Wednesday, March 11

DAPAT BenQ B502 DENGAN HARGA MURAH

Dapat BenQ B502 5iNch 6.99mm SmartPhone- Quad Core 1.3GHz [16GB] 2GB RAM Dual Sim 3G  dengan HARGA MURAH


Assalamualaikum

Alhamdullilah pada Rabu, 11 Mac 2015, SE menerima 1 SMS dan juga 1 Emel dari Superbuy berkenaan Smartphone B502 ini.

Apa yang menariknya , mari kita sama-sama baca SMS ini ya :

Tawaran ini hadir lama dah, masa tu SE cuma sekadar isi emel. Dalam hati tak mungkin nak beli HP dalam keadaan sekarang KECUALI harga murah. Lenovo S860 tu pun SE tunggu dah berbulan tak juga turun harganya.

SMS ini sampai lagi 4 minit sebelum jam 1200PM, masa pertama kali lihat tu, item dah habis sold, ok takpe refresh lagi dan item available, apalagi SE cepat2 la add to cart dan bayar seberapa pantas. Alhamdullilah dapatlah model ni BenQ B502 ni dan lagi kos penghantaran adalah PERCUMA!.

Dengan iklan Superbuy ini dihebahkan di Facebook dan Blogger lain, tentunya persaingan amat tinggi dan terhad pula tu.  Hasilnya hehe :





Bagi yang masih belum berjaya, bolehlah tunggu pada tarikh 13, 18 dan 20 Mac 2015 ini ya. Iklan ini memang diturunkan harga pada masa 1200PM tarikh tersebut dan kita kena sabar menunggu dan cepat2 beli, jangan tangguh-tangguh lagi. Untung sabut timbul, Untung Batu tenggelam.


Rujukan Model ini boleh dilihat di sini dan sini ya.


Semoga Berjaya



Thursday, March 5

KEDUDUKAN/POSISI KERETA DIBANTU OLEH.....

KEDUDUKAN/POSISI KERETA DIBANTU OLEH.....

Ini adalah diagram bagaimana kereta kita tetap utuh di atas jalan. Antara perkara yang fleksibel memainkan serapan bonggol dan lubang adalah Control arm, Drive shaft, Absorber.

Coil Spring akan tetapkan kedudukan jarak antara lower arm dan body arm.

Spring lah yang akan apungkan beban 1 tan kereta,

manakala shock absorber membantu menyerap tekanan. Tekanan ni untuk keselamatan kereta dan keselesaan pemandu.

Setelah anda tahu kompleksnya binaan kerangka kereta yang membawa anda ke mana-mana dengan selesa, adakah anda masih tidak menghargainya?. Adakah bonggol dan lubang di jalanan itu perkara kecil bagi kenderaan? Amalkan kelajuan pemanduan yang selamat dan jarak selamat semasa mengekori kenderaan.

Kenapa kereta berusia semakin bergoyang, terasa senget, terasa gegaran di laluan tidak rata? InsyaAllah, semoga diagram ini dapat memberi bayangan.








Thursday, February 12

JERAT MAUT KELAYAKAN BARU PINJAMAN PERUMAHAN

JERAT MAUT KELAYAKAN BARU PINJAMAN PERUMAHAN

Aku nak sambung artikel terdahulu saya DI SINI mengenai kenaikan kelayakan pinjaman kerajaan.

Ramai kakitangan kerajaan yang mulutnya terlopong melihat kelayakan baru ini.
Air liur mula meleleh...
hati meronta-ronta
Ye lah.. dulu tak mampu beli harga rumah yang macam tu..
sekarang dah mampu beli.
(Apa pulak terlopong meleleh-leleh ni??dulu tak mampu beli?Sekarang mampu beli?, Aku tak setuju gaya tulisan begini, Bahagian Perumahan Kerajaan juga ada kaedah menggunapakai kiraan kemampuan dan maksima kepada kelayakan. Jika DSR sudah melebihi 70%, pembayaran ini boleh digabungkan bersama isteri dengan nisbah tertentu. Bagusnya Perumahan Kerajaan menggunapakai DSR tak sama dengan bank yang ada kalanya DSR 61% tidak diluluskan pinjaman lagi-sudah nazak katanya)


Apa lagi.. gelojak jiwa membara! (Apa benda la ayat ni..)


Bagi yang bergaji asas RM 2,000, dulu cuma mampu jeling harga rumah berharga sehingga RM255K sahaja.
Apartment kos rendah, kos sederhana, atau teres subsale di kawasan yang agak jauh dari bandar.


Tapi sekarang bila kelayakan pinjaman sudah naik, mereka sudah boleh jeling rumah berharga sehingga RM320K.
Lebih banyak pilihan dan mungkin sudah boleh beli rumah teres dua tingkat subsale jika lokasi jauh sedikit dari pusat bandar.


Katakan  Malik, seorang kakitangan awam berumur 30 tahun ingin membeli sebuah rumah berharga RM320K dari pasaran subsale.
Beliau ingin membuat pinjaman penuh 100% untuk tempoh 30 tahun.
Beliau pilih insurans MRTA dari Etiqa.


Nak tahu anggaran bayaran balik, beliau beliau gunakan kalkulator pembayaran balik pinjaman yang disediakan di laman web BPP.


Key in maklumat yang diperlukan.



Hasilnya bayaran ansuran bulanan dijangka RM 1,597.55


Ini bermakna sekiranya Malik beli rumah yang berharga RM320K ni, bayaran ansurannya adalah sebanyak RM 1,597.55 sebulan.






Mari kita kira berapa Debt Service Rationya.


Gaji asas Malik tadi adalah RM2K sahaja. Tambah dengan elaun tetap lebih kurang RM700
Gaji gaji tetapnya adalah RM 2700


Andaikan Malik tak ada hutang lain kecuali pinjaman perumahan kerajaan ini, kadar DSRnya adalah:


DSR = (komitmen bulanan / pendapatan) x 100


DSR = (1,597.55/2700) x 100
         = 59.2%


Wowww.. Nisbah bayaran hutangnya sudah hampir 60%.
ni baru pinjaman perumahan tu je.


Kalau dia ada pinjaman kereta, pinjaman peribadi atau kad kredit?


Bayangkan kalau dia ada ansuran bulanan kereta Myvi sebanyak RM500, komitmennya jadi RM500 + RM1,597.55
= RM2097.55


DSR = (2,097.55/2700) x 100
         = 77.7%


wowowwww....


77% wang gajinya hanya untuk bayar hutang!





Mana duit untuk makan?
Mana duit untuk minyak kereta?
Mana duit untuk tol?
Mana duit untuk simpanan?
Mana duit untuk perbelanjaan keluarga?


Nampak tak bahayanya buat pinjaman kerajaan mengikut kelayakan maksima ini?


Pada akhirnya, kakitangan awam yang terikut-ikut trend ini akan makin tertekan kerana menanggung gaya hidup yang mereka sebenarnya tak layak.
Mereka layak buat pinjaman sebanyak itu,tapi mereka belum layak untuk tinggal di rumah semahal itu.


Hidup di bawah kemampuan.
Ini kata kuncinya, saya ulang sekali lagi.


Kecuali!


Kecuali mereka beli untuk disewakan. Bayar bulanan RM1,597.55 tapi rumah tu disewakan pada kadar sewa RM 2K sebulan.
Haa.. yang ni baru kena.


Mereka duduk menyewa atau duduk di kuarters sahaja dengan bayaran yang lebih kecil.


Apa pun, terima kasih kepada penulis, Aku cuma nak cakap tiada beza antara kakitangan awam dan swasta, kecuali yang membezakannya pendapatannya besar atau kecil je disamping wajib ditolak dengan pendapatannya. Itu sahaja income plus minus dalam hidup kena sedar , kena akuilah.

 Apa yang menjadi masalah, semakin berumur semakin tinggi kadar insurans dan masa tempoh bayaran adakalanya hanya tinggal 20-30 tahun dan ini menjadikan bayaran bulanan menjadi besar. Ini terkecuali jika membuat pinjaman perumahan penjawat awam kekal 30 tahun.

Artikel ini disalin daripada blog pakar perumahan :


KREDIT : Property Waltz

Monday, February 9

ROTAVIRUS USAH AMBIL MUDAH

ROTAVIRUS USAH AMBIL MUDAH

ROTAVIRUS dijumpai pertama kali pada 1973 di Australia.
Ia boleh tersebar melalui air, hidup di permukaan tangan manusia dan boleh bertahan beberapa hari di atas permukaan keras. Rotavirus juga boleh kekal di dalam najis manusia  hingga 7 hari.

Bayi di bawah umur 6 bulan digalakkan mengambil vaksin. 

Simptom utama Rotavirus adalah demam dan cirit birit tetapi amat bahaya apabila berlaku jangkitan pada bayi.

Pastikan air minuman dimasak terlebih dahulu walaupun ia telah ditapis dan kendalian tangan yang bersih dalam penyediaan makanan. Kerap mencuci tangan dengan sabun selepas melakukan kerja-kerja adalah amat digalakkan.



Wednesday, February 4

FENOMENA DIET ATKINS DAN BERDIET CARA SENDIRI

FENOMENA DIET ATKINS DAN BERDIET CARA SENDIRI

Pernah kita dengar Diet ATKINS?

OK, Tahun 2015 telah hampir 2 bulan lepas bermula, tapi SE masih dengan diet yang lama-tidak mengamalkan diet apa-apa la maksudnya.

Aidilfitri tahun ini diramalkan bulan Julai 2015 jika tidak silap SE. Baru-baru ini juga bertemu dengan kawan yang duduk semeja (baru kenal pertama kali). Semasa berbual tu terkeluarlah cerita dia berdiet selama 12 Bulan dan masih belum mencapai BMI sepatutnya.

Rupanya dalam 12 Bulan tu, dia telah berjaya menurunkan berat hampir 40KG. Bahagian ini yang SE terus berhenti  makan mee goreng , pusing kepada menghadapnya dan semakin rancak berbual.

Amalannya hanyalah tidak makan nasi atau karbohidrat sesuailah dengan keperluan kalori badan dia hanya di pejabat sahaja. Beliau tidak makan nasi atau sumber berasaskan karbohidrat dan tanpa alasan yang perlu, dia tidak akan ambilnya. Mungkin disini, keperluannya hanyalah ketika ke kebun.

Bila dirisik kenapa dia berdiet - alasannya adalah sebab lututnya semakin menunjukkan tidak mampu membawa BEBAN 24 Jam. Nampak jawapan pendek dan agak kelakar tapi kena smash jugalah kawan - kawan lain yang mendengar sama. 

Pelopor Kelab Diet Atkins (KDA) adalah Mohd Fazrin Daus (berjaya menurunkan 30 KG dalam masa 4 Bulan). Blogspot beliau.

Cerita di atas dan DIET ATKINS sebenarnya TIADA kaitan sebab kawan SE ni tidak tahu apa itu Atkins pun, dia sekadar berdiet sebab kesihatannya dan TIADA program serta senaman pun diamalkan. 

Hanya satu tips je, semua masuk melalui mulut, dan jangan kelam kabut nak masukkan dalam mulut asal saja namanya makan dan minuman.

Sebenarnya benda yang paling sukar nak mulakan diet ni adalah semangat. Jarang orang ada komitmen tinggi seperti mana pengamal diet. Itu pun semangat hadir selepas ditimpa masalah kesihatan.

Kesimpulannya - 

Gemuk memperlihatkan kita lebih tua dari usia sebenar- 2/3 tahun lalu berat SE 64KG tu sekarang dah 81KG
Gemuk membebankan organ dan sendi kita. Kesihatan juga akan merosot.
Gemuk lebih cenderung menghabiskan wang (makanan/minuman/pakaian)
Gemuk menyebabkan fungsi tubuh badan merosot, seperti bernafas, berjalan, tidur, seks dan sebagainya.
Gemuk membuat kita serba serbi malas.
Gemuk membuatkan kita mudah mengantuk kerana banyaknya kerja nak cerna makanan [tambahan]
Gemuk membuatkan kita menyesal tak bertempat, dan bertambah menyesal berbelanja banyak jenis produk kurus tapi tidak berjaya. Cari duit bukannya senang.
Gemuk membuat kita mempunyai persepsi berbeza dari orang normal. Kita mendahulukan selera makan- kawan minum teh O limau, SE makan mee goreng+teh tarik.
Gemuk fizikalnya kurang menarik - kawan SE tunjukkan gambar gemuk lamanya.
Gemuk membuatkan kita mudah dapat penyakit kencing manis, saraf tidak sensitif, berpeluh tanpa sebab. Itu bonus selepas cukup perkara-perkara di atas.

Terima Kasih


Thursday, January 29

MENCEGAH KEBAKARAN BERMULA DENGAN KESEDARAN

MENCEGAH KEBAKARAN BERMULA DENGAN KESEDARAN

Pernah ke kita melabur dalam hal keselamatan melibatkan api seperti pemadam api, pengesan asap, baju kalis api dan sebagainya? Jika kita sanggup melabur untuk keselamatan dan pemasangan CCTV, pagar tinggi, mangga kalis karat dan sebagainya, kenapa tiada peruntukan untuk alat pencegah kebakaran seperti hos air tekanan tinggi, sumber air di sudut berisiko, alat pemadam api dan sebagainya?

SE agak tertarik dengan ceramah oleh NGO baru-baru ini bahawa walaupun kes kebakaran menjadi-jadi, masih tiada kesedaran untuk melabur dalam sekitaran yang selamat dan kondusif mencegah kebakaran. Penghuni rumah tersilap memilih vakum pembersih, mesin basuh, TV, sofa, kabinet dapur, peti sejuk berharga ratusan ringgit dan mencecah ribuan ringgit  TETAPI lupa melengkapkan asas pencegah kebakaran dengan peruntukan RM200-RM500 sahaja. Ia diperlukan apabila tiba masanya. Sayangi keluarga anda dengan langkah awal yang mampu menyelamatkan nyawa dan harta benda.

Kebakaran hari ini bukan seperti dahulu kala, boleh dipadamkan dengan air, pasir, menutup kain basah dan mengibas-ibas kain. Material yang terbakar pada zaman ini lebih mencabar dengan kandungan kimia seperti dalam cat, plastik, kayu, sofa, PU dan sebagainya. 

Kebakaran yang bermula dengan percikan api mentol dalam 40 saat boleh menghasilkan suhu panas dari 120 darjah selsius kepada 450 darjah selsius. Sebab itu kebakaran di tingkat tinggi boleh menyebabkan mangsa dengan RELA HATI terjun walaupun tahu kesudahannya adalah mati.

Ramai mangsa mati bukan akibat kebakaran tetapi oleh sebab wasap beracun yang dihidu. Pemasangan jeriji yang tidak diselenggara - tiada kunci boleh dibuka atau kunci tidak diketahui kedudukannya melambatkan masa untuk melarikan diri. Ini diburukkan lagi dengan panik keterlaluan. Jangan mengunci jeriji jika anda tidak tahu di mana kunci tersebut diletakkan. Pastikan anak-anak di ajar asas mencegah kebakaran. Pasang alat yang boleh mengesan asap kebakaran dalam RM120 seunit di syiling strategik. Bangun malam ketika asap tebal adalah lebih berbaloi dari bangun malam ketika api merebak di merata-rata tempat.

Belilah sekurangnya 1KG alat pencegah kebakaran yang hanya berharga dalam RM60-RM90 dan simpan di tempat yang mudah akses. Pastikan soket dan pemasangan lampu limpah tidak berhampiran sofa, alatan kayu, plastik dan langsir.

Statistik menunjukkan punca dari elektrik adalah tertinggi. Kebakaran akibat LITAR PINTAS amat sukar dipadamkan terutamanya di syiling yang tinggi dan 1KG alat pemadam api memang tidak mencukupi. Pernah ke seorang tuan rumah mengira berapa palam pin soket di rumahnya? membuat selenggara pendawaian lama, menyemak alat pemutus litar automatik dan kerja-kerja rutin penjagaan perkakas elektrik di rumah?

Kebanyakkan pengguna gajet sekarang telah MEMILIH kehidupan berisiko dengan tidur sambil mengecas gajet masing-masing  dengan menyambung ke beberapa sambungan plug. Bayangkan jika ada 3 bilik melakukan kerja yang sama, lampu limpah terpasang, lampu akuarium dan sebagainya terpasang, ia mungkin menjadi bom jangka ketika kita leka di malam hari mencari pintu keluar dalam asap yang tebal.

Bermula sekarang, sediakan pencegah kebakaran yang paling kecil dalam 1KG untuk pencegah awalan. Banyak sumber boleh didapati serta banyak jenis pemadam api. Bermulalah mengumpulkan alat pemadam api yang sesuai di rumah. Ia tidak melibatkan kos berulang, hanya servis setiap tahun.

Kebakaran kenderaan yang berlanggar juga boleh diselamatkan jika pengguna jalanraya dan mangsa membawa bersama pencegah kebakaran di dalam kereta. Hanya kenderaan komersial sahaja diwajibkan PUSPAKOM membawa alat pemadam api. Rujuklah website untuk mengetahui jenis alat pencegah kebakaran yang sesuai disimpan di dalam kereta anda.

Rujuk Web ini untuk lebih memahami alatan pencegah awalan kebakaran.

Wednesday, January 7

GANTI DRIVE SHAFT MYVI DI BENGKEL KERETA

GANTI DRIVE SHAFT MYVI DI BENGKEL KERETA

Sebelum ni semasa membuat Wheel Alignment, memang dah nampak tanda-tanda Drive Shaft Kiri (Saiz Panjang) telah koyak getahnya. Bulan Julai tu, sekarang dan Januari 2015!!!

Memang kebiasaanya Drive Shaft ini boleh digantikan CV Joint sahaja iaitu hujung macam bebola tu siap dengan getah. Tapi agak berbaloi dan cepat sikit jika ganti sebatang terus, tak perlu menukang banyak sangat.

Rajah Diagram kedudukan Drive Shaft (Stereng Pemanduan Kiri)

Biasa harga kiri dan kanan sama dan upah pasang RM30.00. Jika terus ke bengkel, dalam RM240 - RM260 sebatang siap upah. Tapi jika nak mencabar dan jimat sikit, cari di kedai spareparts dan pilih jenama yang ada waranti.

Aku ganti dengan jenama ODM berharga RM190.00.

Ada tempat jual RM180.00. Bawa je lah ke bengkel untuk upah pasang. Jika lagi rajin, cari video Youtube banyak ada tutorial jika nak buat sendiri. Kali terakhir aku ganti pada tahun 2012, masa tu jenama lain dalam harga RM150.00 sebatang. Yang eloknya ke spareparts, kita boleh memilih jenama yang terbaik serta jaminan pengilang. Bengkel hanya bagi jaminan 1 bulan - 3 bulan sahaja.

Apabila getah telah menunjukkan tanda-tanda koyak, kemungkinan kekotoran telah masuk dan melekat di gris CV Joint (Constant Velocity Joint) ni. 

Tandanya DRIVE SHAFT KIRI rosak adalah apabila stereng belok ke KANAN, akan ada bunyi begitulah sebaliknya.

Bila di pandu, stereng akan bergegar dan semakin buruk apabila stereng gagal untuk membuat pusingan tayar - ini boleh menyebabkan kemalangan.

Lagi pun semasa memandu, gegaran dan bunyinya macam tayar nak tercabut je. Tips jaga drive shaft - Jangan lenjan kereta di selekoh tajam, jangan pusing habis stereng ketika membelok - ambil jarak kelegaan, dan jangan lowered kereta untuk kurangkan tekanan drive shaft lebih-lebih lagi saiz rem besar dan berat.


Satu perkara semasa menggantikan drive shaft ni, minyak gear akan dikeluarkan dan jika boleh dipakai semula, guna semula la. Tapi tengok juga bekas menadah minyak gear tu kalau kotor, was-was juga nak masukkan balik.

Ni minyak gear aku beli sebotol RM18.00 dengan isipadu 1 Liter. Myvi memerlukan 2.25 Liter (Rujukan Perodua). 2 Liter rasanya mencukupi.

Dah siap, cuba pandu jauh sikit pusing-pusing, senang sikit kalau ada masalah tukar hari yang sama.

Dah puas pusing, kena pulak kesesakan di Puchong (Projek MRT), lepas tu buat Wheel Alignment RM15.00 dan basuh kereta RM8.00. Enjin pun SE basuh upah RM6.00 - bersepah minyak kotor tanggal bila kena cecair merah tu. (kedai basuh kereta guna untuk tanggalkan minyak dan kekotoran) .


Jangan terperanjat harga ni, aku call Perodua (OKT 2016), Drive Shaft Kiri harganya RM960.00 dan Drive Shaft Kanan berharga RM1,060.00.

Harga ini tidak termasuk kos labour dan minyak gear semua. Waranti Perodua bagi 6 bulan.



Total Kes Aku

Drive Shaft Kiri : RM190.00 (Tak dapat diskaun lagi, cari kedai lain jika ada masa).
Upah pasang : RM30.00
Minyak Gear 2 Liter : RM36.00
Total : RM256.00

Wheel Alignment RM15.00
Basuh Kereta/Basuh Enjin RM14.00 
 Perbatuan :  227,043 KM




MEKANIK KEDAI INI (INDIA) MEMASANG SOKET TIDAK BETUL DAN MEROSAKKAN BUNGA SKREW - JIKA SKREW ROSAK TAKPE SEBAB MURAH, TAPI INI BUNGA DALAM  YANG ROSAK DAN PERLU BUAT BUNGA BARU SEMULA.

BUNGA SEBELAH DALAM GEAR BOX-CASING GEAR BOX DRAIN PLUG CROSS TRIP (Bulatan Merah) ROSAK  DAN LEAKING - pembaikan memerlukan turun gear box untuk buat bunga semula memakan  kos dalam RM200.00 !!!. 

Featured Post

BELI TANAH GERAN INDIVIDU DAPAT 3 - 5 TAHUN AKAN DATANG