Pagi yang cerah, dapatlah berjogging 2.5KM di sekitar Presint Diplomatik, Jam 9.15AM, naiki motor ke Dengkil untuk survey
alat ganti kereta. Sebelum sampai KFC Dengkil, singgah di warung bawah
pokok di simpang lampu isyarat sebab ternampak 2 lelaki berkopiah
berniaga. Padahal jika ke Dengkil, restoren mamak lah tujuan aku.
Kemas berkopiah, seorang pembuat air dan
seorang penebar roti, tidak menyapa aku. Aku bangun ke ruangan buat air,
“1 teh tarik bang”…. diulang kali kedua baru ada sahutan. Tunggu
lagi…..tiada juga yang ambil tempahan roti ke nasi lemak. Mungkin sibuk
rasanya kedai bawah pokok ni atau terlupa di mana meja pelanggan.
Terpaksa la aku ke ruangan pembuat roti menempah lagi…”Abg, roti telur bawang satu”… Ok jawabnya ringkas…
5 minit – 2 keluarga Melayu datang –
hampir siap mereka bersarapan, sampailah roti kosong kepada mereka, aku
pun tak pasti mereka tempah online @ sms dulu sebab
aku masih lagi menunggu…”Bang, roti telur bawang saya dah siap ke”, –
“sekejap lagi sebab roti kosong senang masak dari roti telur”.
Datang sepasang lelaki wanita cina
pertengahan abad duduk semeja aku. Pantas pula pakcik berkopiah ni
bertanya tempahan minuman apa… Pelik tapi benar, duit mereka lebih laku
dari aku rasanya.
“Encik, roti telur encik saya terlupa
letak bawang…boleh ke?”….hmmm bolehlah sebab aku tak mahu menunggu lagi,
kesian pula jika membazir kan…Sudah lah berkoyak-koyak garing, hangus
pula tu..Tidak sampai 30 saat, pasangan cina semeja dengan aku pula
dapat ‘roti telur bawang’ dan roti kosong…
Menyedari apa yang aku makan
dan apa yang semeja aku makan adalah sama, malah lebih buruk dari
tempahan orang terkemudian aku, demi tak nak malukan bangsa aku, aku
makan lah dengan perlahan dan professional-macam tiada apa-apa yang
ketara berbeza kot.
Kes macam ni biasa terjadi, malah di
Puchong, Johor Bahru, malah di Presint 9 pun sama, peniaga roti canai
sibuk melampau…Bila da maju sikit, mula lah pakai spek hitam buat roti,
pakai white board catat tempahan. Kita pula kena warning …
Berdoalah semoga bila kita dimandikan,
dikapankan dilakukan oleh bangsa seagama KITA dengan penuh ikhlas.
Semoga pokok ini kekal bertahan untuk generasi seterusnya…dan mamak –
kamu pandai memanipulasi kelemahan menjadikan dunia roti canai semakin
menarik.
Pautan Berkaitan :
1. ROTI CANAI TUMPULKAN MEMORI
2. POKOK ITU BESAR
3. ROTI CANAI MISTERI
Pautan Berkaitan :
1. ROTI CANAI TUMPULKAN MEMORI
2. POKOK ITU BESAR
3. ROTI CANAI MISTERI
No comments:
Post a Comment