat Trendcell Sdn. Bhd. yang memiliki pasar raya Jaya Grocer merupakan syarikat pertama di negara ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengikut pertuduhan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Syarikat itu yang diwakili pengarahnya, Ting Pooi Guan, 59, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut yang dibacakan jurubahasa kepadanya di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid.

Mengikut pertuduhan, syarikat berkenaan didakwa menjual kacang bendi dengan menaikkan margin keuntungan bersih untuk sekilogram kepada RM6.60 iaitu daripada RM3.10 pada 1 Januari lalu kepada RM9.70 pada 3 Januari sehingga 20 Januari lalu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di premis Jaya Grocer, Lot C8, aras bawah, blok A, pusat beli-belah Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi dekat sini antara 3 Januari dan 20 Januari lalu.

Sehubungan itu, syarikat ber­kenaan didakwa gagal mematuhi Peraturan 2(2) Peraturan-peraturan Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (Mekanisme untuk menentukan keuntungan tinggi yang tidak munasabah - margin keuntungan bersih).


Pertuduhan dikemukakan me­­ngi­kut Seksyen 14 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan dihukum mengikut Seksyen 18 akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM500,000 dan untuk kesalahan kali kedua serta berikutnya boleh didenda maksimum RM1 juta.
Mahkamah kemudian mene­tapkan 9 Jun ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Datin Tay Lee Ly dan Aida Farihan Mohd. Nawi manakala syarikat itu diwakili peguam V. Kalearasu.

Rujukan 

SHAH ALAM: Trendcell Sdn Bhd, which owns Jaya Grocer supermarket, has become the first company to be charged under the Price Control and Anti-Profiteering Act 2011 for selling ladies' fingers at an unreasonably high price.

Its director Ting Pooi Guan (pic above), 59, who represented the company, pleaded not guilty to the charge at a Sessions Court here.

The company was said to have attempted to increase its profit margin by raising the price of ladies' fingers (okra) by RM6.60 per kilo (from RM3.10 on Jan 1 to RM9.70 from Jan 3 to Jan 20).
It was said to have committed the offence at Jaya Grocer’s premises at the Bangi Gateway Shopping Complex in Bandar Baru Bangi, between Jan 3 and Jan 20.

The company is charged with an offence under Section 14(1) of the Act which carries a fine of up to RM500,000 upon conviction.

For second or subsequent offences, the offender faces a maximum RM1mil fine if found guilty.
Sessions Court judge Ahmad Azhari Abdul Hamid set June 9 for mention.



Mari kita rujuk resit pembelian 1 contoh barang yang sama iaitu makanan bayi Nestle Cerelac beras merah.





Monday, April 6

TABIAT MINUM TEH O AIS PENYEBAB KEGAGALAN BUAH PINGGANG?

Tabiat minum ‘teh o ais’ penyebab kegagalan buah pinggang?



Kalau sekali pandang, kita nampak isu ini seakan merbahaya dan kalau boleh, perlu diharamkan terus minum minuman bernama teh ini. Namun begitu, kita kena ingat, cara pemakanan kita, bagaimana nutrien itu dicernakan / metabolize, semuanya bukan bersifat satu hala. Kita kena lihat ia dalam bentuk satu siratan yang berbagai hala.


Mungkin terdapat faktor-faktor lain yang menjurus kepada pembentukan batu karang (kalsium oksalat). Besar berkemungkinan diet individu tersebut rendah Magnesium tetapi tinggi Kalsium yang menjurus pembentukan Kalsium Oksalat berbanding Magnesium oksalat. Untuk pengetahuan, kes tersebut berlaku di Arkansas, negara Uncle Sam, yang mana diet mereke terdedah kepada sumber2 tenusu (tinggi kalsium) seperti chesse, susu, etc. Orang Malaysia kurang minum susu.


(untuk info, Magnesium oksalat lebih mudah larut dalam darah, berbanding kalsium oksalat yang kurang larut dan mudah termendap di buah pinggang. Justeru, oksalat lebih mudah disingkirkan menerusi air kencing kalau dalam bentuk Magnesium oksalat)


Selain itu, Cadmium yang terdapat dalam rokok juga berpotensi menjadi katalis penukaran vitamin C kepada oksalat, secara tak langsung tabiat merokok itu sendiri meningkatkan kadar pengambilan oksalat individu terlibat. Hal ini selalu terjadi pada abang-abang kaki lepak yang sering order teh o ais limau sambil menghembus-hembus asap rokok.
Teh O ais merupakan minuman yang popular di kedai mamak.
Teh O ais merupakan minuman yang popular di kedai mamak.

Boleh ke tidak minum teh O ais?

Teh O ais itu bukanlah suatu masalah. Kenapa perlu salahkan teh O ais sedangkan asid oksalik itu wujud dalam pelbagai makanan lain seperti bayam, coklat, dan kekacang?
Pada hemat saya, artikel tersebut mempunyai tajuk yang terlalu Hype, mungkin kerana ia sinonim dengan masyarakat Malaysia dan mamak. Selain itu, laporan itu hanya memetik satu sumber dan satu kes sahaja.

Walaupun ramai pakar urologist menasihati agar berhati-hati dengan pengambilan teh, namun belum ada kajian komprehensif yang menunjukkan hubungkait minum teh dengan sakit buah pinggang. Biasanya teh sering dikaitkan dengan manfaat antioksidannya.
Konklusinya, teh O ais tidak bersalah, namun cara anda mengambilnya mungkin salah, lifestyle anda mungkin salah, diet anda secara keseluruhan mungkin salah. Justeru bersederhanalah dalam semua tindakan. Jangan takut minum teh sekiranya buah pinggang anda normal, atau tak ada history dalam keluarga yang mengidap penyakit ini.

Dan jangan lupa banyakkan minum air masak juga.
p/s: Sedangkan ubat pun ada adverse effect. Ubat kalau diambil berlebihan pun jadi dadah.

Featured Post

BELI TANAH GERAN INDIVIDU DAPAT 3 - 5 TAHUN AKAN DATANG