Friday, November 7
JUALAN DALAM 3 HARI SAHAJA
Wednesday, November 5
CARA MEMASANG BATERI KERETA
INGAT :
1- KELUARKAN BATERI DENGAN MATIKAN ENJIN DAN CABUT KUNCI KERETA KEMUDIAN CABUT SOKET NEGATIF DAHULU KEMUDIAN SOKET POSITIF
2- NAK PASANG YANG BARU, PASANG SOKET POSITIF DAHULU DIIKUTI SOKET NEGATIF
3- JANGAN IKAT PENDAKAP BATERI TERLALU KUAT
Wednesday, October 29
OSTEOPOROSIS DAPAT DI CEGAH DENGAN KAKI AYAM
Kaki ayam merupakan bahagian paling tak popular di kalangan kita. Kalau dibuat bancian tentu ramai yang menyatakan bahawa mereka tidak menyukainya. Banyak alasan yang diberi, antaranya, tak ada isi, jijik, konon nya kerana kaki ayam itu diguna untuk mencakar segala macam benda, dan berbagai alasan lagi.Tetapi tahu kah kita disebalik tidak popularnya kaki ayam itu ia mengandungi khasiat yang tidak ketahui ramai. Jadi, mulai sekarang jangan lagi dibuang kaki ayam. Jadikan ia satu dari sumber makanan yang menyumbang ke arah kesihatan yang baik.
**New York: Kajian terbaru mendapati pengambilan kaki ayam dikatakan mampu mencegah berlakunya ‘osteoporosis’ iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak dan patah. Masalah tulang ini biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala di mana ia berlaku tanpa disedari.
Bagi mencegah osteoporosis seseorang biasanya dinasihatkan mengurangkan faktor risiko dengan meningkatkan pengambilan nutrisi dan bersukan secara teratur.
Pengambilan minuman atau makanan yang mengandungi kalsium tinggi adalah satu cara mengelak serangan osteoporosis.
Elak tulang rapuh
Tanda disedari, kaki ayam juga dikatakan memainkan peranan penting mengelak tulang rapuh disebabkan ia dikatakan kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia.
Laman web firma produk dan penyedia perkhidmatan kesihatan Bl Health menyatakan hydroxyapatite adalah makanan untuk tulang yang berasal dari tulang makanan. Secara logiknya, makanan tepat untuk tulang adalah tulang.
“Kaki ayam dikatakan satu daripada makanan yang kaya dengan zat itu,” kata laman web itu.
Kita tidak perlu lagi memperkecilkan kaki ayam kerana ia kaya dengan khasiat protein yang ada pada kulit, otot, tulang dan kolagen iaitu sejenis protein jaringan ikatan liat dan bening berwarna kekuningan. – Agensi
Wednesday, October 1
JIMAT SETIAP SEN DENGAN KEMUDAHAN DEPOSIT SYILING
Assalamualaikum
Mlm ini tepat jam 0001, 2 Oktober 2014, akan rasminya kenaikan RON95 dan diesel. Bukan kenaikan, tapi pengurangan subsidi $0.20.
Implikasi ini mewajarkan peniaga menaikkan harga barangan dan perkhidmatan-walaupun peniaga tetap menjana untung saban tahun.
Yang rakyat mcm kita ni, xda pendapatan lain tu rasa sangat la.
"Mengapa mesti umum naik last minute???"
Soalan klise orang awam, besar ke implikasi pada pengguna spt kita, lain la pengguna komersial seperti pengusaha stesyen minyak, pengusaha bas sekolah dan pemborong. Mereka akan beli byk awal2, sembunyi bekalan petrol, buat spekulasi dll.
Ingat tak rampasan gula yang disorok oleh peniaga mamak di putrajaya dulu?, pengguna biasa pun paling banyak beli 10kg je boleh guna setahun gula tu- jimat berapa sen sahaja untung kecuali peniagalah.
Belum lagi musim perayaan, barang asas tu je yang disembunyikan, jahat kan permainan peniaga tuuutt.
Simpanlah duit yang ada, berjimatlah, cari kawan yang boleh mencipta idea, menenangkan kita dari cari kawan yang selalu cipta alasan.
SE biasanya dapatlah kumpul syiling yang ada di rumah/kereta tu kadang2 hampir $300 juga. Cuma tahun ini dapat $186.50 sahaja. Alhamdullilah, Bank Rakyat presint 15, putrajaya ni ada kemudahan kira syiling dan keluar resit. Banyak juga bank sudah ada pendeposit syiling, tapi kira syiling ni agak bising, SE pilih bank yang xda pelanggan sgt hehe. Sebab pertama kali, dua malam juga nak mengira syiling ni, dan memang tepatlah kiraannya.
Tak perlu buang masa kira syiling, nak bersihkan ke, maklumlah dah berlapuk dan berminyak hehe..tuang dalam mesin sedikit demi sedikit, nanti yang jatuh tu kira semula. Siap kira, dapat resit, isi borang masuk, ambil nombor giliran, dah siap masuk duit ;)
Tak perlu risau duit syiling lama dan syiling baru. Lepas ni jumpa syiling, simpan sikit2, lama2 dapat $100 kan.
Wednesday, September 24
KESABARAN DI DALAM HIDUP
- Hidup di celah batu
- Ikan yang gemar melawan arus
- Hidup di kawasan air jernih
- Ikan yang bersisik
- Saiz sederhana besar
- Kehidupan yang banyak cabaran
- Tinggal di air tawar
Baru-baru ini SE ada mengikuti ceramah agama disampaikan oleh Ustaz dari JAKIM, apa yang menariknya adalah turut diselitkan bagaimana KESABARAN itu menuai keuntungan bagi orang-orang yang bersabar.“Telah nampak kerosakan di darat dan laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” [Surah Ar-Rum, ayat 41]
Antara ayat yang menunjukkan tanda-tanda petunjuk atau bayangan kehidupan akan datang akibat perilaku hari ini.
Setiap manusia itu diuji dengan pelbagai perkara dan tidak SAMA seperti ujian orang lain. Kesabaran adalah benteng menghadapi pelbagai perkara. Tidak semua hambaNya menjalani rutin harian yang sama.
Adakah anda sabar hidup di uji dalam berkumpulan, dan masih sabar jika di uji ketika bersendirian?
Allah swt berfirman :
“Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian; sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar.” – [Surah al-Anfal : 28]
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah 2:155]
“Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat ujian ?”
[Al-Ankabut , ayat ke-2]
“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa (seseorang) kecuali denga izin Allah; 'Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk ke (dalam) hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah At Taghaabun ayat 11)
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk.” – [Surah al-Baqarah:45]
“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah:153]
Thursday, July 24
BUAT ALIGNMENT DAN BALANCING TAYAR
Semalam SE buat semula alignment di Taman Putra Perdana, Caj Alignment RM15.00 sahaja. Balancing RM5 sebiji tayar. Sangat puashati sebab mekanik ajar cara melihat dengan terperinci hasil ditunjukkan di skrin komputer. Ini mesinnya.
Semasa tayar di skrew, sebanyak 4 batang skrew digunakan setiap tayar. Apa yang menyebabkan alignment tidak tahan lama, adalah hanya 4 batang skrew nat diikat sedangkan bulatan berwarna karat itu kosong tiada Center Cone Rings. Mekanik ambil sampel Center Cone Rings macam cincin bentuknya. Masalah ini hanya berlaku pada pemasangan spotrem sahaja. Jika setelah buat Alignment dan Balancing masih terasa gegaran, pasanglah alat ini.Wednesday, July 23
SEMAKAN SEMULA BLR/BFR CIMB
Para pelanggan yang dihargai,
Berkuat kuasa 10 Julai 2014, Kadar Dasar Semalaman (OPR) telah meningkat kepada 3.25%, seperti yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Featured Post
-
Link Berkaitan AIRCOND: SILA BACA DENGAN TELITI 1- OPERASI ASAS PENYAMAN UDARA KERETA 2- SERVIS AIRCOND YANG MENGHAMPAKAN 3- 4 TUTOR...
-
1. AIDS disebabkan HIV HIV ialah virus human imunodeficiency; yang merosakkan sistem pertahanan badan. Orang yang menghidap penyakit ...
-
MINYAK ENJIN MANA PILIHAN ANDA - BAHAGIAN I - PILIHAN Pening juga apabila kenderaan telah sampai mileage , kita kena tukar minyak enjin...



