Friday, August 23

Saiz Pakaian Kita Yang Mana?

Bulan Syawal ni terlalu banyak undangan rumah terbuka Aidilfitri hinggakan SE terpaksa katakan tidak dapat hadir awal2 lagi. Memenuhi undangan wajib tapi menjaga kesihatan pun wajib. Penuhi sahaja undangan yang rasa tidak dapat elak.

Sebab yang jujur cuba mengelak daripada terlalu banyak makan. Maklumlah berat da naik hampir 3 KG.

Masa santai untuk riadah pun dah semakin terhad, dan kurangnya aktiviti berjalan kaki, mulalah rasa nafas tidak cukup dan saiz seluar lama semakin ketat.

Graf sebelah ini boleh sama-sama kita nilaikan apakah saiz kita semakin melebar atau semakin mengecil. Yang pasti jika nak berlari dah semakin sukar, tanda-tanda nak gemuk simpan lemak la tu.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH