Tuesday, November 20

PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM TAHUN 2013

Tarikh dan peraturan pembayaran gaji Tahun 2013.

Merujuk pekeliling yang dikeluarkan oleh Akauntan Negara Malaysia, berikut adalah jadual pembayaran gaji bagi kakitangan kerajaan Malaysia dari Januari 2013 hingga Disember 2013.

23 Januari 2013 - Rabu
25 Februari 2013 - Isnin
25 Mac 2013 - Isnin
25 April 2013 - Khamis
23 Mei 2013 - Khamis
25 Jun 2013 - Selasa
25 Julai 2013 - Khamis
22 Ogos 2013 - Khamis
25 Sept 2013 - Rabu
08 Oktober 2013 - Selasa
25 November 2013 - Isnin
18 Disember 2013 - Rabu

Antara tips Tahun 2012 yang SE lakukan bagi menjimatkan perbelanjaan dan menabung sikit2 adalah :

  • Beli-belah ketika kenyang, sihat, mempunyai tunai lebih dan cuaca elok. Luangkan masa seharian baik juga untuk kecerdasan fizikal apabila berjalan. Jangan lupa pakaian solat dan air mineral. 
  • Ambil berat setiap resit transaksi belian/urusniaga.
  • Senantiasa merujuk laman web jualan hujung minggu dan tawaran promosi samada akhbar atau web seperti GIANT, TESCO, IKEA. Jika harga murah, belilah lebih ibarat rumah anda Kedai Runcit mini. Orang yang kaya pun gunakan cara ini sebab mereka tidak suka kerap keluar ke tempat awam dan merisikokan diri dengan ancaman keselamatan (tanyalah bos-bos anda jika tidak percaya).
  • Gerak awal pagi ke tempat beli-belah. Bergerak awal pagi adalah elok untuk elak kesesakan lalulintas, ruangan parkir terhad, cuaca yang elok dengan sinar matahari kaya Vitamin D. Apabila sampai tempat awal, parkir kenderaan dengan elok, kita juga senang mendapat tempat untuk makan tengahari/sarapan awal. Perut yang kenyang - aktiviti lebih santai dan teratur.
  • Guna Kad Kredit apabila perlu dan anda mahir mengira faedah dikenakan. Ni kena kerap main nombor la. Pastikan juga ada kad Touch N Go untuk persiapan dan kad bonus mata lain di bawa sama.
  • Rekod perbelanjaan keluar dan masuk, selain tahu perbelanjaan, anda juga tahu harga paling murah dan di pasaraya mana menawarkan harga paling rendah. Ada sistem macam Excel pun bagus.
  • Bayar bil utiliti untuk 2 bulan atau 3 bulan ke hadapan. Tiada masalah jika terlebih. Gunakan pembayaran atas talian lebih kompetetif. Jika ada hutang PTPTN, seeloknya bayar 1 kali untuk 2 bulan ke depan, Maksudnya setahun bayar 6 kali. Caj online selalunya RM0.50 ke RM1 bagi 1 transaksi dan anda pun mudah pantau pembayaran  berbanding 12 kali setahun.
  • Jangan pedulikan nafsu sangat atau irihati dengan orang lain. Pakai sahaja yang mana ada-bersyukur lebih mudah tidur malam dan awet muda.
  • Tahu kedudukan HARTA di mana anda letak beg duit, gajet, duit syiling. Penat juga SE selalu tegur orang yang seluk poket, duit pun dia seluk jatuh keluar tanpa disedari. Beg duit tebal pun SE pernah selamatkan di Stesyen Keretapi-kempunan Bangla tu tunggu peluang. Perhatikan orang cacat penglihatan, mereka tiada masalah membezakan wang kertas/syiling. Orang yang sempurna, payung yang dekat 1.5 meter tu pun boleh lupa.
  • Bersedekah yang termampu jika ada peluang. Hak Ibubapa adalah wajib sama juga hak membayar hutang.
Antara Langkah Mengelakkan daripda menjadi mangsa terpedaya :
  1. Jangan Beri Salinan Kad Pengenalan @ butiran peribadi.
  2. Jangan libatkan apa-apa RM dalam transaksi, samada bayar Kad Kredit/Tunai, deposit, tempahan atau apa-apa yang berkaitan duit anda. Jadikan perkara ada libatkan RM begitu menakutkan bagi anda. Fungsi Modify/Cancel tidak sama sekali untuk pembayaran penuh.
  3. Jangan Tandatangan apa-apa dokumen.
  4. Sentiasa Ragu/Fikir masak-masak tawaran melalui telefon/sms/emel kerana tiada apa yang percuma.
  5. Belajar dari mangsa yang kena tipu seperti rujuk http://www.nccc.org.my di Menu Arkib Aduan Pengguna. Semua sektor ada.

4 comments:

  1. Encik SE, saya nak tanya... Selalunya untuk lantikan baru, berapa bulan yang perlu ditunggu untuk dapat gaji yang pertama? Sekiranya daftar kerja pada akhir bulan 11, bulan berapa gaji akan masuk? Terima kasih... =)

    ReplyDelete
  2. Hehe tu la kelebihannya jika kerja di HQ, penjawat baru dapat gaji pada tarikh jadual biasa penjawat lain, tapi kalau di negeri dan daerah, kebiasaannya 2-3 bulan. Tapi terpulang pada CC masing2 submit borang dan salinan akaun bank tu dan sampai pada AG cepat @ lambat..

    ni boleh rujuk jika nak tengok penyata gaji ek (yang da ada no gaji). http://www.anm.gov.my/

    ReplyDelete
  3. Takpelah.. Rezeki masing2 kan... Untung dpt keja kat HQ... Tp if 2-3 bulan dpt skali gaji, boleh pegi melancong.. Wee... Sementara tunggu 3 bulan ni, mmg semputtt... Huhu..

    Terima kasih En SE untuk info... ^^


    ReplyDelete
  4. Hmmm, kalau tak kua ayat untung, SE seyap aje,
    SE pun bermula spt awk di state, dan sblmnye dr industri kilang.
    dpt offer di petro psr gudang dan perkhidmatan awam, dua2 ada untung hehe...kawan2 d petro pon tahun ni dpt 5 bulan bonus..,sbnryer kite sume beruntung kan :)

    ReplyDelete

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH