ANALISA PELAN KOMUNIKASI TERKINI
Hari ini kita sambung berkenaan cerita DIGI - Pelan Yang Munasabah. Tapi bila fikirkan semula, banyak tidak munasabahnya. Ini berdasarkan keperluan pengguna dari sebulan ke sebulan jika kita pantau paten penggunaan.
Hari ini hampir 2 minggu setelah SE dibenarkan (Sebelum ini tidak dibenarkan tukar pelan) menukar pelan pakej Smart Plan 88 lama kepada pelan Smart Plan 88 yang baru di Alamanda. Pelan terdahulu tidak termasuk caj panggilan, maknanya RM 88 sahaja untuk Pelan Internet. Bayangkan jika sebulan kita hanya menggunakan +/-500 MB data internet dan panggilan/SMS hanya RM 24.00, jumlah yang perlu dibayar RM 112.00!!!. Ok yang pelan terbaru ini nak tengok dahulu macam mana sebab setiap penamatan kontrak ada bayarannya.
Kalau tamat kontrak berbaki 18 bulan kena caj RM 662.50 dan setiap bulan berikutnya penurunan (-) RM 31.25 hinggalah tamat kontrak. Jadi bulan ke-17 bersamaan RM 662.50-RM 31.25......dan begitulah seterusnya.
Bulan Ogos 2013, SE dikejutkan oleh pemotongan auto debit bil semasa DIGI. Setelah hubungi Institusi Kewangan Kad Kredit, tiada permohonan auto debit atau authority dari pengguna. Maknanya DIGI ada terma tersembunyi yang membenarkan pemotongan berjadual kredit DIGI bulanan anda terus ke Kad Kredit???.

Ikut jadual di atas, rasanya anda semua kenalah fikirkan pelan mana yang sesuai untuk keperluan seharian/bulanan kita. Tiada yang baik dan buruk, kecuali anda sendiri ada jawapannya apabila rajin menganalisa data dan juga belajar dari pengguna terdahulu.
PREPAID : Beli Starter Pack, Top Up dan pilih pelan UMI. Ikut logik, UMI 28 mendahului banyak perkara yang menjimatkan dan keperluan pengguna sederhana. 100 minit hampir 2 jam masa berbual tu. Kemudahan topup pun banyak, ada hadiah lagi. Masa berbual yang tidak digunakan boleh dibawa ke bulan depan. Anda perlu ada kredit mencukupi, dan pilih samada Pelan UMI18, UMI28, UMI38 atau UMI48 bergantung keperluan dan baki Top Up anda - No roaming charges when in Singapore.
POSTPAID : Paling menjimatkan pelan Talk28 + Surf On Demand 200MB. Total RM 56.00

IN = Rangkaian sama.
OUT = Semua Rangkaian
Lain-Lain?
ANALISA PELAN KOMUNIKASI TERKINI
NAK JIMAT BIL TELEFON? GUNAKAN DUAL SIM
PEMERHATIAN 2 BULAN MENGGUNAKAN PELAN TalkMore28 MAXIS
PELAN DIGI YANG MUNASABAH & BERPATUTAN