Kedai Buku Online

Thursday, June 28

Pemotongan Gaji untuk Melabur Amanah Saham

Hari ini aku berpeluang mengikut seminar bersama PNB berkenaan pemotongan gaji melalui AG setiap bulan. Hari ini juga aku terjumpa iklan tawaran PNB ni berkenaan hadiah bagi penabung yang menyimpan Amanah Saham, hmm tapi RM2000 minimum plak tu.

Ok, berkenaan ceramah tu, ni butiran yang diberikan (Artikel Berkaitan ASNB Klik Sini) :
  • Potongan gaji  payslip tak cantik @ lambat masuk telah terjawab apabila pemotongan bulanan dibuat oleh AG, maka dalam payslip tu tertulis  SIMPANAN ASB. Kalau Swasta, kena tanya PNB dulu kecuali syarikat besar, perkhidmatan ini disediakan.
  • Minimum pemotongan RM10.00 dan boleh dipecahkan kepada akaun anak-anak dan umur min ialah 6 Bulan. Wah semakin updated la anak2 bila dewasa da berduit kan. Hanya penama yang boleh keluarkan duit akaun, jadi bab berkaitan tu sama macam bank lain, mesti waras, cukup umur dll la. 
  • Simpanan tidak dikecualikan cukai pendapatan seperti SSPN. Zakat perlu dikeluarkan.
  • Jika nak bubuh amaun pemotongan tu, kenalah pastikan tidak lebih 60% dari gaji pokok. Nanti AG akan reject.
  • Terdapat 9 Produk ASNB Unit Amanah dan 11 Tabung (Ni saje aku catat, kena rujuk PNB)
  • Tiada CAJ dikenakan setiap bulan, tidak boleh melalui telefon bertanya "Duit saya da masuk ke", "Akaun Mak saya berapa banyak" dan lain-lain. Kena pemilik bawa kad pengenalan tanya sendiri.
  • Jika kemaskini akaun kena cakap agen UPDATE POTONGAN GAJI sebab kod simpanan dan potongan gaji tidak sama, tapi baki tetap tally la.
  • Buku Pelaburan jika hilang TAK perlu lapor polis, Bawa RM20.00, salinan Kad Pengenalan dan jika baki akaun > RM5000, akaun dibekukan untuk tempoh 7 hari bekerja terlebih dahulu.
  • Hukum Pelaburan adalah HARUS
  • Tidak boleh tukar kepada kemudahan Overdraft bagi akaun individu kecuali syarikat. OD ni korang boleh apply kat bank melalui Fixed Deposit cth Citibank ada. Bagus korang beli emas fizikal.
  • ASB dividen pro rate maksudnya cukup matang baru dikira dividen, ASN ikut harga pasaran dan manipulasi harga, cth jika simpanan hanya 6 bulan kemungkinan dividen dapat nilaian 12 bulan.
Pengagihan Pendapatan  =  (Jum.Baki Minimum Bulanan Setahun/12 Bulan) X Kadar
Bonus                                =  (Jum.Baki Minimum (Jan 2000 - Dis 2010) /120 Bulan) X Kadar

Kiraan ni kalau tak faham, rujuk prospektus diposkan oleh PNB tiap tahun.
JIMAT MASA, MUDAH, TIADA CAJ, PELABURAN BERTERUSAN, JIMAT KOS, DISPLIN dan apa-apa la korang rasa elok.

Notes : Apa dalam fikiran tu jika terpacul jangan terus gabra nak bertanya, sila fikir 2 kali sebelum bersuara sebab ada soalan "Boleh ke pemotongan gaji kepada penerima da meninggal? diselangi ketawa", ayat ni boleh jawab sendiri iaitu tuntutan melalui hibah @ penjaga yang sah dengan sertakan dokumen berkaitan la. Secara perundangan dan logik boleh asalkan DNA ko sah sbg waris.

Baik dalam program @ seminar apa2 ke, eloklah berfikir sebelum bertanya. Kdg2 kerap sgt pempuan yang nak bertanya. Aku simpulkan kita suka berfikir kepada masalah (masalah yang cuba di cipta asal dapat bersuara) padahal masa korang nak decide melabur dulu mesti da collect certain basic posibility  tu awal2. Kalau tanya benda da berlaku takpe (ilmu kepada audien gak), kalau belum berlaku buat apa nak fikir lg (perasaan i kan berdebar2  masa i campak hp dalam lubang tandas) @ kalau belum berlaku tapi nasib malang (ops tetiba kan hp i bergolek terjatuh dlm tandas, i nak gak share cite ni taw)
Share:

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

ARCHIVE

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts

Blog Archive