Monday, October 10

KEWAJIPAN ANAK-ANAK KEPADA IBU BAPA


Hari ini aku nak nukilkan sedikit tentang kedudukan ibu dan bapa, walau asas, aku pun nak baca juga satu hari nanti. Maklumlah manusia kan sentiasa (suka) lupa.
Diriwayatkan daripada Bukhari dan Muslim, Ibnu Umar berkata: “Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: “Apakah perbuatan disukai oleh Allah?” 
Lalu Baginda bersabda: 

Sembahyang pada waktunya.” Kemudian apa?” tanya saya lagi. Baginda menjawab: 
Berbakti kepada kedua ibu bapa.” Saya bertanya: “Apa lagi.” Jawab Baginda: 
Berjihad pada jalan Allah.” 

Jadi Berjihad tu kurang implikasi berbanding keutamaan ibu bapa. Tapiii... aku pun sembahyang selalu kelewatan. Solat ni kena budayakan displin dan walau ringan tetapi paling berat dilaksanakan huhu. Solat ni memang kena ikhlas. Orang yang rutinnya memperbaiki solat ada dikaji di dalam Sains. Dari segi kesihatan, kolestrol pun direndahkan di dalam darah.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Firman Allah bermaksud: “Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua-dua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘cis’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi, berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (Surah al-Israk, ayat 23).



Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya.” (Hadis riwayat Muslim).

Berkahwin bukan sekadar lafaz ijab dan qabul sahaja, keturunan tu paling berat dijaga, pendidikan, kesihatan makan minum. Kalau kudrat mampu beli susu anak yang biasa2 sahaja, tetapi isteri nak susu mahal, tu dah hukum lain kecuali amat bekeperluan pada anak untuk bergantung pada susu tersebut. Kahwin ni wajib. Kalau belum ada jodoh, amalkan doa ini.

Menyediakan tempat kediaman juga perlu, insyaAllah, untuk isteri ada, untuk anak pun ada walau bukan sebuah rumah setiap seorang anak, akan kusediakan juga. 

Masa tu kalau aku dah tiada, anak-anak nak jual, insyaAllah adalah harga markup sikit hihi. Hukum dunia ni begitulah, fikirkan sekadar limit kita je.  Takkan lah nak fikir jangan beli rumah, nanti meninggal pun tinggal harta juga, bini kahwin lain, tu urusan buku lain okey.

"Bersyukurlah kepada Aku dan kedua ibu bapa kamu"
(Surah Luqman ayat 14)

Cuba didik anak-anak dengan kisah-kisah nabi seperti entri ni.

Semoga memiliki harta yang terbaik dunia dan akhirat. Aminn.

Thursday, October 6

SEPETANG MENJAMU SELERA DI KEDAI DAPUR PENYET



Salam hari Khamis 06 October 2016, maaf juga pada komen-komen yang tak sempat aku jawab sebab aku terlalu banyak kerja di pejabat. 

Banyak kerja tu tak la juga tapi kerja tu susah nak trobleshoot. Hari-hari aku buat kerja tu je lah. 

Dan tambah kesuntukan masa, balik rumah pun aku tak sempat sambung kerja sebab sibuk dengan anak lelaki pula maklumlah umur tengah kuat bermain dan kurang tidur.

Jadi ceritanya, aku akan kemaskini secepat mungkin dan kerja lebih masa baik kerja di pejabat, di rumah mahupun blog ini.

Semalam, balik kerja aku singgah makan di kedai makan Dapur Penyet berdepan dengan Mydin Presint 15 ni.


Masuk sahaja kedai makan ni, aku duduk la, dan staf di kaunter pun panggil aku ke kaunter sebab kena ambil tempahan di kaunter sahaja.

Sambil menunjuk kertas menu berwarna - "Yang ni menu ala carte, yang ni menu siap air free". Gitulah cakap staf tu. Jadi aku ambil la menu ikan lele (keli) siap air tu berharga RM8.90.

Daripada harga RM8.90 tetiba  jadi RM11 lebih.  Aku ingat RM10.00 tu masih berbaki.

Aku pun tanyalah kenapa jadi ++ tu. Jawab staf tu pun tak munasabah, "Nanti saya tanya bos saya harga tu, tapi encik kena bayar dululah".

Aku pun pelik kenapa aku kena tanggung bahagian RM  yang tak jelas tu? Boleh pula staf tu cakap nanti dia tanya bos lagi. Bila tanya mana bos, dia cakap  kena bayar dulu sebab dah set dalam mesin kaunter jadi begitu.

Ok lah sebab dah jadi RM11 lebih, aku cakap baik tukar ikan keli kepada Ayam Barokah ni pun RM11.90 lebih kurang harga macam harga ikan lele tadi.

Tekan-tekan mesin cashier  dari RM11.90 jadilah juga RM13.25, lagilah aku pening dari mana lebihan RM tu, itu pun tak mampu dia cakap dari mana. Aku tanya ada resit?, dia cakap ada terus aku order dan bayar je lah. 

Ni rupanya resitnya diasingkan caj GST dan Caj Servis 5%, memang patutlah.

Kedai ni punya menu harga asing-asing lepas tu tak maklum DIKENAKAN CAJ PERKHIDMATAN 5%. Maksudnya caj tersembunyilah ni. 

Nak kata servis pelanggan, mana adanya, sebab aku yang kena ke kaunter order2 dan bayar di situ. Cuma makanan dihantar sahaja ke meja, kalau panggil ke dapur pun aku boleh pergi ambil makanan tu kan.

Bab makanan dan minuman pula, aku bagi 4 bintang dari 10 bintang. Dulu aku pernah makan sate di sini tapi pelik jugalah.
Sepanjang aku ke Mc Donalds, Burger Kings, The Chicken Rice Shop, menu2 pakej siap print tu dah termasuk kos GST dan caj servis.

GST ni bukan dikenakan pada harga menu kita je, ia dikenakan SELEPAS ditambah caj perkhidmatan 5%.

Tengok tu di menu The Chicken Rice Shop - menu Savers Good Lunch berharga RM10.50 (Harga TERMASUK Caj GST 6% dan Caj Servis 5%). Tak pening2 kan.

TAPI SEBULAN LEPAS HARGA SET INI RM10.00. Cuma TCRS ni buat menu dan banting harga baru, dia tak edit tampal harga baru macam kedai-kedai lain.
 


Kalau nak lebih sedap Nasi Ayam Penyet ni baik korang ke Medan Selera Alamanda sebelah Restaurant Black Canyon, lagi garing, lagi sedap, sambal sedap dan lagi murah dengan tiada Caj servis dan Caj GST. 

Harga Nasi Ayam Penyet RM11.90 tu tiada caj2 lain. Korang boleh order sepinggan nasi lagi RM1.80 untuk kongsi makan berdua sebab ayamnya besar dan lagi kawasan ni berhawa dingin cuma menu tu tiada bersama air minuman. Oklah, tekan loceng bila pesanan dah siap.

Mungkin esok atau lusa harga tetap naik, turun harga tu confirm tak mungkin, yang pasti, aku takkan datang lagi.

Aku bukan nak berkira, tapi aku lebih suka mengelakkan benda2 yang memeningkan kepala.








Tuesday, September 20

BUKU-BUKU TERPILIH DITAWARKAN SEHINGGA 50% POTONGAN DISKAUN


Koleksi Buku-Buku Terpilih yang ditawarkan sehingga 50%. 
Bukan sedikit tapi sungguh-sungguh Bookcafe menawarkan 50% diskaun!!. 

Masa promosi inilah mari kita membeli buku pilihan macam ni. Simpan resit untuk pengecualian cukai. Klik sini ---->  50% Buku Terpilih

Thursday, August 4

BUAT PEMERIKSAAN JANTUNG SEAWAL 35 TAHUN

 BENI ISMAN

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Rakyat di negara ini dilihat kurang prihatin terhadap kepentingan menjaga pemakanan sehingga menyebabkan mereka berpotensi menghidap penyakit jantung. 
Pakar Jantung, Institut Jantung Negara (IJN), Dr. Beni Isman Rusani berkata, kebanyakan individu tidak menyedari mereka menghidap penyakit jantung memandangkan ia merupakan pembunuh senyap atau ‘silent killer’.

“Sebenarnya, orang ramai perlu menjalankan pemeriksaan jantung seawal usia 35 tahun untuk mengenal pasti keadaan dan kesihatan jantung mereka dan menjalani ujian tekanan iaitu ‘exercise stress test’.

“Ramai menganggap amalan gaya hidup sihat merupakan sesuatu yang klise tetapi itulah yang perlu dititikberatkan terutama melibatkan aspek pemakanan dan penjagaan kesihatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Dr. Azhari Yakub bahawa sebanyak 25 peratus atau kira-kira lapan juta rakyat Malaysia terdedah risiko mendapat penyakit jantung dengan peningkatan lima peratus setiap tahun selain menjadi penyebab utama kematian dalam kalangan wanita.

Menurut Azhari, secara umumnya, insiden di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding negara-negara maju dengan umur purata kira-kira 10 tahun lebih muda dari negara-negara tersebut.

Sementara itu, Beni Isman berkata, kaedah senaman ringan dan sederhana boleh dilakukan untuk menggalakkan jantung bergerak aktif dan darah dapat dipam dengan lancar ke tubuh badan.

“Biasanya penyakit jantung utama yang dihidapi pesakit adalah salur darah tersumbat, oleh itu amat penting untuk kita melakukan senaman secara rutin selama 150 minit seminggu.

“Aktiviti senaman boleh dilakukan sebanyak tiga hingga lima kali seminggu dengan 30 minit setiap sesi. Selain itu, berhenti merokok dan ambil pemakanan yang kurang kalori serta berminyak,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE


Thursday, July 28

KES DIFTERIA KE-24 SEHINGGA 21 JULAI 2016


Apakah itu Difteria?. Boleh rujuk entri ini untuk memahami lebih lanjut

Difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphteriae. Ia tersebar melalui titisan cecair pernafasan. Bakteria ini menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas.

Dengan kata lain difteria adalah penyakit saluran pernafasan yang menyerang bahagian atas mukosa saluran pernafasan dan kulit yang terluka. Beberapa perkara berkenaan bakteria tersebut perlu ibu bapa ketahui untuk mengelakkan ia daripada menjangkiti si kecil.

 
   * Sakit tekak berpanjangan.

   * Demam secara tiba-tiba.

   * Tumbuhan membran kelabu meliputi tonsil serta bahagian saluran pernafasan serta kelihatan seperti beguk di leher


Sehingga 21 Julai 2016, sebanyak 24 Kes Difteria dilaporkan di Malaysia dengan 5 kes kematian. apa yang mengejutkan adalah 9 kes terbaru (18-21 Julai 2016), sejumlah 6 orang pesakit mempunyai sejarah menerima Vaksin DTP penuh. Mari kita rujuk laporan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia (Kenyataan Akhbar) seperti berikut.



Kes Difteria ini bukan baru kerana telah wujud sejak tahun 1800 an melibatkan rakyat dan golongan bangsawan. Pada 1920an, ratusan ribu dijangkitan dengan belasan ribu meninggal dunia di Amerika.

Rawatan pertama dalam sejarah dipelopori oleh doktor U.S. Joseph O'Dwyer (1841–1898). O'Dwyer membangunkan tiub yang dimasukkan ke dalam leher, dan menghalang mangsa dari tercekik akibat sarung selaput yang tumbuh pada dan menutupi saluran udara.

Vaksin digunakan pada 1913-1924 dan keberkesanannya mampu mengurangkan kematian akibat Difteria.

Thursday, June 23

KEMATIAN AKIBAT DIFTERIA

Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan berita kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun meninggal dunia akibat jangkitan bakteria difteria. Sehubungan dengan itu juga, ramai di antara kita buat pertama kalinya mendengar perkataan difteria di media massa ataupun mengimbau kembali jangkitan difteria yang sudah lama tidak diperkatakan. Mengapa?

Kerana ianya seharusnya menjadi sejarah yang tidak berulang! Malah, ada di antara pengamal perubatan sendiri tidak pernah melihat atau bertemu dengan pesakit difteria dalam hidup mereka, dek kerana kawalan penyakit melalui vaksin yang berjaya mengekang penularan penyakit tersebut. Tidak salah jika saya nyatakan difteria pernah menjadi sejarah yang dikenali melalui buku sahaja. Justeru, mari kita kenali kembali apa itu difteria?

Apa itu difteria?

Difteria adalah jangkitan kuman oleh bakteria “Corynebacterium diphtheria”. Bakteria ini akan mengeluarkan toksin yang berbahaya kepada pengidapnya yang boleh menyebabkan kegagalan fungsi jantung, kegagalan fungsi saraf dan kegagalan pernafasan, justeru membawa maut. Ia boleh menghasilkan pembentukan seakan lapisan selaput nanah berwarna kelabu-kehijauan pada saluran kerongkong pesakit sehingga jauh ke dalam bahagian laluan pernafasan atas (larynx), yang mana boleh menyebabkan kesukaran pesakit bernafas.

Siapa yang cenderung mendapat jangkitan difteria?

Umumnya terjadi pada mereka yang tidak diberi suntikan vaksin pencegahan difteria.

Apakah gejala-gejala difteria?

Perlu ditekankan di sini difteria boleh hadir dengan gejala yang sangat tidak khusus pada peringkat awalnya, seperti gejala-gejala demam biasa. Antaranya termasuklah demam ringan dan sederhana, sakit tekak dan sakit ketika menelan atau bengkak leher. Justeru, ianya boleh disalah-anggap sebagai jangkitan kuman tekak yang biasa sekiranya tidak disyaki lebih awal dan dipandang serius. Akhirnya, pesakit boleh hadir dengan kesukaran bernafas, mahupun kematian.

Kebarangkalian kematian?

Tanpa rawatan awal, ia boleh mencecah kepada keberangkalian kematian sehingga 20 peratus, terutama pada kanak-kanak dan golongan yang lanjut usia.

Bagaimana ia boleh merebak?

Difteria sangat MUDAH merebak melalui batuk dan bersin pesakit.

Bagaimana jangkitan difteria dapat dikesan?

Difteria dapat dikenalpasti apabila pihak doktor mengambil sampel kuman pada tekak pesakit dan mengenalpasti kuman tersebut di makmal. Namun rawatan awal akan senantiasa diberikan pada kali pertama berjumpa pesakit biarpun kuman belum dapat dikenalpasti. Ini kerana, penyakit difteria ini boleh menjadi teruk dalam masa yang singkat.

Adakah ianya boleh dirawat?

Ya. Bakteria ini dapat dikawal dengan rawatan antibiotik seperti penicillin atau erythromycin. Terdapat juga keperluan antitoxin yang mana mampu mengawal penularan toksin difteria di dalam darah. Namun, ianya tidak dapat memusnahkan toksin yang sudah melekat pada tisu badan. Perlu diingatkan tidak semua fasiliti kesihatan ada mempunyai antitoksin tersebut kerana amat jarang penyakit ini berlaku. Pesakit juga perlulah diberi pemantauan rapi di dalam hospital dan dikuarantikan untuk mencegah jangkitan kepada individu yang lain.

Bolehkah difteria berulang?

Ya, jangkitan difteria boleh berulang biarpun anda pernah menghidapi jangkitan difteria. Justeru, setiap individu perlulah mengambil langkah pencegahan dengan mendapatkan imunisasi difteria yang berkesan melalui suntikan vaksin dan mampu menurunkan risiko mendapat jangkitan difteria.

Apakah cara terbaik mencegah difteria?

Cara terbaik mencegah difteria adalah mendapatkan imunisasi vaksin difteria.

Bagaimanakah jadual imunisasi difteria di Malaysia?


Pemberian imunisasi vaksin di Malaysia adalah diberi serentak dengan imunisasi penyakit polio dan tetanus yang diberikan pada bayi berusia 2 bulan, 3 bulan dan 5 bulan (keseluruhan 3 dos) dan mendapat dos booster pada usia 18 bulan dan 7 tahun.

Bagaimana jika anak saya tidak pernah mendapatkan imunisasi difteria?

Imunisasi difteria boleh diberikan biarpun anda sudah menjangkau usia kanak-kanak, remaja mahupun dewasa dan tidak pernah mendapatkan vaksin difteria. Silalah mendapat maklumat lanjut dari pihak doktor anda untuk maklumat lanjut vaksin tersebut.

Justeru itu, diharap artikel ini dapat memberi kesedaran yang mendalam kepada semua, terutama berkenaan bahaya penyakit difteria dan pentingnya pencegahan jangkitan difteria melalui imunisasi. Mari beri sokongan pada program vaksin. Mari bersama-sama menjadikan difteria sebagai satu sejarah yang tidak boleh berulang lagi.

Dr. Shaiful Ehsan sedang melanjutkan pelajaran beliau untuk menjadi seorang Pakar Perubatan Keluarga dan kini merupakan seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau sangat mementingkan pendidikan kesihatan kepada semua pesakit beliau.


* Kes Kematian Difteria sehingga hari ini, di Melaka dan terbaru di Kedah (Kanak-Kanak Warga asing). Kedua-dua kes tidak menerima imunisasi difteria yang lengkap.

Rujukan KPK pada 23 JUN 2016


Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia pada Januari 2016



Featured Post

BELI TANAH GERAN INDIVIDU DAPAT 3 - 5 TAHUN AKAN DATANG