Thursday, September 12

NAK BERKIRA-KIRA TAPI TAK BERGAYA JUGA


NAK BERKIRA-KIRA TAPI TAK BERGAYA JUGA

Semua orang tengah panas sebab kenaikan harga minyak petrol. Minyak petrol  agak sensitif berbanding gula, tepung, rokok dan lain-lain.

Mujur SE kadang-kadang ke pejabat menaiki bas atau kereta, cuma sebulan sekali memang wajib balik kampung di selatan menjenguk ibu. Alhamdullilah masih berterusan jadi rutin.

Kenaikan RON95 sebanyak RM0.20 memang memukul palu gendang perang tapi kalau diperhatikan, perbelanjaan makan dan minum masih lagi tinggi, sarapan sahaja melebihi RM5.00. Apa 3 biji kuih tak boleh kenyang ke.  Awak pakai perut tembaga, SE perut daun pisang ke.

Dulu telefon bimbit sekadar topup RM30.00 sebulan berbaloi di kira orang berada. Tapi bila semakin sudah bekerjaya, RM80.00 tu biasa-biasa, tapi income dan bisnes pun takda. Tanda aras KPI mana dipakainya.

Ni Astro Boy, nak pakai Astro di rumah pun tidak tahu ia berbaloi ke. Cukuplah sekadar Unifi. Adakah Astro keperluan wajib?. Terpulanglah kalau mampu, langgan, tak mampu tengok siaran biasa, internet pun da ada. Bersyukurlah takda Astro pun, perkembangan bola sepak tahu juga.

Ingat je lah, momentum gaji naik perlahan je, nak kekal bergaya, cari nahas namanya.  Eleh-eleh, kamu yang letak tanda aras duit tu dalam hierarki hidup kamu. Kamu yang bertegang urat minta perubahan sekeliling mesti suit dengan kamu.

Sekurangnya SE tahu yang mana pertama dan mana kedua...daripada tejelepuk, baik asimilasi je lah.


No comments:

Post a Comment

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH