Kedai Buku Online

Tuesday, March 8

ROTI CANAI MISTERI

Cerita tentang roti canai ini, aku selalu makan roti canai walau aku tahu ia makanan yang kurang elok untuk kesihatan dan cepat gemuk. Tapi sebab harganya fix di sesuatu kawasan, maka senang nak anggar bajetkan.

Beza dengan nasi lemak customize tu, amik mee goreng, begedil, telur goreng, nasi himpit sikit. Hari ini kita ambil sikit dah RM3.50, hari esok ambil kurang sikit RM3.50 juga, lebih comel sikit adalah terambil paru goreng dah tiba-tiba jadi RM5.00.

Sarapan inilah yang menjerat hampir 30% belanja harian walaupun tahu kita bukan tergolong dalam kerja yang perlukan kudrat banyak seperti buruh kasar. Tapi masa pagi sarapan inilah orang nampak terkejut sikit semua nak masuk mulut tanpa hiraukan saiz pinggangnya. Macamlah petang nanti tak jumpa makanan lagi kan.

Aku ni memang cakap macam inilah, sembrono sikit, harap jangan terasa.

Balik semula pada kisah roti canai ni kan, dah 2 minggu penebar roti favourite aku ni hilangkan diri. Ini bukan kali pertama, dah beberapa orang juga hilang gitu aja. Baru nak kenal-kenal dah tukar pula.

Bila tanya bos, bos cakap cuti, tapi paling sakit hati, korang jangan sesekali tanya pekerja Indon ke atau pekerja Bangla. Jawapan mudahnya "Dah benti da, orang sini mana tahan kerja"

Betulke pekerja kita malas atau bos tu cengih sangat kedekut bagi gaji.

Jadi, aku pun malas nak ambil tahu, bertukarlah kepada nasi lemak bungkus RM1.50 dan teh tarik RM1.30 setiap pagi. Dulu geram juga belanja sarapan selalu RM4.00-RM5.50.

Nasihat aku, makan kita boleh berkira, tapi air mineral kenalah lebih sedikit berbelanja. Beli 1 karton air di Mydin jenama Cactus 12 botol pun baru RM11.00 (Tutup biru adalah label air mineral bertapis sumber dari bawah tanah, pH pun 7.3 dah alkali tu).

Lebihkan minuman berkhasiat dan penuh mineral di usia senja haha.

Ikhsan gambar carian google

Pautan Berkaitan :
1. ROTI CANAI TUMPULKAN MEMORI
2. POKOK ITU BESAR 
3. ROTI CANAI MISTERI 


Share:

2 comments:

  1. Power juga juga entri kau yang ini bang. Khusyuk aku baca sampai habis sebab nak tau apa misterinya roti canai tu tiba2 pengakhirannya ialah air mineral itu berkhasiat dan pautan berkaitan adalah 'pokok besar'. Saya bagi abang 7 bintang sebab buat saya tergelak dalam kedunguan. :D

    P/s- entri filem hantu Malaysia tu memang padu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, ni cite benar berlaku...dr rambut hitam, dah kua uban 2/3 helai ni...mmg roti canai ni ada saka...jgn main2 bro

      Delete

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

ARCHIVE

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts

Blog Archive