Kedai Buku Online

Friday, December 9

KISAH MAKAN-MAKAN DI PENYET EXPRESS IOI PUTRAJAYA

Hari-hari manusia memang kena makan dan minum sekadarnya.

Jadi aku sebagai kategori manusia, kenalah makan dan minum juga.
Tambahan pula sebagai muslim kena beri makanan pada roh dan jasad kita dengan makan dan minuman yang baik dan halal.

Ni cerita tentang makan. Hari ini tiada cerita tentang kereta dan hospital.

Tak hujan, tak ribut, tetiba menu naik RM1.00
Kat mana logiknya pun aku tak tahu sedangkan mak bapak dan sedara ayam pun tak tahu harga sekilogram mereka dinaikkan tahun ni.


Tengok menu dulu dan menu sekarang.

Ni nak cerita kes makan tengahari di Penyet Ekpress IOI Putrajaya semalam. Dulu kan ada pakej makan tengahari siap air Ais Lemon Tea, pastu terus ghaib Ais Lemon Tea.

Tetiba menu bertambah cantik...dan akhirnya automatik berubah angka RM tu.

Nak dijadikan cerita;

1-  Aku order Ayam Penyet dengan harga baru ni dan Ais Lemon Tea
2 - Kawan pula order Sup Rawan , Nasi Putih dan Ais Lemon Tea

Tunggu punya tunggu, Sup Rawan pun ditakdirkan tiada selepas 15 minit menunggu. "hari ini kami saja2 tidak jual menu sup encik",  gitulah kata waitress tu dengan muka selamba dan akur kawanku batalkan sahaja tempahan.

Waitress ni lah juga yang tadi letak Ais Lemon Tea pun berdentum meja tu dan dia blah begitu sahaja.
Kesudahannya, aku makan sorang2, dagingnya kering dan keras, air pun tawar semacam je.

Masa bayar pun sadis juga, dah cakap1 tempahan batal pun dia nak cakap "Nasi putih tu ada order kan".

Aku pun cakap "nak makan nasi putih tu dengan apa.............."

Hah tu jelah pantun aku, sebab aku pun terpaksa lupakan hari sedih itu dengan cemerlangnya. Kalau aku ingat je, mungkin 3-4 Hari aku akan kekal lapar.

Pandai-pandailah korang sambung ....



 



Share:

1 comment:

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

ARCHIVE

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts

Blog Archive