Tuesday, April 29

KUATKAN ATAU LEMAHKAN SIGNAL KOMUNIKASI

Pernahkah talian telefon anda tidak berfungsi sama sekali di sesuatu kawasan?

Cari alat ini jika ada alat Cell Phone Jammer berhampiran.. Ia menyebabkan talian komunikasi anda jammed sama sekali - lost signal. Rujuk ini untuk lebih lanjut.

Ada juga pengguna telekomunikasi tertentu katakan liputan rangkaian C elok, yang D dan M tak elok semasa di kawasan parkir bawah tanah atau sesuatu kawasan.

Ironinya ada alat penguat signal, adakalanya berbentuk macam kubah putih yang di pasang di sudut premis kurang/rendah capaian talian atau Host Site macam antena atas bangunan atau menara pencawang.


Di sebelah pula ialah signal booster yang skala kecil, anda boleh kuatkan signal yang diterima dengan alat macam ini. Contoh anda berada jarak 5KM dari kedai mamak yang beri kemudahan WIFI percuma, jika signal rendah, gunakan alat sedut signal macam ini..



Alat ini pula Celullar Repeater. Jika signal lemah di suatu kawasan dalam rumah anda, pasang alat ini untuk tarik dari punca sebenar dan broadcast semula di tempat tersebut.. Ia sama fungsi macam kabel CAT5 ditarik dari Streamix Box dari rumah anda ke rumah jiran anda.

Sekarang banyak gajet berkaitan komunikasi terutamanya dari China. Sila semak sekiranya ia menyalahi undang-undang Malaysia

No comments:

Post a Comment

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH