Kedai Buku Online

Tuesday, November 1

HARGA MINYAK PETROL DAN MINYAK MASAK NAIKLAH...


Alhamdullilah.....Syukur kepada Allah dengan izinNya KERANA....

Dapat aku menghirup udara segar pagi ini disamping berpeluang melihat kenaikan harga minyak petrol (kereta aku pakai petrol RON95, jadi aku abaikan kenaikan minyak Diesel dan RON97).

Kalau tengok purata dalam 3 Bulan dari OGOS-OKTOBER, anggaran harga minyak adalah RM1.75 per liter.

Ni jadual rekod pembelian minyak petrol kereta aku dalam setiap bulan :



Jadi, dah sah kenaikan November 2016 adalah sebanyak RM0.15 per liter.

Ni kiraan aku, kalau salah tu perbetulkan ya.

Bila anggarkan 3 bulan terakhir perbelanjaan minyak aku adalah RM232.62 + RM212.52 + RM166.67 = RM611.81 / 3 bulan, secara purata aku membayar petrol RM203.94  dalam sebulan.

(Dengan nilai RM203.94 ni, aku boleh dapat dalam OKTOBER = 113.3 Liter, NOVEMBER =104.58 liter)

Jadi ikut purata harga minyak dalam 3 bulan terakhir adalah RM1.75 seliter, maka purata kegunaan minyak petrol aku ialah RM203.94 / RM1.75 bersamaan dalam +/- 116.54 liter petrol aku perlukan  dalam sebulan.

Kenapa aku ambil nilai purata, sebab purata 3 bulan terakhir adalah hampir menyamai tabiat kita. Macam tu juga TNB buat prorate jika nak anggar bil lebih 30 hari.

Tu jumlah kasar keperluan minyak kereta aku termasuk 1 kali setiap bulan balik kampung dalam jarak 450KM pergi dan balik.

Berapakah impak tambahan Ringgit Malaysia dalam sebulan?

RM0.15 / RM1.80 =  8.3% kenaikan julat RM.

Jadi jika 116.54 liter petrol sebulan, maka pada November, 116.54 liter X RM1.95 = RM227.25 (Kenaikan RM23.31 dari Oktober 2016)

Jadi aku kena lebihkan bajet RM16.00 - RM25.00 dalam sebulan untuk minyak petrol RON95 sahaja oit. Tu tak termasuk lagi jumlah hari dalam sebulan, cuti umum, tahun lompat lah, cuti sekolah, banjir... malas nak cerita da.

Ini belum lagi kenaikan minyak masak yang ditarik subsidi katanya.  InsyaAllah sebulan keluarga aku masih pakai maksimum 2KG minyak masak sahaja. Berapa RM yang naik???.....Rasanya RM2.00 - RM4.00 jugalah nanti aku update semula okay.






Share:

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

ARCHIVE

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts

Blog Archive