Kedai Buku Online

Tuesday, April 19

NANG NAK CERITA SERAM THAILAND VS CERITA SERAM MALAYSIA BEGINILAH

Semalam aku tengok cerita seram Melayu tempatan..
Kenapa aku serik nak tengok lagi..

Sebab kita boleh mengagak jalan cerita sangat senang dan mudah..Ia tak sesukar cerita hindustan atau cerita tamil. cuma agak panjang sedikit banding sesame street.
pelakon je lebih-lebih kerut muka nak tunjukkan emosi gitu..

Kenapa budak kecil apabila bercerita, kita seronok mendengar?
Sebab budak kecil cerita spontan tanpa skrip...
Bahasa dan lenggok pun walau kita faham sikit-sikit tapi komunikasi tu sampai...
Budak kecil comel, bercakap walau pelat pun kita faham...

Budak kecil tak perlu nak sergah-sergah audien...
Dia jerit bila tidak puas hati...
Tapi kita tetap khusyuk nak mendengar celoteh budak kecil hingga penamat..

Cerita seram di Malaysia ni bajet dengan tempatnya, lampunya yang jimat elektrik...
Sampai ke hospital pun dijadikan malap..
Masjid dan surau pun jadi malap.
Cerita seram di Malaysia minat sangat warna pakaian hitam, hijau tua, dan yang gelap-gelap..

Telekung pun hitam, serba-serbi hitamlah.. Kalau berlari pakai telekung, tiba-tiba nampak seluar panjang pula- tapi seluar pun hitam jugalah.
Cerita seram Malaysia ni, pelakonnya boleh dibilang berapa orang sahaja...

Cerita seram Malaysia ni, kalau hantu itu mesti hodoh dan boleh terbang atau terapung...
Kalau mati tu tak pernah berseri, dah jadi hantu suka main sembunyi-sembunyi aja.

Jika lawan otomen taro pun, dah boleh agak, lampu otomen cepat weak.. tapi cerita seram Malaysia ni, kehebatan hantu sangat luarbiasa, boleh membaca Al-Quran dan macam-macamlah penat nak bayangkan.

Hantu gesel-gesel dinding pun ada.. sekali hantu marah, siaplah mangsanya kena pukulan terpelanting ke belakang lebih 10 kaki jauhnya. Susah nak fahamkan motif hantu di Malaysia.

Hero cerita seram Malaysia ni memang jimat bajet sungguh.
Hero pun dia aja.

Macam kalau kita ke kedai makan, orang tulah nak buat roti canai, orang tulah nak jadi cashier, orang tulah nak ambil order...scene tu memang itu aja, muka sama aja.

Tanah kubur, penggali kubur, ustaz, pokok kelapa tu mesti ada dalam filem...
Lagi satu meja makan, televisyen tu ada juga...

Memang ganjillah kalau filem ada sikit shot rutin kehidupan harian. Ada anak, mesti orang gaji jaga atau duduk rumah je, pergi kerja tiada, tapi masa makan tak pernah lupa.

Kalau rumah tu mesti padat dengan hiasan, pasu-pasu, langsir sebesar-besar, kerusi rapat-rapat dan lampu tetap malap walaupun ada pencuri datang atau hantu ketuk pintu nak tumpang tandas - lampu pantang terang.

Asal-usul hantu tu pun tak tahu hujung pangkal, tiba-tiba datang nak kawan je...jerit-jerit, lepas tu balik gitu je.

Cara olah ke scene lain pun biasa sahaja.....bunyi hp...tangan masuk kocek...bla-bla-bla....handphone berdering....handphone berdering....jerit-jerit sini...jerit-jerit sana...pastu mengamuk...itu jelah saspen..

Kalau takda scene jawab telefon ni, aku rasa memang pegun mayatlah tak bergerak cerita seram Malaysia ni nak jadi cerita.

Bateri Handphone dan minyak kereta mesti sentiasa penuh. Hantu mesti tumpang kereta dia aja, kereta orang kampung taknak.

Kalau kemalangan pun, memang kereta yang jarang atau tak pernah kita lihat di atas jalan raya...maka jantina kereta itu dengan sendirinya dah membawa maksud misteri..

Yang misteri tetap misteri...tapi hantu tu wajib ada, kalau tak, orang tak panggil cerita seram Malaysia, orang ingat cerita kartun pula.




Share:

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

ARCHIVE

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts

Blog Archive