Kedai Buku Online

Friday, April 6

MANA KEPERLUAN DIUTAMAKAN?

Akhir-akhir ni aku selalu tengok orang teruja sangat pada kereta. Masih berhutang, suka modified kereta. Kereta pula harganya sudah 60% dari gaji x 108 Bulan. Bukan kesalahan besar pun cuma bayangkan angka-angka ini dulu:

1) Masuk kerja dalam umur 25 tahun secara kasarnya atau pada umur ini dah ada pekerjaan stabil. Rasanya umur berapa nak pencen? Kemungkinan masa ni sibuk mengumpul duit nak berkahwin.

2) Umur 30 Tahun selalunya dah ada sekurangnya 1 anak. Yang wajib tambah ialah kos perubatan, kos pengasuh dan pampers serta susu.

3) Umur 35 Tahun, sekurangnya anak dah 3-4 orang dan mungkin sudah ada bersekolah. Masa ini masa kekal kos di No.2 dengan nisbah perbelanjaan melebar sedikit.

4) Dapatlah nak berehat mengurus anak-anak kecil. Masa ni umur dah 40 Tahun. Mungkin perbelanjaan akan bertukar pada kos pendidikan anak pula. Tapi jika tambah anak ke-5, bersambunglah No.2 semula. Sepatutnta pada umur 40 tahun, kita disarankan sibuk pada urusan akhirat.

5) Umur 45 tahun, masih sibuk menghantar dan mengambil anak ke sekolah.

Masa ni di mana kita berteduh? adakah masih menyewa lagi. Nasihat aku dapatkanlah rumah sebiji yang termampu walaupun selesa menumpang di rumah ibu bapa. Jika kos-kos lain ada macam kereta, usahakan juga sebab bila korang bermula membeli rumah pada awal-awal lagi, korang sebenarnya dapat berehat lebih awal lagi-lagi rumah semakin naik harganya.

Contoh harga rumah RM150,000.00 :

1) Umur 25 Tahun, Loan pinjaman sehinga 35 Tahun, Insurans loan dalam RM3000.00 ke bawah
2) Umur 30 Tahun, Loan pinjaman sehinga 35 Tahun, Insurans loan dalam RM4500.00
3) Umur 35 Tahun, Loan pinjaman sehingga 32 Tahun, Insurans loan dalam RM5500.00
4) Umur 40 Tahun, Loan pinjaman Sehingga 30-31 Tahun, Insurans loan dalam RM7000.00
5) Umur 45 Tahun, Loan pinjaman sehinga 25 Tahun, Insurans loan dalam RM10,000.00

Semakin lambat membeli, semakin tinggi bayaran bulanan, dan semakin sukar jumpa harga rumah RM150,000.00 lagi. Insurans Loan pula hanya sehingga 60 Tahun. Jika beli beli pada umur 45 Tahun, insurans hanya cover sehingga umur 60 tahun sahaja dan perlu diperbaharui sebab tempoh pinjaman bank masih ada berbaki lagi.

Kita masih selamat jika ada kenaikan gaji RM150-RM400 setahun itu pun jika kesihatan diri elok dan pekerjaan terjamin.

Jadi sesuai tukar-tukar kereta ni dan kebebasan kewangan adalah pada umur 35 Tahun ke atas dengan syarat sudah ada rumah kediaman sendiri. 

Bukan untuk kita, tapi untuk isteri dan pewaris kita meneruskan hidup pada zamannya.



Share:

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts