Kedai Buku Online

Wednesday, March 18

BEZA OIL PUMP DAN PISTON OIL RING

BEZA OIL PUMP DAN PISTON OIL RING

Sebelum ni dalam komen SE ada diceritakan tentang OIL FILTER. Terlanjur kerja di pejabat susah benar nak siap, jadi SE ambil peluang ni mencari lah artikel berkaitan.

Sekarang ni artikel gosip, politik, ntah apa ntah lagi memang banyak, buang masa nak sibuk hal sebegini sebab dunia mereka memang luas dan tiada penyudahnya.

Ada 1 blog yang best [http://mekanikkereta.blogspot.com] boleh kita sama-sama rujuk tentang tajuk OIL FILTER ini. Cerita ini berkenaan OIL PUMP dan secara langsung ada kaitan OIL FILTER.

SE senaraikan ringkas :

Bermula dari oil pump minyak hitam/pelincir disebar terus kepada keseluruhan enjin dari crank shaft sehingga lah kepada bahagian atas head silinder.Tanpa minyak pelincir tersebut enjin kereta mudah mengalami kerosakan dan tak dapat meneruskan kerja kerana geseran dan boleh menyebabkan berhentinya serta merta sebab kekesatan pada komponen.

AKIBAT DARIPADA KEROSAKAN OIL PUMP

  1. Enjin kereta berbunyi KASAR dan pelik
  2. Enjin kereta BERHENTI serta merta dan tak dapat dihidupkan semula
  3. Bunyi kuat dari ATAS HEAD
  4. Bunyi kuat dari BAWAH ENJIN seperti ada benda berlaga
  5. Bunyi oil pump itu sendiri yang amat pelik bunyinya
  6. ASAP HITAM yang banyak

AKIBAT DARIPADA KEROSAKAN PISTON OIL RING

Berbeza dengan Piston oil ring,komponen ini amat kecil dan nipis yang berkedudukan pada sekeliling piston,piston oil ring pula menyekat minyak pelincir dari masuk kedalam ruang pembakaran BUKAN menyebarnya seperti apa yang dilakukan oleh oil pump.

Piston oil Ring berada pada kedudukan paling bawah pada turutan ring pada piston seperti gambar ubahsuai  di bawah (ehsan drpd.highperformancecepontiac.com)



Terdapat 2 BENTUK OIL RING ,berbentuk pipih dan bentuk gegelung berselirat. Bilangannya adalah 2 untuk yang pipih dan 1 gegelung berselirat (JADI ADA 3 YA). Ketiganya saling bekerjasama dalam ruang blok untuk Piston. 
Bilamana Piston kereta turun naik dalam ruang blok  oil ring berbentuk  gegelung berselirat ini menyahkan kepanasan piston sahaja TANPA mengalirkan minyak pelincir kedalam ruangnya bekerja. Kerosakan kereta seperti patah oil ring dan kehausan oil ring akan menyebabkan kesan yang buruk kepada kereta tersebut seperti:-

  1. Minyak pelincir naik memenuhi head silinder
  2. ASAP PUTIH berkepul terhasil dari ekzos
  3. Bunyi enjin kereta yang seperti TERSEKAT DAN MENDAP
  4. Prestasi enjin menurun teruk
 Perhatikan perbezaan kedua kesan akibat kerosakan komponen enjin kereta ini,ia memang berbeza samasekali walaupun keduanya ada minyak pelincir sebagai bahan kerja.Bunyi enjin kereta juga  amat berbeza dan warna asap juga berbeza jika 2 komponen ini rosak.

Nota: Cara penyelesaiannya juga berbeza,oil pump perlu ditukar jika ia mengalami simptom kerosakan kereta seperti diatas manakala pecah oil ring pula overhaul mesti dilakukan kerana ia melibatkan banyak kesan sampingan seperti piston enjin rosak ,blok enjin retak, crank shaft enjin calar dsbnya.


Ni Contoh Crank Shaft/Piston, Jika nak menjaga komponen ini dan dalam enjin keseluruhannya, gunakan minyak enjin yang elok dan hayat mileage kena dititikberatkan. Ilustrasi gambar hanya contoh dari carian Google.


Share:

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

ARCHIVE

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts

Blog Archive