BATERI AA, BATERI AAA KELUAR AIR?
Ada 1 kes di luar negara, seorang kanak-kanak meninggal dunia setelah tanpa sengaja menelan bateri jenis button - hadiah bersama mainan ketika krismas.
Bateri button itu keluarkan asid dan menjadi penyebab kematiannya.
Kes aku ni, Aku beli bateri Energizer ni saiz AAA pada tahun lepas (anggaran beli bulan 7-8 Tahun 2015)
Kesemua perkakas elektrik kecil termasuk bateri ini aku simpan dalam kabinet kayu dengan suhu bilik dan kelembapan terlindung dari panas dan hujan la (kabinet di dapur, atas table tob).
Kalau korang tengok bateri ini usia hayatnya sehingga Mac 2018, BELUM digunakan lagi dah jadi keluar air macam tu. Ini kes bateri baru dalam simpanan (pek asal). 2 biji saiz AAA jadi simptom begitu.
Ni pic aku ambil dalam Bulan Oktober Tahun 2015. Jangka Hayat hingga Mac 2018
Kebiasaan aku ada koleksi bateri pelbagai saiz dan pelbagai jenama untuk simpanan permainan anak kan banyak guna bateri. Bateri MR.DIY dan TESCO pun ada. Cuma semasa membeli tu aku akan beli 6-12 biji sekali pek kerana harga lebih murah. Kebiasaanya belian bateri di Mydin, Tesco dan AEONBIG. Kalau bateri MR DIY tu mestilah di outlet MR DIY.
Kes Bateri Energizer ni tak berakhir di situ, kali ini kena pula pada mainan baby walker anak aku yang telah kehabisan bateri. Semasa membuka nak mengganti bateri tu jumpalah masalah ni bulan lepas (Februari 2016)
Bateri ni keluar air dan juga keputihan macam asid, sedangkan bateri Eveready kekal tiada cacat cela. Ini kes bateri yang TELAH digunakan bersaiz AA.
Ini gambarajah lebih jelas hasil yang terjadi pada bateri Energizer. Bateri AA ini hayatnya sehingga Mac 2023. Simptom keputihan ini hanya dikesan pada bateri jenama Energizer sahaja, bateri jenama lain samada murah atau mahal tiada perubahan.
Jika pihak Energizer ada penjelasan, mungkin kita dapat share info bersama kan.
Assalamualaikum. Admin.
ReplyDeleteMasalah bateri Energizer leaking ni masalah sejak sekian lama, seingat saya bermula dalam tahun 2000++. (Semasa saya kerja di kilang Eveready / Enargizer - Tampoi, Johor Bahru. Tapi kilang ini telah ditutup dalam tahun 2012 kalau tak silap - saya kena VSS sebelum tu secara berperingkat.) Sekarang dah jadi tempat lepak2 yang terkenal di JB - Kilang Bateri.
Tak sangka masih lagi ada masalah ini. (Kami selau pening kepala kerana banyak customer complain pasal beteri leaking ni.. :-( ). Untuk pengetahuan, bateri alkaline Evergizer ni di import samada dari kilang Energizer Singapore atau China).
Saya sarankan encik boleh menulis surat komplen ke pihak energizer Malaysia. Alamat boleh di rujuk pada pek bateri energizer tu.
Mungkin pihak Energizer Malaysia boleh memberi maklumbalas untuk masalah ini.
Maaf, hanya sekadar ini sahaja dapat saya bagi saranan sebagai bekas pekerja Energizer. (Sekarang saya cuma bekerja di kampung).
Wassalam.