Kedai Buku Online

Thursday, August 27

BAGAIMANA NAK BUKA AKAUN SIMPANAN DI MAYBANK?

BAGAIMANA NAK BUKA AKAUN SIMPANAN DI MAYBANK?

Bagaimanakah nak buka Akaun Simpanan di Maybank? , Macamana caranya?, Berapa deposit simpanannya, Ada caj apa-apa ke?..

Haha, ini antara yang aku jumpa dalam carian Google bagaimana nak jadi pemilik akaun yang sah di Maybank.

Mula-mula ke kaunter pertanyaan. Kaunter pertanyaan milik bank, kwsp dan beberapa agensi yang agak sibuk memang patut ada kaunter ni daripada pelanggan sibuk ke sana sini tak tahu nak buat apa dan jadilah sesak kawasan tu. Bayangkan, masa sibuk ni pun ada orang tanya ada tukar RM1.00 dalam RM10.00 tak. Dah nak deposit wang dalam mesin tu kenalah deposit ngam2 atau lebih tiada masalah. Jangan deposit kurang dari sepatutnya memang dalam CCRIS akan ditanda tidak berbayar la bagi bulan tu. Akhir sekali bawa not RM tu lebih sikit sebab ada not kena tendang.

Ok balik semula pada buka akaun. Kita kena tahu nak buka Akaun Simpanan Biasa atau Akaun Semasa yang diberikan 1 buku cek tu. Akaun Simpanan Biasa diwajibkan deposit RM250.00, tetapi bagi pelanggan mewakili sekolah atau kilang, kena bawa surat rujukan barulah diberi pelepasan nilai deposit lebih rendah.

Rujukan Maybank : Versi English dan Bahasa Melayu

Maybank M2U Savers Account under Conventional Scheme
Maybank Islamic Berhad Maybank2u Savers-i Account
Term & Condition
Kalau CIMB pula, tengok ni
Nak Tahu tentang Caj Tahunan CIMB Debit?

Akaun Semasa pula diwajibkan minima RM500.00 dengan seorang rujukan yang telah ada akaun semasa di Maybank juga. Syarat akaun semasa ni, kena ada nilai baki yang perlu dikekalkan untuk tidak dikenakan fi (fi rendah) setiap 6 bulan.

Kalau aku tak silap, pengeluaran ATM setiap bulan ada had transaksinya dan jika melebihi had, akan dicaj RM0.50-RM1.00 tetapi caj ini dikecualikan jika baki minima dalam akaun >RM5,000.00

Manakala Akaun Simpanan Biasa, perlu mengekalkan baki minima RM10.00 dalam akaun. Jika diisukan kad Debit, perlu membayar fi tahunan jika aku tak silap RM8.00 fi setahun. Kad Debit gambar ceri tu.

Jika Kad Debit kuning lama tu tiada yuran tahunan tapi kerap kena tendang di mesin leret. Kad Debit baru ini laku dalam 7 Tahun. Ada macam-macam jenis Kad Debit Maybank ikut keperluan kita. Nak tahu FAQ Debit Card klik ini. Nak Tahu lanjut berkenaan kad Debit Maybank klik sini.

Bagi Akaun Simpanan Bersama (Joint Account), ia dibolehkan pegangan kepada lebih dari seorang dengan syarat ada ikatan sah bersama samada Suami dan Isteri atau  Adik Beradik. Kebenaran bagi Joint Account ialah jenis 1 signature atau either 2 signature atau 2 signature. Jika nak membuka akaun atau menutup akaun perlu datang bersama-sama. Wajib bawa Kad Pengenalan dan lampiran mengesahkan hubungan anda bersama. Tiada yuran bagi kegunaan buku sahaja kecuali jika anda isu Kad Debit.

Kad Debit Maybank ni sesuai sangat ganti wang tunai di mana-mana kiosk dan stesyen minyak. Pasaraya pun banyak kemudahan Kad Debit cuma ada pasaraya yang tetapkan minima pembelian je payah sikit. Jika di Mydin memang tiada minima pembelian, beli RM9.00 pun boleh leret Kad Debit.
Di Stesyen minyak perlu ke kaunter (sama macam metod beli-belah di pasaraya). Jangan leret di mesin nozel minyak tu sebab, secara automatik RM200.00 dipotong sebagai deposit pendahuluan. Dalam sehari dua, baru ia akan masuk kembali dalam akaun.

Jika Akaun di Maybank lebih dari 1, minta link kan kesemua akaun tu dalam akaun Maybank2u untuk kemudahan pengurusan, dan gunakan Kad Debit maybank yang sama. Hah ni lah tengah tunggu dah 2 hari masih tak link akaun baru ni, nampaknya kena ke Maybank semula la.

Share:

105 comments:

  1. hii..sy dah ada akaun maybank dan nak buka 1 lagi..boleh ke link kan 2 akaun dlm maybank2u tp nak 2 kad??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.
      Kes sy buka joint account savings sbb nk mudah 2 user akses dr 2 akaun berbeza bg pembayaran rumah.
      Boleh saja setiap new account samada issue akaun online/kad berbeza atau disatukan pd 1 kad/akaun online.

      Kes sy pegawai kurg pngalaman cuba register guna sistem. 2x masih tidak dpt view bila 2 user login. So kami dtg maybank semula adukn mslh ni.

      Apabila g maybank semula, sy minta pegawai lelaki yg buatkn. Apa sy perasan, sistem pegawai lelaki ni gunakan skrin warna hitam seperti Unix shell based.interface warna hitam tu.
      Lepas je pegawai lelaki ni bt, sy dan wife bole nmpk akaun joint tu bila login userid masing2. Kami tak nak issue kad baru sbb ada yuran setiap tahun, baik guna kad sedia ada. Jadi hanya 1 joint account yg kami share view/manage, akaun personal masing2 xnmpk.

      Delete
    2. Hi,klau mcm sy nk buat acc maybank baru simpankan deposit rm250 kan?

      Delete
  2. Kalau orang brunei mahu buka akaun simpanan bersama boleh tak? Mahu dibayar berapa jika buku serta kad atm nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saya tidak jumpa info berkenaan.
      Mohon tuan rujuk alamat Maybank di Brunei

      Bandar Seri Begawan
      +673 222 5404
      No. 1 Jalan McArthur
      Bandar Seri Begawan BS8711
      P.O Box 167
      Bandar Seri Begawan BS8670
      Negara Brunei Darussalam

      +673 224 2494 / 224
      2495 / 224 2496 / 224
      2497

      Atau pautan ini

      https://www.maybank2u.com.my/WebBank/MME%20Maybank%20Brunei.pdf

      Delete
    2. Tdi sya prgi maybank nk buka akaun baru.. tpi dya mnta surat drpd majikan... Mmang klu xda surat drpd majikan ni x bleh buka akaun ehh??

      Delete
  3. Memang kena kahwin or ada hubungan dulu ea baru boleh buka akaun bersama ni?

    ReplyDelete
  4. Memang kena kahwin or ada hubungan dulu ea baru boleh buka akaun bersama ni?

    ReplyDelete
  5. Kalau lepas da cop jari..bagi photostap ic borang semua tu..dia suruh balik pastu dia kata dia nak kol balik..agak2 berapa lama dpt kad maybank tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Normal saya buat di Maybank (2 kali buat kad, dan 2 cawangan berbeza), bagi je IC, dia photostatekan, kad serta merta dapat hari itu juga dalam sejam siaplah.
      Kalau Maybank buat begitu buang masa pelanggan, baik awak apply online kad debit kwik CIMB je

      http://www.cimbclicks.com.my/kwik.html

      Delete
  6. Klau bdk 13 thn boleh ke bkk akaun? Kne bwk penjaga ke? Kne bwk Rm250 atau lebih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang saya tahu SSPNi tak perlu bawa budak. tapi kalau nak buka akaun untuk anak, memang kena bawa penjaga jika anak masih bersekolah.

      Warga Emas buka akaun di CIMB pun kena deposit RM250 dan hadir ke bank semasa membuka akaun.

      Pengecualian deposit RM250 itu tertakluk pada surat rujukan contohnya ada surat sebagai penerima biasiswa kerajaan negeri.

      Delete
  7. kalau umur dah cukup 18 perlu ada parents sekali ke kalau nk buka acc

    ReplyDelete
  8. Kalau buat dua akaun maybank bolehkan satu ntok kgunaan kita satu lagi bgi adik ipar guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh saja, buka akaun online dari Maybank2u pon boleh. Akaun bank nak bagi sesiapa pun boleh cuma dari segi undang2, je yang tak boleh.
      Kad Kredit, Kad Debit pun boleh dipinjamkan (Kad dipinjamkan, duit boleh dikeluarkan)

      Delete
  9. Kalau dulu dah pernah ada akaun maybank, tapi dah bertahun2 tak aktif.. kena buka akaun baru ke?

    ReplyDelete
  10. Biasa tak aktif atau minima dlm tempoh tertentu, akaun deactive..jika deactive slps dpt makluman bank, baki tu dimasukkan akaun tidak dituntut dan no akaun tak boleh pakai.
    Buka akaun baru lg senang jika ada kes begini

    ReplyDelete
  11. Nak tanya, kalau officer maybank tanya untuk ape kita nak buka account saving ni ape nak jawab ye..?
    Ade tips tak..?

    Tq.. : )

    ReplyDelete
  12. Kalau student ipt deposit berape ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak ait student skrg direct je tanya. Saya tulis entri ni ketika saya sudah bekerja. Ketika student dulu sy bawa RM10.00, mungkin sekarang dah jadi RM50 agaknya. Maaf ya saya bukan kerja Maybank dapat bagi info tepat.

      Delete
    2. Kalau pelajar menengah berpa perlu byr ya

      Delete
  13. boleh saya tahun skrg pembayaran pendahuluan nak buka account baru maybank ni berapa ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sudah lama tidak berkhidmat dalam intitusi perbankan. Ini adalah artikel tahun lalu. Deposit RM250.00 tu pada tahun 2015 terpakai di Maybank dan CIMB.

      Delete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, boleh sahaja withdraw bila-bila masa. Atau rujuk pegawai bank berkaitan sebab rules ni boleh berubah ikut masa dan keperluan dasar bank.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  15. Hi. Sy tadi nak buat akaun baru, maybank ckp tak boleh, sebab 1) alamat di ic sy bukan di daerah bank tersebut 2) belum kerja (baru habis study). Betul ke ni? Atau sy ditipu?

    ReplyDelete
  16. Klu kita nak tukar nama pemilik akaun simpanan maybank bole x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun bertambah rumit sebab dah macam pemilik akaun meninggal dunia ni.

      Dalam tu cuma duit simpanan, yang sorang buka 1 lagi akaun nama dia, yang sorang lagi keluarkan duit masukkan dalam akaun 1 lagi tu atau buat auto pindahan ke akaun lain dalam Maybank2u tu.

      Sbb sy tak rasa kemudahan tukar nama ni semudah saudara sangka. Penama yang bertahun tidak aktif, meninggal pun tidak semudah dihapuskan nombor akaunnya

      Delete
  17. Jika akaun maybank baru ditutup dan ingin buka akaun baru boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Logiknya menyimpan semula tiada masalah sebab walau RM10.00 pun bank nak kita simpan dan kekal dalam tu. Kalau kad kredit ada masalah sedikit sesetengah bank - ada tempoh bertenangnya

      Delete
  18. Nak bukak acct utk 2 org ank sye bru usia sbulan n 2 thn stengah kne bwak dorng g bank jgk x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu, sebab datang pun bukan kena sign atau cap jari. Bawa Mykid sahaja

      Delete
  19. Brapa minima balance kena ada dlam akaun semasa supaya tak dikenakan fi..

    ReplyDelete
  20. Hai...anak saya dapat surat dari sekolah sebagai penerima KWAP bantuan pelajar miskin..memerlukan buku bank maybank...nak tya..perlu ke deposit rm250 untuk buat buku bank??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, jika sbg pekerja ada surat sokongan dari majikan, permulaannya RM50.00, dan jika tiada surat sokongan adalah RM250 (Dewasa). Bagi bawah umur RM10.00 sehingga RM50.00

      Baki minimum perlu ada saya tidak pasti sebab bagi pemegang kad debit ada yuran tahunannya RM8.00 dan juga caj MEPS RM1.06 jika keluar wang di ATM sokongan MEPS. Ada juga caj dikecualikan jika ada jumlah transaksi aktif.

      Jadi anggarkan sahaja minimum RM20-RM50 seperti kebanyakan bank. Saya akan update jika ada info latest

      Delete
  21. Nak tanya,pemegang passport asing boleh buka akaun maybank ke?

    ReplyDelete
  22. Salam nak tya,sya dah ada Acc Maybank klu sya nak buat Acc bersama dgn suami sya guna Acc sya yg dah ada tu dpt ke? Mcm mn prosesnya.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, kes awak ni sama sebab Akaun Savings tetap akaun savings jadi kalau nak join kena buka 1 akaun joint islamik dan awak ada 2 akaun tapi masih gunakan kad debit sama dan login maybank2u yang sama.

      Datang Bank dengan suami bawa surat nikah buktikan hubungan. dan deposit RM250.00. Minta kad debit baru ATAU pun gunakan kad debit asal (MASING-MASING) dan nanti login awak dan suami akan nampak 1 akaun baru jenis JOINT ni-suami nampak, isteri pun nampak. Dah nama pun akaun bersama jadi sama2 nampak.

      Masa daftar tu terpulang nak login maybank2u (savings dan joint lain login ke atau 1 login ke) , kad debit asing2 ke atau kekal ke semua ni dalam borang.

      Delete
  23. kalau saya punya akaun wadiah blh tkr tak ke akaun saving utk transfer tp guna atm kad

    ReplyDelete
  24. Untuk kemudahan akaun simpanan bank komersial, kemudahan mesin ATM tu paling basic ditawarkan. Dan ada bank offer samada dgn kad ATM atau tanpa kad ATM.

    Dari segi penawaran jenis2 kategori akaun simpanan tu, sy rasa tidak jejaskan penggunaan fasiliti ditawarkan mesin ATM.

    Tapi ada bank yang awak dah masukkan kad ATM, dah bagi password valid ,semasa nak pindah wang ke akaun lain milik peribadi pun masih minta nombor akaun ni memang kelakar macam Bank Rakyat.

    Apa awak tanya tu basic semua fasiliti ATM bank ada sediakan. Jika tak boleh bantu keperluan awak, saya cadangkan buka akaun bank yang baru sahaja.

    ReplyDelete
  25. Hai, saya nak tanya, yuran kad debit RM 8 tu akan ditolak dari akaun secara automatik ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah automatik dipotong. sekarang banking dah pakai online, jika tak perlu guna kad debit pun ok, satukan semua akaun kepada 1 kad debit bank yang banyak kemudahan ATM

      Delete
  26. syarat untuk warga Indonesia untuk buat acc Maybank ni apa sahaja.. ic tak ada. pakai passport boleh ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warganegara asing gunakan passport dan nilai deposit tinggi sedikit. Kebanyakkan warga Indonesia lebih memilih Bank Simpanan Nasional tapi saya tidak pasti apa kelebihannya

      Delete
  27. Nak tyr knpe ic hijau ta boly bkak akaun maybank..ad tak care lain sye nak bkak akaun maybank..majikan sy perlukan segera..sy plkan pnjelasan sgera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy dah berbelas tahun tak keja Maybank. Kalau pakai passport boleh sahaja. Kalau IC bukan warganegara, cuba tanya bank perlu ke ada guarantor warganegara

      Delete
  28. Salam..nk tya skit tempoh Hari sy kluakn semua duit dlm akaun. So balance sy ad 1.70.klau Dh balance Tgl ckit cmni Kad ATM sy msih aktif X?

    ReplyDelete
  29. RM250 untuk buat akaun tu dimasukan dlm akaun bank atau utk bayar card maybank? Boleh dpt balik ke duit tu? Takkan buat akaun sampai RM250?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak punya tanya mcm sy ni wakil Maybank. Bank pun taknak duit tanpa sebab. Tu duit deposit buka akaun di Maybank dan itu SYARAT Maybank sebelum awak berhak guna fasiliti dan kemudahan Maybank di dalam dan luar negara.
      Dan duit tu dicetak resit masih milik awak pun cuma takkan nak keluar semua RM250.00 tu kan, mesti ada minimum wajib kekal

      Nama pun akaun simpanan, kalau ada duit lebih dinamakan simpanan, kalau tiada duit lebih jangan menyimpan duit dahulu.

      Delete
  30. Salam, just nak komen tahniah dan terima kasih sangat2 sebab masih helpful walaupun saudara sudah berhenti dari dunia banking. Thank you for being an all round good person. Please dont stop helping :) more malaysians need people like you!

    ReplyDelete
  31. Salam
    Nak tanya, boleh tak buka akaun maybank menggunakan hanya passport bagi warga Indonesia. Saya ada kenalan yang hanya ada passport tanpa ada dokumen lain.
    Tkasih ya

    ReplyDelete
  32. salam nk tanye, cip ic sy dah rosak.. sy nk buka akaun mayban.. adakah sy perlu membuat ic baru dahulu ?? tiada cara lain ke ?? mohon penjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, memang g mana2 KWSP ke, PNB nak keluar dividen ASB ke, Bank ke, JPJ ke, kad pengenalan mesti boleh baca cip, Jika tak boleh, kena buat semula di JPN. Percuma jika memang cip rosak

      Delete
  33. Just nak tanya nak buka akaun skrg perlu bawa bil jg ye sbg bukti jika ic alamat berbeza dgn tmpt tinggal skrg..mcm x relevan je skrg nii..kat bil belum tentu nama kita pun..nama suami/isteri/anak/mak/ayah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak bawa bil utiliti sebab alamat yang saya nak daftarkan dalam buku akaun tu saya sendiri yang tulis dan berbeza dengan alamat kad pengenalan. Buat stanby bawa je jika pegawai bank yang cerewet kan sebab saya pernah kena di KWSP, orang tu suruh balik ambil sijil nikah, bila balik ambil submit pegawai lain pula cakap tak perlu.

      Delete
  34. Sya umur 17 sya nak buka acc bank dan mak ayah sya dah takde mcm mane ea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terharu pula saya membacanya. Buka Akaun di fasiliti bank atau institusi kewangan memang ada tujuan.
      Sebab asasnya kita nak menjadi pelanggan, dan bank memerlukan pelanggan dan dalam keadaan menguntungkan dan bersebab.

      Banyak Bank menentapkan syarat umur 18 tahun ke atas adalah sebagai individu yang boleh berurusan tanpa kehadiran ibubapa. Akaun sspn-i Plus pun syarat buka akaun 18 tahun ke atas.

      Jika bawah 18 tahun pun banyak bank boleh, spt Bank Rakyat, Bank Islam, Maybank, BSN. Mereka ada kategori akaun simpanan untuk remaja dan bawah 13 tahun.

      Jika ada masalah juga, sy cadangkan simpan je duit di dalam kad Touch N Go sebab kad ni boleh digunakan di banyak tempat da sekarang.

      Kad Debit pun ada stesyen minyak jual dan bank-bank. Kad Debit ni nak topup pun ada byk selain cara online

      Mydin boleh guna kad TnG apabila membayar barangan.

      http://www.bankislam.com.my/home/ms/perbankan-peribadi/produk-deposit/akaun-simpanan-i-wadiah/

      http://www.bankrakyat.com.my/akaun-simpanan-i

      Delete
  35. Salam tuan..nk tanya sikit...memang prosedur terbaru maybank ke skrang ni..utk bukak akaun simpanan mesti kena kerja /student sahaja??kalau x..xbleh bkk akaun??..sy pelik sbb sy pi maybank katanya sy x boleh bkak acc lagi sbb blm ada pendapatan..ok laa sy terima alasan tu dr akak maybank tu..tp td kwn sy bru je bkk akaun...boleh plk...dia pun x kerja jgk...harap boleh bg sedikit pencerahan...tk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.
      Silap jika kita bandingkan keperluan orang lain sama dengan keperluan diri kita. Lepas tu kita letak tanda aras umur sama, pendidikan sama dll

      Sebenarnya ada keperluan untuk membuka akaun, jika ada bukti pendapatan, ada biasiswa, pinjaman ptptn ke, bantuan rakyat BRIM ke, baru ada rasionalnya.

      Jika umur 18 tahun ke atas, terpakai syaratnya jumlah deposit sahaja. Warga emas pun boleh buka akaun simpanan.

      Delete
    2. salam. nk tnya,boleh ke buka acc utk isteri sy . tp isteri sy x bekerja .

      Delete
    3. Wasalam. Boleh, isteri kena gi bank juga. Bank tak minta syarat slip gaji.
      Kalau isteri tak bekerja, suami boleh buat akaun atas nama suami ni cadangan saya, bagi kemudahan dan fasiliti kad tu isteri gunakan. Daftar TAC no telefon bimbit sebab jika ada apa2 kejadian, boleh keluarkan duit secara online.
      Tapi jika urusan akaun rasmi, elok isteri yang buat sendiri.

      Delete
    4. Saya buka akaun maybank tahun lepas,saya pun xbekerja,hanya suami bekerja...kena deposit rm250...dan pengawai ada juga tanya tujuan buka akaun,saya cakap saya berniaga online...dan dia ada minta nama fb...tak pasti untuk apa...tapi saya berjaya buka akaun...pendaftaran atas nama saya,TAC hp pun atas nombor saya

      Delete
    5. Aah sama mcm sy jgk..pergi tnye kt kaunter maybank..dia kata xleh buka akaun klu xbawa surat (sekolah/kerja)..sedih jgk...terpaksa balik rumah semula..huhu..

      Delete
  36. Baru sebentar tadi saya bawa anak ke maybank cawangan tangkak untuk buka akaun. Tapi pihak bank minta surat kebenaran dariada sekolah. Jika tiada surat tu tak bole buka akaun ke? Itu soalan saya sebenarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi soalan orang kaya ni. jika tiada surat dari sekolah, kena deposit penuhlah RM500-RM1000 mampu ke. Tu jawapan saya

      Delete
  37. alhamdulillah...penerangan ko ni dh selamatkn aku dri salah langkah..tq bro

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum. Hi nak tanya, semalam saya dah buka akaun maybank. Deposit rm250. Pagi ni saya check baki ada rm220.43. Saya check history ada tulis direct debit pos rm21.09. Boleh saya tahu tu untuk apa dan ada charge lain ke yang dikenakan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, selalu tolak harga fi tahunan kad debit terus je. Nanti saudari update blk boleh share2 ya

      Delete
    2. InsyaAllah. Saya masih belum ke bank untuk bertanya. Terima kasih atas perkongsian :)

      Delete
    3. InsyaAllah mana yang tahu lanjut tu kita kongsi sama-sama. Saya ni bekas pekerja Maybank sahaja pastu zaman saya takda debit, wave ni semua.

      Saya tak jumpa komen 1 lagi ni, dia Tanya lebih kurang perlu ke surat dari majikan.

      Jika tiada surat dari Majikan, ia perlukan sejumlah deposit yang agak besar. Lepas tu Majikan yang keluarkan surat itu juga adalah pelanggan Maybank. Dalam hal ini, Majikan jadi perujuk kepada pekerjanya.

      Jika tiada surat, pemohon perlulah ada perujuk dan sejumlah deposit. Perujuk mestilah ada akaun di bank tersebut juga. Begitu juga warganegara asing yang bekerja secara sah di Malaysia.

      Saya biasa berurusan dengan pekerja Indonesia jika ada kerja2 ubahsuai, mereka biasa gunakan Bank Simpanan Nasional untuk saya bayar kos ubahsuai secara pindahan online.

      Mungkin warganegara Indonesia yang baca entri saya ini boleh dapatkan maklumat lanjut di Bank Simpanan Nasional mungkin syarat dan depositnya rendah.

      Pada saya antara bank yang Sistem Online dia baik adalah Citibank, CIMB, Maybank, Bank Rakyat, RHB Online agak kurang mesra gitu.

      Delete
  39. Salam . sy seorang ibu yg tidak bkrja, anak2 cadangkan sy buka akaun maybank (kerana berdekatan kawasan rumah) bg memudahkan urusan bank in. Soalan sy, boleh kah seorg surirumah sepenuh msa buka akaun maybank ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, boleh dan digalakkan . saya juga bukakan akaun cimb ibu saya dgn deposit RM250.00 (selepas buka, keluarkan kena tinggalkan baki RM20.00 ke atas di dalam akaun). Caj tahunan RM15.90

      Delete
  40. Assalam, hai sye nk tanya, bagi mmbuka akaun maybank apa dokumen yg perlu dibawa selain ic ? Dan sye diberitahu untuk bawa setem , setem apa ya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Syahir Ashraf.. sedap namanya.
      Setem apa ya? Setem Hasil ke.. Setem hasil ni untuk endorse dokumen jadikan sah di sisi undang-undang. Perjanjian Pendidikan ada perlu setem, tapi buka akaun bank tidak perlu

      Delete
  41. saya nak tahu,sekiranya dahulu sy pernah ada rekod buruk dgn Maybank (hutang kredit kad) namun begitu,kesemua hutang sudahpun berjaya di langsaikan sebulan yg lps...sekiranya sy berhasrat utk buka akaun simpanan biasa dgn Maybank (sbb akaun yg lama dh deactivate) ..ada ape2 masalah tak utk buka akaun baru? utk pengetahuan encik, sy skrg hanyalah surirumah shj, perlukah sy nyatakan tujuan membuka akaun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita ni pelanggan bank, jadi begitulah kesudahannya, makin berhutang makin disayang, tapi bila close akaun atau buat masalah je memang bye2 la...cth sy buka kad kredit ambank, rhb bank, maybank...bila awak close akaun je walau cara elok, insyaallah tak dapat lagi da nak buka akaun kad kredit...Insyaallah jika deposit simpanan besar, ada pengecualian tu spt fix deposit, bank syg kita

      Delete
  42. Saya umur 17 boleh ke buat acc sendiri. Macam mana nk buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umur 18 Tahun Ke Atas
      - Bawa Cash RM250.00 dan KP

      Umur 18 Tahun Ke Bawah
      -Bawa Penjaga sebagai penjamin, Sijil Kelahiran dan KP

      Kalau rasa duit banyak dan bawah umur leceh nak ke bank, adik beli kad topup, reload je lebih sedikit. sekarang dan banyak outlet terima kad TNG sebagai payment method

      Satu lagi boleh juga minta penjaga daftarkan Kad Kredit Prepaid, adik pinjam je..dalam tu boleh simpan duit..pastikan kad kredit prepaid tu dibawa sepanjang masa. Hebat tu bawah 18 tahun dah ada kad kredit plastik bezanya Kad kredit abg berhutang, adiknye tak berhutang huhu

      Starter Pack RM20.00, Tahunan Caj RM6.00

      Delete
    2. http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/personalDetail04.do?channelId=CRD-Cards&cntTypeId=0&cntKey=CRD12.04&programId=CRD12-PrepaidCards&chCatId=/mbb/Personal/CRD-Cards

      Delete
  43. Kalau umur 18 tahun..kalau dh keje nk buka acc bank kene tunjukkan surat majikan ke deposit rm250.00 atau kene tunjuk dua-dua sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je mana2. tapi deposit dan KP yang penting

      Delete
  44. Boleh buat account kalau takde slip gaji ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak datang ke Bank bawa RM5000.00 tunai meminta nasihat nak simpan duit pada pegawai bank. InsyaAllah boleh jika ada bukti pendapatan

      Delete
  45. Hai..agak2 brapa kos buka akaun my bank yang ada surat dari majikan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai.. RM50.00 sudah cukup..masuk lebih pun boleh sebab akaun awak juga

      Delete
  46. Assalam nak tanya. Saya ada baca kalau nak buka akaun maybank kena ada offer letter dari majikan. Offer letter tu yg mana satu ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Offer letter tu syarikat tempat kerja tuan keluarkan. Ada Nama, No KP, Jawatan, Masa kerja, Masa Cuti, Jumlah Cuti/Cuti Sakit, Kemudahan lain-lain. Jumlah Gaji, Tempoh Percubaan dan lain-lain.

      Saya terima selalu surat rujukan dari syarikat, BUKAN surat offer letter. Surat rujukan ni sekadar butiran pekerja yang asas, No. SOCSO, EPF ke, Nama dan No KP. Surat rujukan ini pekerja bawa bersama. Sebab apa nama surat rujukan, sebab majikan anda adalah pelanggan bank tersebut dan dia nak bayar gaji anda melalui bank yang sama.

      Delete
  47. Saya nak buka akaun tapi syarat bank kilang nak maybank. Kena buat dahulu bru mohon kerja situ. Rm250 ke rm500 untuk buka akaun ? Sbb tkde surat rujukan majikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh saja anda buka sendiri tanpa rujukan. Surat Rujukan ni bagusnya deposit anda lebih rendah. Yang penting buka akaun dgn syarat bank atau syarat kilang, mana-mana tiada masalah, duit itu milik saudara juga

      Delete
  48. Asalamuailaikum..saya pernah pergi bank nak buat akaun baru tapi dia minta surat rujukan tempat kerja. Saya pulak tidak bekerja hanya bekerja sebagai makeup freelance dan wedding planner dan tiada bukti seperti slip gaji atau mana2 surat rujukan. Soalan saya bagaimana saya ingin membuat kad bank atas nama saya? Mohon jasa baik tuan utk beri pencerahan. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, Saudari kena ada pendaftaran niaga jika makan gaji. Selain itu deposit agak besar sedikit. Memandangkan freelance, baik saudari cari kerja partime/fulltime di shopping complex/fast food dahulu untuk mudahkan buka akaun dengan kos yang minima

      Delete
  49. Assalam.. Sye surirumah tgge, bru ni sye nak buat kad bank utk sye, tp dieorg ckp kne bwk suami nape mcm tu..

    ReplyDelete
  50. salam berapa had simpanan untuk saving acc maybank? kalau 3juta ada dalam simpanan tu ok ke? lepas tu baru buat current account.boleh tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, kalau 3 juta simpan semata buat apa, beli la rumah 40 bijik, getah 12 lori ke.
      Nak buat current akaun bukan susah pon, deposit 1000-2500 dah boleh

      Delete
  51. Bole saya bertanya kalu pegang mykas boleh boleh tak buka akaun kat my bank bagi tujuan nak keluarkan wang KWSP saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. mykas tu mykad ke. awak dah ada KWSP, selalu masuk potongan kwsp melalui majikan, dan seharusnya ada akaun peribadi sendiri semasa terima gaji bulanan dari majikan.
      Kedua, nak buka akaun maybank tiada masalah pun

      Delete
  52. Buka akaun kena ada surat dari majikan ke?Macam mana kalau nak buka akaun bagi yang bekerja sendiri.

    ReplyDelete

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

ARCHIVE

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts

Blog Archive