Bagaimanapun,
jarang yang sedar dan prihatin akan ancaman yang jauh lebih bahaya dalam
memesongkan akidah serta tauhid Islami serta fitrah kemanusiaan itu sendiri
dalam Islam liberal.
Sebabnya,
ancaman ideologi yang jelas bercanggah dengan Al-Sunnah dan Al-Quran melalui
aliran pemikiran moden yang mengsinonimkan falsafah Islam berpaksikan akal
dengan pemikiran barat yang memesongkan akidah itu sudah menjadi 'pakaian' dan
'sajian' harian hidup ummah kini.
Mengguna
label Islam liberal dengan memperjuangkan hak kebebasan dan hak asasi manusia,
umat Muslim sebenarnya sudah diresapi dengan 'akidah' liberalisme dan
pluralisme yang menjadi agenda dalam doktrin Yahudi-Kristian dalam
menghancurkan Islam melalui pemesongan akidah Muslim.
Akidah
menurut Profesor Dr. Hamka, terhimpun kepada tiga iaitu tauhid yang menjadi
pokok kepercayaan tentang KeEsaan Allah SWT, Al-Risalah iaitu manusia pilihan
Allah yang diutus menyampaikan wahyuNya bagi membimbing manusia dalam
kehidupan dan Al-Baats iaitu kepercayaan kepada hari berbangkit untuk kehidupan
kedua yang berkekalan. (Tafsir Al-Azhar: mukadimah juzuk 17).
Ini
dijelaskan menerusi firman Allah yang bermaksud:
Maka hadapkanlah dirimu dengan lurus kepada agama Allah, (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah (agama) Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Fitrah Allah ialah ciptaan Allah iaitu manusia diciptakan Allah mempunyai naluri beragama iaitu agama Tauhid. Kalau ada manusia tidak beragama Tauhid, maka hal itu tidaklah wajar. Mereka tidak beragama Tauhid adalah kerana pengaruh lingkungan kehidupan). (Ar-Ruum: 30).
Namun,
manusiawi dan sikap kebendaan sudah mengambil alih peranan dalam kebanyakan
amalan dan budaya hidup ummah era kini berbanding Al-Quran dan Al-Sunnah
sebagai pegangan untuk kekal mengEsakan Allah SWT.
Menurut
Penolong
Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zain
Al-Ghari, fahaman sesat ada pada setiap zaman tetapi ancaman pemikiran
moden sinonimkan Islam dengan falsafah pemikiran barat melalui
liberalisme dan
pluralisme adalah ancaman dan fitnah zaman ini yang jauh lebih bahaya.
Katanya,
agama dan semua kepercayaan selain Islam bukan agama, sebab semuanya bersifat
kemanusiaan dan perkara rekaan.
"Semua
agama rekaan manusia itu tidak mungkin boleh dianggap sebagai agama. Hanya
Islam yang meng-Esakan Allah SWT agama dan kepercayaan yang mutlak,"
katanya.
Ini
telah ditegaskan Allah SWT dalam al-Quran yang mafhumNya: Barang siapa mencari
agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)
daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (Ali-'Imran:
85).
Oleh
itu, kata Zamihan, hanya Islam satu-satunya agama kerana ia tidak ditokok
tambah dan direkacipta oleh manusia untuk manusia.
Malah
tegas beliau, Islam adalah agama yang paling cantik, komprehensif, natural,
rasional dan mengikut fitrah makhluk lagi eksklusif yang tidak berubah sejak
dulu, kini dan selamanya.
"Kerana
kecantikan dan kesempurnaan Islamlah menyebabkan ia dicemburui oleh 'pereka'
kepada pelbagai kepercayaan lain," tegasnya.
Beliau
berkata demikian ketika membicarakan 'Ancaman Liberalisme dan Pluralisme' pada
Seminar Isu-Isu Semasa Akidah untuk kakitangan kerajaan dan badan-badan
berkanun pada 10 November lalu.
Seminar
sehari anjuran Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
itu diadakan di dewan serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala
Lumpur.
Ancaman
Islam liberal kini kata Zamihan, amat serius kerana ia melibatkan secara menyeluruh di semua
peringkat dari barisan kepimpinan dan pengurusan sama ada dalam politik,
sosial, budaya, ekonomi dan agama itu sendiri hingga kepada individu.
"Ia berbahaya kerana mereka memperjuangkan prinsip kebebasan dan rasional akal tanpa batasan," katanya.
Menurut Zamihan, kebebasan bersandarkan logik atau rasional secara terbuka tanpa had bukan sahaja menyimpang daripada landasan Islam malah melampaui syariat dan prinsip dalam Al-Quran dan Al-Sunnah itu sendiri.
"Ia berbahaya kerana mereka memperjuangkan prinsip kebebasan dan rasional akal tanpa batasan," katanya.
Menurut Zamihan, kebebasan bersandarkan logik atau rasional secara terbuka tanpa had bukan sahaja menyimpang daripada landasan Islam malah melampaui syariat dan prinsip dalam Al-Quran dan Al-Sunnah itu sendiri.
Kata
beliau, Islam berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah untuk menegakkan akhlak berbeza
dengan langkah menjaga moral yang dilaungkan Islam liberal.
Melalui
liberalisasi agama pula tambahnya, wujud sekularisme yang menyaksikan semua
perkara berkaitan urusan dunia dipisahkan daripada syariat agama.
"Usaha
pembaratan ini sudah bermula sejak Perang Salib lagi kerana musuh Islam sedar
Muslim tidak dapat dikalahkan selagi kita berpegang teguh akidah al-Quran dan
al-sunnah," tegasnya.
Maka
itu katanya, wujud pemikiran nasionalisme, demokrasi, pluralisme politik, hak
asasi manusia, feminisme, kebebasan, globalisasi dan Islam liberal memesongkan
soal aqidah Muslim.
Pegawai
Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Rashidy Jamil Muhammad
Ar-Rashid pula memberitahu, usaha terbaru proaktif memesongkan akidah Muslim
adalah mengedarkan buku-buku Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru kepercayaan
Kristian berbahasa Melayu bertajuk Al-Kitab: Berita Baik secara percuma oleh
kumpulan pendakyah Kristian.
Buku
olahan baru dan semasa dari Kitab Bible dan Gospels Kristian itu juga turut
dijual di kebanyakan kedai-kedai buku sebaris dengan kitab-kita Islam dengan
meluas.
"Pengedaran
tulisan khat arab yang dipetik dari buku-buku bible dan gospels pegangan
Kristian yang menyerupai ayat-ayat al-Quran juga sedang bertebaran dan memenuhi
ruang rumah, kedai, pejabat dan sesetengah tempat ibadah Muslim,"
jelasnya.
Sebab
itu, tegas Rashidy, umat Islam yang dangkal agama dan bahasa Arab perlu lebih
berhati-hati dan prihatin dalam memilih kitab dan tulisan khat serta kaligrafi
Bahasa Arab.
"Bible
telah diterjemah ke dalam lebih 2,000 bahasa, tetapi Buku Al-Kitab: Berita Baik
edisi Bahasa Melayu bukanlah dari Taurat dan Holy Bible Kristian yang
asli," jelasnya.
Sebaliknya
kata beliau, ia mengandungi ayat-ayat untuk menyuntik idealisme Yahudi-Kristian
ke pemikiran dan akidah Muslim Melayu yang membacanya.
Beliau
yang banyak terlibat dalam dialog dan perdebatan mengenai Islam dan Kristian
dengan paderi serta pendakyah agama seluruh dunia itu membuat pendedahan
tersebut ketika membicarakan tajuk 'Ancaman Kristianisasi di Malaysia' pada
seminar tersebut.
Menurut
Rashidy, identiti Islam pada umatnya sekarang sudah hilang dan hampir seluruh
kehidupan harian kebanyakan Muslim dikuasai budaya dan idealisme
Kristian-Yahudi.
"Sebab
itulah ramai Muslim yang terpesong akidahnya dan tidak kurang pula yang begitu
mudah dimurtadkan," ujarnya.
Sementara
itu, Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Hukum Hakam (Istinbat) Jabatan Mufti Selangor,
Mat Jasi Kamos pula berkata, kejahilan muslim mengenai Islam menjadi punca
utama akidah mereka terpesong.
Kerana
jahil katanya, ramai mengambil jalan pintas untuk 'mendapatkan syurga' dan
mendekatkan diri dengan Allah, sehingga tidak dapat membezakan antara mukjizat,
karamah (keramat) dan istidraj (luar biasa) yang dibawa oleh seseorang atau
kumpulan atas nama agama.
"Akibatnya
ramai yang bertuhankan kepada sesama manusia dan mereka juga taksub dengan
kebendaan sehingga memesongkan akidah," katanya.
Begitupun
kata Mat Jasi, setiap individu muslim bertanggungjawab melaksanakan dakwah bagi
mengembalikan akidah Islam kepada sesama manusia.
Sumber
No comments:
Post a Comment