SE selalu luangkan masa memahami apa yang orang katakan. Baru-baru ni ke DIGI Center mengenai masalah servis DIGI Prepaid tidak berfungsi.
OK, Contohnya SE taip *128*1*1# untuk lihat status baki MINIT PANGGILAN, SMS, MMS, dan DATA INTERNET.
Pegawai bertugas seringkali katakan jika guna android dan symbian, ada masalah dalam akses talian. Dia bertegas katakan ANDROID dan SYMBIAN berbeza. Masalah SE ialah semasa guna handphone lama dan smartphone adakalanya servis *128* tidak berfungsi. Begini SE terangkan :
Android menggunapakai versi linux, ada kalanya kita dengar Gingerbread, KitKat, JellyBean tu manakala Nokia/Sony lama gunakan Symbian.OS ni hanyalah sistem operasi mengurus telefon anda.
Jika Smartphone versi android dulu kita TAK boleh swipe guna jari, tapi sekarang JellyBean boleh, sebab itu dinamakan Jelly, lembut swipe skrin. Setiap versi OS itu ada penambahbaikannya. Pro dan Kontra OS ini akan sebabkan smartphone anda lapar tenaga bateri dengan cepat.
Jadi masalahnya bukan OS telefon, tapi rangkaian DIGI anda ping ke nombor saya, sila restart no telefon saya semula.
Anda pernah lihat deskripsi telefon TALK TIME Up to 43 h (2G) / Up to 25 h (3G)?
Sepatutnya SMARTPHONE kita boleh gunakan terma ini semasa kita DISABLE MENU DATA @ WIRELESS, kita juga boleh pilih rangkaian G yang kita sukalah. Sudahlah kita tidak install game dan macam2 apps dalam smartphone tapi bateri masih tidak bertahan lama.
Ini berlaku bila kita disable Data/Wifi, kita tetap masih gunakan 3G, 3.5G atau 4G?. Ia menggunakan spektrum MHz yang besar!! Spektrum ini melibatkan Uplink/Dowlink yang berterusan. Untuk apa anda gunakan rangkaian 3G jika panggilan video pun tidak diguna?.
Seharusnya kita boleh switch ke 2G sekadar stanby PANGGILAN dan SMS, dan ENABLE 3G bila nak guna Aplikasi Android. Lihat atas, dengan 2G, masa berbual hingga 43Jam berbanding 25Jam dengan 3G.
Ni akronim pada G yang anda sebagai pengguna suka :
2G = GSM (Global System for Mobile)
3G = UMTS (Universal Mobile Telecommunications System)
4G = LTE (Long Term Evolution)
Jadi tunggulah akan datang sistem operasi yang boleh urus pilihan rangkaian untuk jimat bateri smartphone kita. Gunakan smartphone dengan bijak.Inilah sebabnya telefon lama, 4/5 hari bateri baru habis.
INGIN FAHAMI SEMUA "G", KLIK SINI
INGIN FAHAMI SEMUA "G", KLIK SINI
No comments:
Post a Comment