Thursday, June 1

KAD DEBIT CIMB DICAJ YURAN TAHUNAN RM15.90, KAD DEBIT MAYBANK DICAJ RM8.48

2 comments
KAD DEBIT CIMB DICAJ YURAN TAHUNAN RM15.90

Berapakah caj yang bank cimb kenakan setiap tahun jika kita memiliki fasiliti kad debit ini?
Seingat aku sebelum ini dalam RM8.00 setahun dan semalam aku tanya pegawai CIMB ni, dia pun mengatakan begitu sebelum ada fungsi WAVE.




Ok hari ini aku login CIMB, nah kena caj RM15.00. Caj GST  pula RM0.90. Tak sangka sebanyak RM15 dicaj oleh CIMB kepada pelanggan kan. Ni Kad Debit 1 aku, potongan di buat pada Akaun Simpanan walaupun aku ada Akaun Simpanan dan Akaun Semasa :


Ni Kad Debit 2 pula baru buka Akaun Semasa yang kedua dengan deposit RM1,000.00 pada 07 JUN 2017, hari ini dah kena caj RM15.90. Potongan di buat pada Akaun Semasa tersebut. Kalau tak issue Kad Debit, kita tak boleh buat Perbankan Online pula. Akaun Semasa Kedua ini aku tidak mohon buku cek. Tanya kad debit yang free charge memang tiada.





Bila dah kena caj ni, aku mula terfikir berapakah banyak penerima BRIM dari segi umur warga emas yang dah tak pakai kad ini secara rutin-digunakan hanya pada ketika duit BRIM masuk sahaja. Nanti lah aku check semula sebab kategori warga emas Akaun diorang jenis SENIOR. Kalau kena caj juga, tak tahulah untung besar CIMB nih. Agak keterlaluan caj sebanyak ini.

Check Website CIMB memang sah ada kenyataan dijelaskan tentang caj ini :





Berlainan pula dengan Kad Debit Maybank Pay Wave ini masih kekalkan harga Yuran Tahunan RM8.00 dan GST RM0.48 seperti aku kena pada17 JULAI 2017 lepas

 

Jadi yang aku kena perhatikan adalah setiap setiap Yuran Tahunan CIMB ini dicaj pada 27 MEI dan 07 JUN dan Yuran Tahunan Maybank pada 17 JULAI setiap tahun, jangan akhir tahun pun ada lagi sudah. 

Ok itu je penjelasan saya sebagai pengguna dan pelanggan CIMB dan MAYBANK.

** Artikel ini sebagai rujukan aku di masa depan dan tiada kena mengena dengan mana-mana pihak


2 comments :

  1. Betulah.. Aku pun kena caj rm15.
    Padahal cimb yg propose tukar kad debit. Kalau nak tukar semula kad tanpa debit boleh ke? Caj rm8 je.

    ReplyDelete
  2. Haah Maybank ada fungsi Debit dan Pay Wave juga tapi masih RM8.00. lepas tu mulai 1 JULAI kena wajib pakai PIN pula, aku shopping di Mydin, Cashier Nepal tu saja je caj pakai Pay Wave dah dekat OGOS dah.

    Haru biru piawaian fungsi kad ATM bank-bank ni, caj yuran pun tiada kajian penarafan 1 bintang ke 5 bintang ke servis berbaloi ke tak dgn harga caj tu.

    InsyaAllah akan dtg kalau ada peluang, cabut je cari bank yang caj munasabah

    ReplyDelete

PELAWAT