Friday, February 15

Hari Anti Dadah Kebangsaan 19 Februari

Hari ini Jumaat 15 Februari 2013, Alhamdullilah SE dapat tunaikan solat Jumaat di Sekolah Menengah Alam Shah.

Apabila mendengar khutbah, teringat pula rakan yang bekerja di AADK. Pada 19 Februari setiap tahun dijadikan hari Kempen Anti Dadah Kebangsaan (jika SE tidak silap).

Antara intipati khutbah adalah "Yang buta meniup tepung, yang pekak memalu gendang, yang capik mengejar ayam, yang kurap menganyam buluh" - maksudnya lakukan peranan masing-masing bersesuaian dengan keperluan dan kemampuan agar sama-sama menyumbang membendung gejala penagihan dadah.

Dadah pernah menjatuhkan kerajaan dalam Perang Candu di China, kalau dikatakan dalam institusi masyarakat, ia berkaitan dengan ketua keluarga, anak, saudara mara, rakan dan juga komuniti akan rasa terancam/tergugat apabila hadirnya seorang penagih dadah.

Jika ingin ketahui peranan AADK, rujuklah AADK yang terdekat di samping kerja mereka di pejabat, mereka juga mempunyai jadual lawatan ke kediaman penagih.


No comments:

Post a Comment

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH