Sunday, February 17

Pakej terbaik dalam kelasnya

Assalamualaikum
Baru2 ni SE berpeluang mengelak dari kesesakan lebuhraya dalam perjalanan dari Johor ke putrajaya (CUTI CNY) dan sengaja nak rasa makanan orang kampung sepanjang perjalanan. 

Untungnya dapat jumpa warung dan berpeluang merasai kesedapan teh tarik dan pisang goreng berdekatan tol alor gajah melaka-laluan ke alor gajah. Ada sebuah warung di sebelah kiri jalan.
Rasanya pisang goreng, teh tarik dan sambal kicap inilah paling special pernah SE rasa dan harganya RM2 sahaja. Murah bukan hehe.

Di batu pahat pula jika ke Jeng Kuan-sebutan orang tempatan. Tempat jual satay dan mee bandung tepian sungai Batu Pahat, SE bg ucapan takziah la sebab terlalu lama menunggu. 

Meja2 sebelah pun dah mengamuk ke dapur berulang kali tanya menu order terlalu lama sangat dan air pun lebih 30 minit menunggu dan mee bandung 'limited edition' lebih sejam!. Maaf ya, episod menunggu ni dah jadi warisan rasanya sebab dari kecil SE melalui episod yang sama tiada perubahan juga. 

Di depan kedai ada 3 penjual satay (50 sen sebatang) yang selalu habis jualan 'limit jam 2030' dan boleh  makan bungkus sahaja. Minimum 40 minit menunggu iaitu masa anda memandu dari bp ke ayer hitam.
Bonusnya anda tidak disediakan sinki membasuh tangan dan kena marah oleh makcik mee bandung tu jika nak menumpang basuh tangan. "Tu sebelah ada tandas bayo 30 sen sahaja."
Terima kasih bos, saya serik untuk membayar 'khidmat' anda lagi.

5 comments:

  1. Jemput datang umah ye... Dpt makan goreng pisang free je.. =)
    Act, bnyak lagi kdai kat BP yang jual makanan sedap,murah, dan cepat... Tp utk sate mmg kena tnggu.. If masakan kat kdai tu betul2 sedap, rasanya tak kisah manunggu lama, cuma ada limit masa yg kite akn consider.. Rasanya diorg kena blaja dr game 'diner dash' utk ambik ati pelanggan.. Hihi... =D

    ReplyDelete
  2. sama ke pisang goreng alor gajah. huhu. hmm kipas satay pon pki kipas angin. ape langgar pantangnya tambah 1 tmpt bara bkr satay.


    alhamdulillah tak ralat pon mentaliti bos kecilan mcm ni sbb sy tahu byk lg peniaga tulin mknan huhu

    ReplyDelete
  3. pisang tu crispy dan wangi tepungnya..tak berminyak dan rasa manis2 buah..teh tu plak tak manis tak tawar..sedap aje hangat2 rasanya...sambal kicap tu pon luar biasa la hihi...tu pic piring 1 je, sebenarnya sy da makan 2 piring- nasib da abis, kalau tak 3 piring dan bungkus lagi

    ReplyDelete
  4. Emm, kalau sama dgn pisang alor gajah, rasanya sy dah boleh bukak kedai goreng pisang.. Hihi.. Yg penting goreng dgn kasih sayang, tak sedap pun rasa sedap... Ngeee.... =p

    p/s: Tak sngka, ada org tu kuat mkn rupanya.... Lalala~ (^_^)

    ReplyDelete
  5. goreng pisang tak sedap, sambal kicap kalu tak sedp tak tahuler huhu

    drive jejauh mcm tu ler, sekali jalan sekali cari makan..duk uma da malas nak makan.

    ni promosi sekali..brg baik dan bermutu kena la kongsi...org di sana mana tahu...semlm mkn pun tak amik tahu..(macam pantun lak)

    ReplyDelete

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH