Kedai Buku Online

Thursday, September 24

SALAM AIDILADHA - 10 ZULHIJJAH 1436H

SALAM AIDILADHA 10 ZULHIJJAH 1436H

Aidiladha secara rasminya telah disambut di Malaysia pada Khamis, 24 September 2015 lepas.

Pagi itu selepas mandi sunat, aku dan rakan bergegas ke Masjid Putra untuk takbir dan solat sunat Aidiladha.

Keadaaan lalulintas di Masjid Putra Putrajaya memang agak lengang dan tersusun. Rata-rata yang sampai seawal jam 7.30 pagi aku lihat adalah 70% warga asing dan rata-rata dari Asia Barat.

Banyak jugalah yang sempat sesi selfie di sekitar Masjid Putra. Bangga jugalah kita sebagai rakyat Malaysia.

Ok, ini antara kelakuan menarik yang aku nampak sekitar masjid :


  • Orang asing rata-rata dari Asia Barat, datang dengan kemas, pakaian mereka sedondon sekeluarga dan rata-rata berwarna putih. Jahitannya amat cantik dan fabriknya memang nampak mahal lah. Mereka datang dengan ceria ibarat datang majlis besar yang meriah. Takde lah yang serius macam nak ambil exam.

  • Anak-anak lelaki seawal 2/3 tahun dibawa bersama. Mereka diasuh berpakaian formal. Pakaian mereka di negara asal mereka ketika ke masjid kebanyakkan adalah jubah. Mereka tidak pakai kurta, kain pelikat, atau pakaian seadanya yang biasa-biasa. Kebanyakan aku lihat orang tempatan pakai baju melayu tanpa songkok, tanpa samping atau kopiah disimpan di dalam kocek.

  • Warganegara Asia Barat akan sebolehnya mengambil saf hadapan sekali, semua keluarganya bersama. Jika penuh, mereka akan berdiri di saf terhadapan dan menunggu mencari ruangan yang sesuai bagi sesi keluarganya. Warga asing dari Bangladesh, Pakistan dan Nusantara kebanyakkannya di saf tengah, tepi atau berhampiran pintu keluar.

  • Ada 2 orang adik beradik dalam umur 2 tahun dan 3 tahun (comel pulak tu anak Arab memakai jubah kecil berwana putih). Yang abang di depan membawa seberkas kurma dan adiknya membawa sekotak tisu mengekor rapat abangnya. Disebabkan saf di Masjid Putra panjang (hanya saf depan sahaja ditawar kurma), si abang dan adik bertanya kepada ayahnya sambil menuding jari pada jarak saf yang agak jauh untuk edarkan kurma. Mungkin jauh sangat. Tapi apabila riak ayahnya nampak seperti menyuruh juga, terpaksalah si anak ni menurut arahan ayahnya mengedarkan kurma. Agak mengagumkan umur sebegitu boleh duduk diam dan boleh diminta membuat kerja tanpa karenah. Asuhan mereka mungkin sudah terbiasa di mana-mana.

  • Tak lama kemudian, seorang lelaki berkulit hitam dan berjubah putih membawa sebotol kecil pewangi untuk disapukan pada tangan jemaah di saf hadapan. Seperti biasa, hanya untuk saf depan sahaja. Aku nampak gigi putih pemuda tersebut senyum sepanjang menyapu minyak wangi tu. Baunya memang sah harga minyak wangi tu memang kategori sangat mahal. 

"Rasulluah SAW menyuruh pada 2 hari Raya agar memakai pakaian yang terbaik yang dimiliki dan memakai wangian yang terharum serta berkorban dengan (haiwan) terbaik  (HR al-Hakim)"

Antara sunah Rasullulah adalah jangan menolak pemberian kurma dan wangian kerana ia adalah nikmat kurniaan Allah yang disukai Rasullulah. Ada juga yang menolak, mungkin ada alasannya kot.

Habis solat sunat Aidiladha, disusuli khutbah. Masa ni ramai juga warga asing dari Asia barat beredar awal. Tamat sahaja khutbah, semasa beredar, aku nampak Tun Mahathir Mohamad. Nak salam memang tak dapat, ramai pelajar warga Asia Barat kerumun beliau semasa bergerak keluar. Ada yang ambil gambar, ada yang ambil video dan cuba untuk bersalam beliau. Banyak ilmu,  jasa beliau dan pandangan beliau diperhatikan orang luar kan. Moga Tun kekal sihat sejahtera.

Dan yang datang lewat tu boleh parkir di laluan utama tapi cepat-cepatlah balik alihkan kenderaan tu bagi laluan orang lain. Membuang sekecil duri di jalanan pun kan pahala besar, ni sebesar-besar kereta parkir tengah. Datang lambat, balik pun nak lambat, menyusahkan orang lain dan sampai bila kita taknak memikirkan akibat perbuatan kita tu pada orang lain. 

Tujuan hadir solat sunat Aidiladha ingin cari pahala bukan balik dengan perbuatan sia-sia. Habis je solat, berkumpul di luar masjid sambil merokok dan vape bagai. Pak Arab duit banyak tu pun tahu benda alah berasap2 ni tak perlu dan membazir. Masa keluar sembahyang raya ni ramai kanak-kanak peratikan, segan-segan dan sorok-soroklah sikit.

* Ikhsan Gambar dari Google
Share:

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

ARCHIVE

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts

Blog Archive