Thursday, June 14

Nak Projek di Rumah Sewa

Tu la nak buat maksiat tp nak budget pastu menyusahkan orang. Da menyusahkan orang, diri pun susah apabila rakan sendiri yang dipukul melaporkan kepada polis.

Duduk rumah sewa bujang semasa belajar pun ada kes sebegini, rakan ambil peluang apabila rakan2 lain balik kampung atau cuti sem. Kalau da nafsu kuat, cepat la kahwin dgn cara halal, zuriat pun terbela. Ni salah lelaki ke perempuan, tapi semestinya bukan salah rakan serumah.

Wednesday, June 13

Emas Fizikal Lebih Baik....

Sekarang musim kahwin kan. Apa salahnya jika menjadikan Emas sebagai Mas Kahwin. Emas sekarang pun dijual dalam 5grams, 10grams, 20grams bagi saiz kecil dengan 99.9% Tulen.

Kalau nak mula melabur dalam emas, bolehlah beli Dinar Emas 91.6% atau Emas 916. Dinar Emas seberat 4.25 grams dalam RM 465.00.

Bagi la Mas Kahwin Dinar Emas daripada duit kertas atau hantaran gajet2 mahal tu. Barang emas pun boleh dipajakkan nilai 60% daripada harga pasaran berbanding gajet awak tu. 

Ikut nasihat saudara ni, dia cakap lebih baik melabur emas fizikal untuk permulaan. Nak tahu sebab apa, silalah baca ya. Jangan plak beli 1/2 atau 1/4 Dinar. Beli aja 1 Dinar @5 grams emas untuk permulaan melabur.

Kanak-Kanak Mudah Dijangkiti Kurap





Kanak-kanak yang mengalami kulit sensitif perlu diawasi tabiat dan tingkah lakunya oleh ibubapa. Kejadian seharian dan makanan juga adalah faktor jangkitan kulat apabila tiadanya agen pembersih yang sesuai ketika cuci tangan dan mandi.


Kurap biasa kedengaran. Rasanya ubat kurap cap 3 senapang dulu popular sebagai ubat kurap (Aku lupa jenamanya), dan belerang kuning untuk mengubat. Terdapat juga petua orang kampung menggunakan putik nangka sebagai sumpahan kurap-macam cuci kerang guna pelepah pisang juga nih.

Tapi ada tips yang lagi baik iaitu pencegahan awal. Tips ni boleh rujuk artikel tersebut.

*Right Click artikel dan Open in New Tab

Doa Pendekat Jodoh

Ramai pasangan wanita @ lelaki apabila mencari pasangan hidup perlu menjangkakan tidak semestinya ia berakhir dengan baik.

Kalau bersangka diri bagus aja, mesti kita perasan laku punya walau mcm mane pun. Sekali ditakdirkan tak berhasil hubungan tu....hmmm yang nampak salah mestilah bukan diri sendiri-nak menyalahkan pasangan lah tu. Mcm2 madah, mcm2 rayuan pun apabila dah tiada jodoh, perlu lihat diri sendiri dulu sebelum menuding dan menilai orang lain.

Cuba perbaiki diri sendiri dan jangkaan pasangan hidup yang macam mana kita nak. Doa kepada Allah SWT agar kita dipermudahkan begitu juga pasangan kita. Tak salah mendoakan yang lain. Dalam  hidup ni adakalanya kita ni ditakdirkan jadi PEMUDAHCARA pada rezeki orang lain, bukan ungkit2 aja.

Ujian Pelanggaran 120Mph


Ujian kemalangan selaju 120 Mph menunjukkan kereta Ford Focus ini totally lost dan remuk habis.. Rasanya lebih kurang kelajuan 190KMj ni. Kalau dilihat hasil ujian pelanggaran ni, hasilnya agak berbeza dengan pelanggaran sebenar sebab daya tujahan dan serapan hentaman hampir 0%. Kemalangan macam ni biasanya hentam sebatang pokok besar yang langsung tidak berganjak. Kalau langgar lori pun hampir sama. Kalau langgar bangunan, mungkin runtuh dinding.

Kesimpulannya memandu 90-110Kmj lebih selamat, lebih jimat minyak dan lebih seronok, lebih segar dgn suasana sekitar sambil2 cuci mata dan sempat nak brek kalau ternampak warung tepi jalan...

Monday, June 11

Sejenak Aplikasi Emel dan Versi USB

 Tahukah kamu bahawa aplikasi emel percuma yang berada di pasaran selain Yahoo dan Gmail?

Hotmail adalah aplikasi emel pertama aku yang didaftarkan pada tahun 1998 kalau aku tak silap. Masa tu aku pun tak faham fungsi emel ni.

USB dan PnP adalah akronim berpasangan tapi ramai orang panggil USB sahaja semua da faham. Versi USB terkini adalah 3.0, jadi mari kita tengok apa yang bagus sangat 3.0 ni sambil2 memperkayakan Bahasa Inggeris kita sebb IT agak sukar diterjemah dalam Bahasa Melayu secara keseluruhannya.

Kopi Memanjangkan Hayat?........


Kebaikan Kopi ni da ada beberapa artikel aku simpan di blog ni. aku pun kadang-kadang tak sempat nak baca secara khusus, jadi blog ni sebagai tempat aku nak baca bila ada masa lapang nanti. 

Kopi?.......hmmm harum dan menyegarkan, 2 perkataan dlm fikiran aku....

Featured Post

BELI TANAH GERAN INDIVIDU DAPAT 3 - 5 TAHUN AKAN DATANG