Kedai Buku Online

Thursday, February 6

KEPUTIHAN ATAU AIR KETUBAN?, BEKALAN SUSU BADAN BERKURANGAN




KEPUTIHAN ATAU AIR KETUBAN? BEKALAN SUSU BADAN BERKURANGAN

Apakah yang boleh dilakukan oleh wanita hamil trimester  akhir bulan mengalami masalah keputihan semakin banyak dan kegatalan di celah peha? Adakah masalah ini akan menjejaskan kandungan saya?

Fauziah Seremban.
Keputihan atau lelehan faraj yang lebih banyak daripada BIASA adalah NORMAL bagi wanita hamil.

TETAPI apabila anda mengalami keputihan pekat, berwarna putih seperti krim, kegatalan, sakit atau warna kemerahan sekeliling punggung dan faraj, merasa sakit apabila bersama suami atua ketika membuang air kecil, simptom SEBEGINI adalah disebabkan JANGKITAN.

Keputihan disebabkan oleh kulat mikroskopik @ yis yang dipanggil Candida Albicans . Kulat ini ada di dalam badan SETIAP orang dan merupakan sebahagian sistem penghadaman kita.

Bayi anda SELAMAT dan terlindung di dalam rahim dan tidak terjejas. kecuali jika berlaku jangkitan ketika bersalin.

Saya ingin bertanya adakah bekalan susu badan tidak mencukupi disebabkan oleh faktor KETURUNAN?


Bekalan susu yang tidak stabil boleh disebabkan banyak faktor. Anda HARUS menggalakkan bayi menyusu LEBIH KERAP dalam keadaan selesa. Bekalan susu berkurangan jika tidak dilakukan dengan kerap. Bayi yang baru lahir PERLU menyusu 10-12 kali sehari. Masa bayi menyusu biasanya 30-40 minit.

Susu badan berkurangan boleh disebabkan faktor meminum kopi (>5 cawan sehari), merokok, ubat penenang, antihistamin atau pil perancang keluarga.



Share:

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts