Thursday, August 30

Insiden Kehilangan Kak Rosimah Bt Mohammad

 
Hari ini 12 Syawal 1433 Hijrah, hari ke-2 allahyarhamah Hajah Rosimah Bt Mohammad, 47 tahun, pergi meninggalkan dunia selamanya. Hari ini juga diadakan majlis tahlil di auditorium, selain di rumah arwah sendiri 28 Ogos 2012 lalu.
Siapa arwah? beliau seorang kakak, seorang ibu, rakan setugas yang paling baik SE kenali semenjak bertugas di perkhidmatan awam. Tiada apa yang dapat digambarkan kehebatan beliau dari kaca mata SE. Seorang wanita yang peramah, murah senyuman, penyabar, tak pernah SE lihat dia lekang dari senyuman. Beliau juga layak dikategorikan wanita melayu islam yang paling cantik dan sempurna SE lihat.

Tiap hari bekerja, jam 1pm, SE dengan rakan selalu main ping-pong, arwah akan lalu ke bilik air untuk ambil wuduk, tiap pagi datang ke pejabat, dan balik pejabat, SE akan tegur/usik Kak Ros sebab arwah datang awal dan balik lewat, tapi kini ia menjadi kenangan...

Isnin 27 Ogos 2012, jam 6 lebih SE sekadar lihat dia tak sempat tegur pun sebab arwah sedang berbual dengan rakan setugas lain. Itu adalah hari terakhir SE lihat dia masih bernyawa. Wajah arwah dikapankan sangat indah, bersih walaupun ada kesan lebam kemalangan. Amat tenang dan beberapa kali SE tatap dengan sebak macam tak puas aje.

Tiap tahun Hari Raya, pasti Kak Ros akan sms menjemput SE atau pun beliau akan ke meja SE memastikan SE balik kampung atau tidak sebab SE balik kampung tiap bulan. SE selalu puji arwah tiap hari raya melalui sms "Terima kasih kak, keluarga akak cantik, baik hati, makanan sedap2, saya minta maaf zahir batin kak, halalkan makan minum saya", begitu juga dalam sms SE tahun lepas. Cara dia kenalkan SE pada ahli keluarga pun tak dapat SE lupakan betapa ikhlas dan sempurnanya insan hamba Allah ini memiliki segalanya di dunia tetapi masih merendah diri.

27 Ogos 2012, sepatutnya SE ingin bertanya bila Kak Ros nak buat open house? mungkin Allah dah tetapkan SE akan ke rumah arwah keesokan harinya untuk lihat arwah kali terakhir. Terima Kasih Kak Ros kerana nasihatkan SE banyak perkara. Pemergian Kak Ros agak memeranjatkan dan arwah datang dan kembali kepadaNya dalam sempurna..SE dan hamba Allah yang lain akan kembali kepadaNya juga, tetapi SE berdoa agar kembalinya aku dalam keadaan mulia, tidak diaibkan, sempurna tugasku, sempurna hutangku, sempurna tanggungjawab dan amanahku. Perjalanan arwah sudah sempurna dan ia kembali menghadap Ilahi. Doakan Kak Ros di kalangan orang beriman sentiasa dalam syafaat Allah.

Dear myself,
You must be focus on what you are going to achieve in the future.Don’t stare too long for the mistakes, but please  take the action. Believe in yourself first before starting the journey. A minute u spend upset is a minute of happiness you’ll never get back…
There was a door to which i found no key; there was a veil through which i might not see…
             People who fail to look back at the past will never able to move forward.
aku paste dari blog Kak Ros

2 comments:

  1. Arwah memang sangat cantik... Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman... Amin...

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih :)

    ReplyDelete

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH