Kedai Buku Online

Tuesday, December 10

PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM TAHUN 2014

SURAT PEKELILING AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA BILANGAN 4 TAHUN 2013

Tarikh dan peraturan pembayaran gaji Tahun 2014.

Merujuk pekeliling yang dikeluarkan oleh Akauntan Negara Malaysia, berikut adalah jadual pembayaran gaji bagi kakitangan kerajaan Malaysia dari Januari 2014 hingga Disember 2014.

Pembayaran gaji ini adalah berdasarkan Arahan Perbendaharaan 105 dan surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2004 yang ditandatangani DATUK WAN SELAMAH BINTI WAN SULAIMAN, Akauntan Negara Malaysia.

Moga ia dapat membantu perancangan kakitangan awam serta pemahaman lanjut dengan keluaran pekeliling INI.

Pautan : Tarikh dan peraturan pembayaran gaji Tahun 2013.


Kakitangan awam menerima bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500.00 dijangka pada 2 Januari 2014.

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bagi meringankan lagi beban golongan pesara, kerajaan juga akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250.
"Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal Januari 2014," katanya ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini.

Bagi menghargai sumbangan penjawat awam yang menjadi tulang belakang pembangunan negara, Najib berkata kerajaan juga bersetuju menambah baik sebanyak 81 skim perkhidmatan daripada pelbagai peringkat mulai November ini.

Perdana Menteri berkata pada Julai 2013, kerajaan telah memberi tambahan satu kenaikan gaji tahunan (KGT) melibatkan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion.

Di samping itu, katanya kerajaan juga telah memberi tambahan tiga KGT kepada gaji maksimum bagi semua kumpulan perkhidmatan dan telah memanfaatkan 182,434 penjawat awam yang berada pada paras gaji maksimum. - BERNAMA

Artikel Penuh
© Utusan Melayu (M) Bhd
Share:

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

ARCHIVE

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts

Blog Archive