SE saja2 tengok sistem rekod servis kenderaan (sistem rekod peribadi) untuk tengok umur bateri, tarikh beli 10 Ogos 2012, harini 10 Julai 2014. Da 23 bulan kan. Setiap hampir bulan Ogos, kenalah tengok apa2 yang berkaitan kereta, mana yang terlalu lama dan berisiko perlu ganti, SE akan ganti. Bulan Ogos jugalah cukai jalan dan insurans Myvi ni tamat. Jadi nak bajet awal2 la gitu.
Apa tanda bateri mula nak kong??
Ok, beberapa hari lalu, SE sedar apabila start kereta yg first adakalanya berbunyi pelik dan enjin tidak hidup, Kali kedua start boleh hidup.
Kedua, jam pada radio selalu reset ketika dihidupkan. Jam jadi 12:00.
SE Guna Yuasa bateri kering, bila hon tiada masalah., check voltan masih 14 ke atas. Tengok penanda warna, indicator warna hijau lagi..bateri kering memang tidak boleh dipercayai dengan melihat indicator tu sebab ia mewakili graviti tidak secara keseluruhan bahagian bateri. Jadi ada bahagian tak tahu ok ke tak kecuali indicator tu ditunjukkan Pada setiap 6 bahagian plet.
SE andaikan cerita bateri sebegini-Kereta yang selalu digunakan akan kerap kehilangan Air bateri. Ia perlu dijaga dengan baik jangan sampai plet terdedah kepada udara. Bateri akan mengalami penyejatan air bateri kerana haba akan terhasil ketika mengecas dan “bubling” terhasil. Haba dari enjin juga menyumbang kepada “bubling”.
Samada bateri basah @ kering, ia memang ada elektrolik cecair. Ketika bateri di caj, ibarat air di masak, WAP akan turut terbebas, bagi bateri ia mengeluarkan gas hidrogen yang mudah terbakar. Bateri semasa di caj eloklah kitaran penuh-contoh jika ke kedai naik kereta untuk jarak dekat, bateri tidak caj sepenuhnya. Ini boleh pendekkan USIA bateri. Pasti kan juga penyambung bateri ketat dan tiada gegaran- ketatkan skrew pemegang bateri. Plet bateri perlu graviti seimbang semasa dicaj. Jangan ada sulfation warna Putih di plet bateri sebab ia menghalang proses caj penuh. Kurangkan jalan malam Guna lampu la jika nak panjang usia bateri dan jangan tak caj kereta anda lebih 3/4 hari.
Balik cerita SE tadi. Jika dah rasa macam pelik je, jangan pandu jauh Dari bengkel. Jangan cari penyakit pergi tempat pedalaman, jadilah harga bateri melambung ke $250 nanti upah tu upah ni. Beli je bateri Baru sebab umur bateri tahan 20-30 bulan je dalam suhu panas Malaysia.
Suhu sejuk boleh buat bateri tahan hingga 4 tahun. Kalau rajin balutlah pembungkus kalis haba pada bateri tu. Kali ni SE beli bateri basah jenama cap ayam-CAT dengan jaminan 12 bulan. Bukan taknak beli Century, Yokohama @ Yuasa, tapi tahun ni SE kena beli car seat baby-penumpang Baru Hehe. Takpelah kena jimat2 dulu. Harga bateri CAT ni $130-$10 jika jual bateri lama. Harga bateri branded ni dalam $150-$180 untuk kereta myvi.
Bateri basah sebenarnya paling legend sebelum keluar bateri kering. Jadi ia tahan lama dengan syarat jaga air bateri ikut arasnya. Bila siap dipasang, start enjin, pastu cabut kabel bateri-caj negatif (mekanik buat) untuk tengok alternator ok ke tak. Jika enjin tak mati , ok la tu. Original alternator di perodua dalam $694.90 -2 pin (perodua Pekan)tak masuk upah lagi tu. Jika takdir alternator rosak pun, Cuba minta mekanik ganti carbon brush dalam $80. Nak tahu alternator Cari di Google ya.
3 asas Alternator :
1.Rectifier
2. Regulator
3. Carbon Brush
Lepas ganti bateri, gi alignment tayar $20, adjust chamber $15, tup2 skrew tayar loose dan patah pula dah kena beli sebatang $35 pula. Skrew tayar ni jika mekanik tidak buka/ketatkan skrew secara berselang-seli, sahlah rosak skrew tu nanti. Tapi pikir2 dah usia kereta tu 220k KM, hmmm memang dah patut ganti je lah.
Banyak kos kan bila servis kereta. Tapi lagi mahal jika taknak paham masalah awal kereta. Normal servis major $1000-$1200 setahun, minor dalam $300-$400 setahun jika kita prihatin dan jadi pemilik kereta yang penyayang. Alhamdullilah tip top je...muahhh myviku.
Wahh.. Boleh tahan muahh kat myvi.. Ni yg I jeles.. Huhu... -_-"
ReplyDeleteTambahan :
ReplyDelete- Jika Jam dan radio sekejap-sekejap hilang dan mati on off, kemungkinan besar radio sudah nak rosak. Cuba unplug terminal bateri -VE dahulu semasa enjin mati dan pasang semula. Jika radio elok, kira ok ler tu merajuk lama tak on agaknya
- Jika Jam ATAU Minit adakalanya hilang2 Masa Jam, hilang2 masa minit, itu tandanya alternator dah mulai rosak sebab voltage sudah tidak kuat lagi. Semak voltage terlebih dahulu
- Jika Set Jam jadi reset, Set Channel hilang, bateri sudah lemah dan perlu diganti baru.
masalah bateri better check betul2 sbb kkdg bateri bole je pakai lagi..mcm kt area kl n s.alam ada je servis percuma mcm bateriku sdn bhd..check n pemasangan percuma jer..servis pon pcma..no dorg 0122458027..skdr bkongsi ..TQ
ReplyDeleteAlamak.. Kalo kite just tolak je kete.. (manual) bateri kete bleh tahan bape lama lg??
ReplyDeletealamak tu sapa hihi.. bateri kereta memang untuk start masa awal sahaja, the rest tu komponen kereta akan bekerjasama hasilkan elektrik. Pernah guna dynamo basikal tak zaman dulu2 tu, roda tu gesel dynamo, semakin laju kita kayuh, lampu semakin terang ar.
DeleteBateri kereta cuaca Malaysia ni tahan la dalam 22-30 bulan ikut penggunaan kurang malam, kurang aircond, isi air bateri baik punyer.
saya suplier car powerbank jump start 50800mAh.. boleh wasap sy 0189026969
ReplyDelete