Kedai Buku Online

Sunday, July 8

Pandangan aku tentang "The Amazing Spider-Man"

Alhamdulliah, semalam 7 Julai 2012, akhirnya aku sempat juga menonton The Amazing Spider-Man. Tonton waktu pagi lebih santai, tak ramai orang, jalan pun tak jam, lagipun di Alamanda, tiadalah sesak sangat pun hehe. Terima Kasih pada Wan sebab belanja aku tonton wayang ni.

Kalau tengok poster Spider-Man ni langsung tiada promosi nama barisan pelakon, sebab pengarah dah memang sedar jalan cerita, cinematography dan teknologi perfileman terbaik kot dan bonus dilakonkan pelakon kacak Andrew Garfield (29 Tahun) dan  Emma Stone (23 Tahun) cantik sweet2 ni la.- kehidupan pelajar kolej.

Cerita dimulakan dengan Andrew sebagai Peter Parker  mula-mula main sembunyi bersama ayahnya dan terjumpa bilik ayahnya diselongkar (mula2 aku ingat sembunyi2 dgn adik yer). Kira selepas mak ayah Peter serah pada Makcik May dan Pakcik Ben, selesailah cerita mak ayah Peter Parker sebagai saintis dengan hasil formula "decay rate algorithm" untuk pencetus cerita plot berikutnya. (Ini adalah subjek cerita yang kuatkan keseluruhan dan rasional cerita ini, kalau nak tonton, kurangkan fikir secara logik sgt ya baru seronok). Kalau nak lompat2 mcm Spider-Man, kenalah berat 62KG - 65 KG dan tinggi 180cm mcm Peter Parker, takut tali putus nanti.

Masa Peter Paker sedar dirinya ada kelebihan sebagai Spider-Man selepas digigit oleh cik labah-labah, dia gembira habislah main skateboard. Masa junam dengan skateboard ni lah ada sedikit kecacatan filem di kesan sebab cara dia jump dan mendarat ada sedikit pelik. Sebelum tu cik labah-labah spesis yang gigit dia tu ada beribu-ribu, tentu panjang cerita ni jika pelajar pelawat dan pekerja lain kena gigit gak kan. Takda situasi yang gambarkan Peter pelajar terbaik/pintar di kelasnya, hanya andaikan dia adalah baka pintar seorang saintis. Ok, done.

Cerita ni terbaik la, aku bagi markah 4.5 dari 5. Masa last scene tu jgn terus keluar pawagam sebab pengarah Marc Webb ada trigger hidden clue sikit, tambahan pula Ratha (yang selalu paksa saintis Connors tu siapkan serum cepat) tidak dapat disahkan mati ke hidup lagi maksudnya ada sambungan akan datang la.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

ARCHIVE

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts

Blog Archive