Kedai Buku Online

Friday, March 27

MICHELIN ENERGY XM2 185/60R/14 MURAH SANGAT TU

MICHELIN ENERGY XM2 185/60R/14 MURAH SANGAT TU

Semalam bermulalah kisah pencarian tayar kereta aku.
Tayar perlu diganti walaupun bunga masih elok sebab ketahanan usia tayar dalam 3 Tahun sahaja.

Yang ajaibnya, Tayar aku masih elok HINGGA sekarang walaupun di pandu dalam jarak 700-900 KM dalam seminggu.

Apa yang menariknya model MICHELIN XM1 ni telah lama tidak dikeluarkan dipasaran . Aku gunakan saiz 185/60/R14. Tayar ini dibeli sepasang pada 01 JULAI 2010.

Semasa diganti baru dengan MICHELIN Energy XM2 pada 26 MAC 2015, tayar lama ini masih elok, kehausannya sekata, tiada benjolan, graviti sekata semasa balancing (buat bulan terdahulu), tiada gelong2 dan masih sempurnalah keseluruhannya.

Dari Dengkil hingga ke Bangi, harganya melampaulah juga. OK, di Dengkil RM 190 sebiji (Tahun Manufactured end of 2014), Ke Bangi pulak RM 210 (Tahun Manufactured 2015),

Minta RM 180-RM 185 pun tak dapat malah muka sinis je macam menyindir pastu cakap dapat stok pun dah harga begitu, 3 orang hantam aku seorang tu (hello000 - memang kompemlah mung bukan level yang dicari pembeli tegar tayar). Sebelum blah sempat SE cakap terima kasih hehe. Kedai macam ni kurang ajo memang jangan pergilah lagi. Kedai ni sebaris dekat dengan SenHeng Elektrikal di Bangi dekat downtown tu Jalan Persiaran Bangi Seksyen 9.

Kedai tayar belakang lorong (Trademark OREN) ini pun dalam RM 190.00 - RM 200.00 sebiji tapi sibuk call sana sini cari stok.

Ok, pencarian bermula, gunakan Smartphone anda dan call la yang tawarkan harga murah ok.
Apabila membuka website mudah.my, aku nak maklum ya, Versi Android dan Versi Website HTML tidak sama hasil cariannya.

Jika elok, lebih baik anda install Apps Mudah.my ni. SE menjangkakan, pangkalan data yang digunakan dalam versi Android View, Website dan Google Apps memang tidak sama. 

Kesimpulannya, aku dapatlah harga sebiji tayar RM 175.00 dan masa ganti mileage 233,937KM. Yang bestnya, ia dibuat pada MINGGU KE-2 TAHUN 2015. (0215), Tayar yang dibuat melebihi 6 bulan terkebelakang, anda memang layak dapat diskaun, jangan sambil lewa asal tukar tayar nampak baru je, kira hebatlah tu. Kedai MICHELIN ini, belakang Petronas Seksyen 7 Bangi.

Jadi apa kebaikan XM2 ni klik di sini.  Nak tengok semua model Michelin klik sini.

Bukan nak puji melambung Michelin ni, tapi ia memang MENJIMATKAN minyak, tahan lasak, tahan panas jalan jauh dan MENJIMATKAN duit. Buktinya - usia tayar menghampiri 4 TAHUN 10 BULAN tu, apa lagi nak carikan. Ni dia teknologi XM2.

Website Michelin meletakkan harga pasaran adalah RM 221.00 untuk 185/60/R14, jadi carilah yang murah selagi mampu dan cari kedai ada papan tanda MICHELIN sebab ia pengedar sah, maka secara langsung harga pun masih level murah2 la.

* Indikator dan perlakuan di atas ini adalah benar-benar berlaku, tiada tokok tambah

Share:

5 comments:

  1. Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com

    Ada >50 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku de login gak. Saiz yg aku enter 195/65/15 xde dlm senarai... cm ne nk tgk lg tu...

      Delete
    2. Sama la kita.....ni yang share link ni tido dah lama sangat. Memang nak kena remove komen Ridz Ayeop tu

      Delete
  2. T.kasih atas petkongsian maklumat.

    ReplyDelete

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

ARCHIVE

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts

Blog Archive