Kedai Buku Online

Tuesday, July 24

Cinta Sejati tidak wujud?


Cinta sejati tidak wujud
Submitted by Anonymous on Tue, 20/04/2010 - 21:01

"aku akan bertemu dengan cinta sejatiku", "siapakah yang ditakdirkan untukku?", "adakah si dia cinta sejatiku?",  "dia sudah pergi, tiada lagi cinta sejatiku di dunia ini", " hanya dia yang ditakdirkan untukku".

kita biasa mendengar pernyataan ini sama ada di dalam filem cinta hindustan, filem cinta melayu atau dalam kehidupan sebenar. kalau di dalam filem, kita akan melihat hero dan heroin akan menempuh pelbagai rintangan untuk memastikan cinta mereka bersatu, lautan badai sanggup direnangi, sanggup jatuh miskin demi cinta sejati, sanggup membelakangkan keluarga, lari dari rumah dan sebagainya kerana cinta sejati. malangnya hal ini tidak hanya terjadi dalam filem sahaja. di kehidupan sebenar, ramai juga anak muda yang terpengaruh dengan doktrin 'cinta sejati'. bagi mereka, tanpa cinta sejati ini, hidup tidak akan bahagia. hidup tidak berguna lagi. ada yang sanggup bercerai kerana 'cinta sejati'. maka insan tadi sentiasa berkhayal dan mencari-cari siapakah cinta sejatinya bagi mengejar mimpi yang indah.
sahabat sekalian, ada satu berita yang mendukacitakan ingin saya sampaikan di sini. cinta sejati tidak wujud!. ia hanyalah satu khayalan yang diulik dan didodoi di setiap masa dan sepanjang zaman. doktrin yang dipromosikan melalui nyanyian dan filem. seperti mana tidak ada superhero yang boleh terbang atau raksasa yang merosakkan bandar, begitu juga dengan cinta sejati.
kita tidak pernah diciptakan khusus hanya seorang insan sahaja. tidak pernah ada ayat al-Quran atau hadith yang memberitahu kita bahawa cinta kita hanya untuk seorang insan sahaja. cinta kita adalah berfaktor, bersebab dan boleh dipupuk.

kerosakan daripada doktrin ini
kepercayaan ini telah banyak membawa kerosakan dalam masyarakat:
  • pasangan berkahwin merasa tidak bahagia kerana berfikir bahawa orang yang mereka kahwin bukanlah cinta sejati mereka.
  • seorang anak muda menolak untuk bersama dengan seorang yang berkualiti hanya kerana merasakan bahawa itu bukan cinta sejatinya.
  • anak-anak muda bercinta monyet yang melompat dari satu percintaan ke percintaan yang lain semata-mata untuk mencari cinta sejati yang tidak kunjung tiba.
maka ramailah yang kecundang dalam mencari cinta sejati yang tidak kunjung datang. konsep 'cinta sejati' tidak datang dari budaya Islam. asal usulnya tidak jelas tetapi ia mula disemai dalam masayarat apabila wujud perniagaan novel, nyanyian bermotifkan cinta dan filem filem yang datangnya dari negara-negara yang mengamalkan pergaulan bebas.
selanjutnya dalam tajuk ini:
  • doakan untuk mendapat jodoh terbaik dan bukannya jodoh yang ditakdirkan.
Share:

3 comments:

  1. Salam En.Walnut..

    Pada pendapat saya, cinta sejati tu wujud sebenarnya..

    Di dalam Islam,cinta yang sejati itu adalah cinta yang diserahkan kepada Allah s.w.t.. Tapi dalam masa yang sama, cinta isteri/suami setelah diijabkabulkan juga boleh dikatakan cinta sejati.. Cinta yang dijadakan jalan untuk mereka memperolehi redha Allah, iaitu menuju ke Syurga-NYA.. InsyaAllah.. ^_^

    ReplyDelete
  2. Wasalam cik Mimi...wahhh kelu nak menjawab komen ni. Cinta Sejati rupanya susah diterjemahkan ek...Nanti saya blaja dari cik mimi kalau sudi minum2 di BP Mall lagi hehe.

    ReplyDelete
  3. Oppss, itu pendapat saya je.. En. Ayen tanyalah kawan2 yg dah kahwin... Diorang lagi bnyak ilmu... Saya ni pengalaman pun takde bab cinta ni.. Cuma saya tahu bila kita cintakan seseorang, kita taknak dia rosak sbb kite... Mesti bertujuan, sbb nak ke syurga... Bukan cinta pakwe makwe.. Dan bukannya omongan kosong... =)

    ReplyDelete

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

ARCHIVE

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts

Blog Archive