Tuesday, October 23

Tengkorak dalam Perut Bekas Ratu Cantik

Bidang Perubatan telah evolusi kepada pembaharuan dan R&D yang semakin canggih seperti pembiakan kultur tisu, pembedahan plastik, pintasan jantung dan lain-lain.

Kes bekas ratu cantik ini yang mengalami bengkak otak terpaksa dibedah dan sebahagian tengkoraknya perlu disimpan di dalam perut bagi mengelakkan ia rosak. Menarik bukan?

Kursus Percuma kepada OKU

Anda pernah ke Malaysian Association Of Blinds di Brickfields Kuala Lumpur? atau Persatuan Orang Buta Malaysia.

Persatuan ini amat komited melatih OKU penglihatan agar mampu berdikari dan berusaha seperti orang normal lain.
Antaranya memberi kursus juruurut dan refleksiologi secara percuma.

Lebih lanjut berkenaan MAB dan OKU penglihatan ini, boleh rujuk artikel lanjut ini. Mungkin kehadiran anda di MidValley boleh merasai urutan yang dilakukan ahli-ahli MAB ini.


Tekanan Darah Tinggi

Bagaimanakah mengukur tahap tekanan darah tinggi anda?
Ada tekanan sistolik dan diastolik yang perlu diberi perhatian. Tekanan darah  +/- 20 ni adalah normal seiring dengan peningkatan usia dan aktiviti fizikal.

Tekanan Darah Yang Tinggi perlu diturunkan kerana mampu membawa kepada ateroklerosis dan kegagalan jantung kongestif.

Turut dipaparkan gabungan terapi ubatan yang mampu merawat tekanan darah tinggi berterusan ini.

Kawan Sebar Fitnah

Kawan Sebar Fitnah atau mudahnya kawan makan kawan sering berlaku dalam masyarakat.

Mungkin rakan jenis ni berasakan ia bermotif keuntungan atau ketagih nak memalukan rakan sendiri pun ada.

Pilihlah rakan yang mampu menyimpan rahsia anda, pada SE la, kemungkinan bocornya rahsia amat tinggi apabila ia dalam pengetahuan kawan perempuan.

SE pernah semasa nak berhenti kerja sebab tidak selesa dengan kerja tersebut. Tak perlu beritahu Supervisor, cukuplah bagi kata-kata clue pada kawan perempuan, Insya-Allah dalam seminggu, semua kawan tahu SE memang nak berhenti kerja.

Wednesday, October 17

Jadi Kaya Melalui Penipuan, Pengguna Menjadi Mangsa

SE pernah membeli tiket Airasia bagi 2 orang ke Kota Kinabalu dan dikenakan tambang RM600++ bagi 2 hala.

Akibat kesilapan perjalanan pergi dan balik pada tarikh yang sama, SE menyangkakan Airasia menyediakan sistem yang boleh dikemaskini tarikh- maklumlah sistem online.

Oleh kerana kesilapan TELAH membuat BAYARAN melalui kad kredit, maka caj untuk mengubah tarikh perjalanan balik dikenakan tambahan RM200++ termasuk insurans bagi 2 orang (3/4 hari, terpaksa beli juga apabila tiada penyelesaian untuk human error). Jumlah keseluruhan RM870++. Tak sampai seminggu, SE mendapat emel promosi, dan setelah disemak, hanya RM300 ++ untuk 2 orang pergi dan balik pada tarikh dan nombor penerbangan yang sama. Rasa ralat pula.

SE rasakan untuk apa diberi capaian sistem Airasia kepada pengguna jika pembayaran dalam 10 minit tidak dibenarkan ubah tarikh? Dalam sistem ada menu View dan Modify tapi Modify alamat dan katalaluan sahaja asal jangan kurang bayaran. Apa kelebihan mempunyai akaun, jika tiada akses promosi dan tawaran-tawaran akan datang. Giant dan Tesco pun ada katalog promosi UNTUK setiap hujung minggu.

Patutlah Persatuan Pengguna Australia menyaman Airasia kerana menyembunyikan kos-kos tertentu dan Airasia mengatakan kesilapan Bahagian IT pula.
Antara kes biasa Airasia adalah seperti [ini].

Walau RM1.00, jika sebulan lebih 50,000 pengguna tertipu, bertambah kayalah penipu-penipu ini.

Antara Langkah Mengelakkan Penipuan adalah IC/Wang/Sain/No Free/Belajar :
  1. Jangan Beri Salinan Kad Pengenalan @ butiran peribadi.
  2. Jangan libatkan apa-apa RM dalam transaksi, samada bayar Kad Kredit/Tunai, deposit, tempahan atau apa-apa yang berkaitan duit anda. Jadikan perkara ada libatkan RM begitu menakutkan bagi anda. Fungsi Modify tidak sama sekali untuk pembayaran penuh.
  3. Jangan Tandatangan apa-apa dokumen
  4. Sentiasa Ragu tawaran melalui telefon/sms/emel kerana tiada apa yang percuma
  5. Belajar dari mangsa yang kena tipu seperti rujuk http://www.nccc.org.my dan belajar penipuan di Menu Arkib Aduan Pengguna untuk anda pelajari. Semua sektor ada.
Apabila satu transaksi konvensional ditukar kepada bentuk sistem maklumat, ia perlu mengkaji keperluan dan kemungkinan kesilapan manusia semasa berinteraksi dengan sistem, bukan mencari di mana peratusan tinggi pengguna selalu silap dan diletakkan caj tersembunyi. Apa sahaja alasannya, ia adalah sistem buatan manusia dan tempahan penerbangan pula lebih dari 6 bulan !!!., System must cater what human needs.

Antaranya seperti : sila sahkan tarikh , sila sahkan nama, sila sahkan no kad kredit, sila sahkan emel tempahan anda, sila masukkan nombor tag, Please ensure your SECURITY IMAGE and CAPTION are correct before you key in your password., Tarikh perjalanan pergi lebih besar dari tarikh perjalanan balik atau lain-lain yang biasa membelenggu pengguna semua peringkat umur.

Sunday, October 14

Kad Kredit Berkompas dan Faedah 0%

Kad Kredit Berkompas ini bukan canggih kepada kompasnya yang menentukan arah kiblat, tetapi ia didatangkan dengan Hukum Syariah iaitu tanpa faedah dikenakan!.

Unsur Tanpa Faedah sebegini adalah sangat-sangat mengujakan pelanggan Kad Kredit dan ia dialukan memasuki pasaran Malaysia-jika ada.

9 Jam Demi Sup Mi Xian

Info lanjut Restoren  Ayam Kampung ini boleh didapati di Wangsa Maju, No 41 Jalan Metrowangsa Seksyen 2 Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur.

Ia adalah berkenaan Mi Xian yang menjadi makanan ruji daerah Yunan China.

Featured Post

BELI TANAH GERAN INDIVIDU DAPAT 3 - 5 TAHUN AKAN DATANG