Friday, February 19

PROJEK PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M) PRESINT 17 PUTRAJAYA



Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) adalah salah satu usaha yang telah diambil oleh Kerajaan bagi membantu penjawat awam memiliki kediaman yang mampu dimiliki dan berkualiti.

Ok Sebelum tengok blok masing-masing, sila tengok arah kiblat dulu. Arah kiblat ni dah disemak sama seperti Kiblat Walk di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi).

Rajah di bawah arah matahari pagi naik. Pada masa sekarang (Mei 2018), laluan terhad sehingga Apartmen Pudina kerana projek pembinaan lain belum dimulakan.


Tentang harga PPA1M ni pula semua keluasan kaki dah dijual pada harga maksimum maksudnya jika 1000 kaki dijual pada RM220,000.00 sama seperti PPA1M Ayer Keroh. Kadang-kadang terfikir kan jika Ayer Keroh 220K tak sesuai dengan rumah di teres di Melaka masih ada banyak dijual bawah RM200K. 

Dengan anggaran 5% untuk kos guaman anggar sahaja anda perlu sediakan RM11,000.00 hingga RM15,000.00 itupun jika dapat 100% pinjaman dan tambahan wang proses RM530.00.

Anggaran harga seunit PPA1M adalah seperti berikut:
  • Keluasan 1,000 kp (RM150,000-RM220,000)
  • Keluasan 1,200 kp (RM221,000-RM260,000)
  • Keluasan 1,500 kp (RM261,000-RM300,000)

Lebuh Bestari ini laluan mati jika disambung akan berjumpa Kolej Jururawat Murni.

 Rujukan

Banyak info berkaitan PPA1M ni, tetapi sebolehnya aku akan pastikan ianya dikemaskini apabila ada info terbaru yang boleh dipercayai. Sebelum ni dimaklumkan ada subsidi Kerajaan sebanyak  RM50,000.00 la tetapi senyap begitu.


Latar Belakang


PPA1M (ditukar kepada PPA selepas PRU-14) telah dilancarkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2013. Di mana keputusan Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 telah bersetuju supaya satu inisiatif atau pendekatan di kaji untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana dapat memiliki rumah dengan harga yang berpatutan.

Sebagai langkah permulaan program PPA1M, YAB Perdana Menteri pada 18 April 2013 lalu telah mengumumkan program pembangunan 10,336 unit rumah bagi tujuan Program PPA1M di Putrajaya. Harga ditawarkan bagi skim perumahan ini adalah di antara RM150,000 hingga RM300,000 mengikut keluasan lantai minima tidak kurang dari 1,000 kaki persegi hingga 1,500 kaki persegi.

Selaras dengan pengumuman tersebut, Perbadanan Putrajaya telah melancarkan dan melaksanakan projek PPA1M Putrajaya (Fasa 1) dan projek ini dijangka siap pada tahun 2017 / 2018. Manakala cadangan pembangunan PPA1M Putrajaya (Fasa 2), masih dalam peringkat perancangan.


Berbalik kepada pembangunan PPA1M di Presint 17 Putrajaya, gambarajah di atas adalah projek-projek yang akan dan sedang dibangunkan. Antara projek yang sedang giat dibangunkan adalah PUDINA (unit bercampur), SELASIH (unit bercampur) manakala KETUMBAR (800 Unit 1000 kp) dan KASTURI masih tanah kosong lagi. (Kemaskini Ketumbar dalam pembangunan)


Apartmen PUDINA dan Apartmen KASTURI ni amat dekat dengan Park&Ride

Aku adalah antara bakal pemilik bertuah yang terpilih mendapat 1 unit apartmen PPA1M di Presint 17 ini. Harga bagi Fasa 1 : 1000 kp anggarannya antara RM150,000.00 - RM220,000.00. 

Tapi maklumbalas projek PPA1M di Putrajaya sebelum ni, harga 1000 kp adalah RM200,000.00 RM220,000.00 dan caj selenggara RM0.20 RM0.17 (dikemaskini) perkaki. Kira bulanan caj selenggara RM170.00 juga tu. 

Laluan '........' dalam rajah atas tu adalah perancangan laluan monorail. Itu kalau aku rujuk dalam Map Legend lah.


PPA1M PUDINA, PRESINT 17 PUTRAJAYA

BILANGAN UNIT : 1,500 UNIT
KELUASAN : 16.52 EKAR
JANGKAAN PEMBANGUNAN SIAP : 2017
JUMLAH UNIT (1,500 UNIT) :
  • 585 UNIT (1,000 KP)
  • 600 UNIT (1,200 KP)
  • 300 UNIT (1,500 KP)]
  • 15 UNIT (OKU)

Rajah bayang-bayang Apartmen Pudina ini agak keliru sedikit

Projek PPA1M ini agak mengelirukan dengan papan tanda mula projek dan tamat projek tidak dijelaskan. Banyak pemaju yang terlibat dan saling tidak sync. Paling ketara ramai pembeli telah membatalkan pembelian Pudina atas alasan peribadi dan tidak ingin mengambil risiko pada masa hadapan. Apa yang aku tahu, Pudina tidak dapat disiapkan mengikut jadual dan pembeli perlu bersedia dengan kiraan penalti kelewatan kepada pemaju. 




*************************************************



PPA1M SELASIH, PRESINT 17 PUTRAJAYA

BILANGAN UNIT : 1,000 UNIT
KELUASAN : 8.266 EKAR
CABUTAN UNDI : SIRI 1 (FASA 1) – PADA 29 OGOS 2013
JANGKAAN PEMBANGUNAN SIAP : 2017
JUMLAH UNIT (1,000 UNIT) :
  • 416 UNIT (1,000 sqf)
  • 288 UNIT (1,200 sqf)
  • 288 UNIT (1,500 sqf)
  • 8 UNIT (OKU 1,000 sqf)
  • PEMAJU : SP SETIA & PUTRAJAYA HOLDINGS SDN BHD




Bagusnya Apartmen Selasih ini ada ditawarkan harga yang lebih murah berdasarkan kedudukan  lokasi unit.
*************************************************


PPA1M KASTURI, PRESINT 17 PUTRAJAYA
  

BILANGAN UNIT : 404 UNIT
KELUASAN : 4.09 EKAR
JANGKAAN PEMBANGUNAN SIAP : 2020
JUMLAH UNIT (404 UNIT X 1000 sqf) :
  • 400 UNIT (1,000 sqf)
  • 4 UNIT (OKU 1,000 sqf)
  • PEMAJU : MITRAJAYA
  • TARIKH MULA TAPAK : - (Kerja-Kerja Tapak sudah bermula)
  • TARIKH SIAP TAPAK : - 

OKU

KASTURI ni bersebelahan dengan depoh monarail, dan dijangkakan ada laluan monorail bersebelahan. Seperti PM rasmikan 19 Sept 2016 kalau aku tak silap, Stesen MRT Sungai Buloh Putrajaya dan juga Stesyen HSR Singapura- Kuala Lumpur akan guna stesyen berhadapan dengan Hospital Putrajaya. 

Jadi laluan tu aku tak nak fikir dulu la, hanya masa yang menentukan.


*************************************************




 PPA1M KETUMBAR, PRESINT 17 PUTRAJAYA

The proposed development includes Structural Works, Architectural Works, M&E Works and Landscape Works for 3 Blocks of 26 Storeys to 29 Storeys Apartment (800 Units) and 2 Blocks of Multi-Level Carpark of "Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia" (PPA1M), at Parcel 17RM2, Precint 17, Putrajaya.

BILANGAN UNIT : 800 UNIT
KELUASAN : 8.21 EKAR
JANGKAAN PEMBANGUNAN SIAP : 2018
JUMLAH UNIT (800 UNIT x 1000sqf) :
  • 792 UNIT (1,000 sqf)
  • 8 UNIT (OKU 1,000 sqf)
  • PEMAJU : MITRAJAYA 
  • TARIKH MULA TAPAK : 23 FEB 2016
  • TARIKH SIAP TAPAK : 22 FEB 2019



Kalau Kita lalu sebelah BOMBA Presint 9 ada pembinaan sedang dibuat seperti di kawasan berbukit. Itu adalah di bawah pemaju MITRAJAYA juga bagi membangunkan Bangunan Pejabat SPRM (MACC Headquarters).
Rujuk : Projek


"The Design and Build project consists of 3 office towers & 1 podium block for carpark for Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) at lot 7G1, Putrajaya next to Ibu Pejabat Bomba & IPPD Putrajaya.


Pemaju Mitrajaya juga terlibat membangunkan Apartmen Seruling Presint 5. dan Projek PRIMA di Presint 11. Layout rumah pun seakan sama cuma tiada stor di dapur.

Apartmen Ketumbar ini di bina bersebelahan dengan Sekolah Rendah dan juga Sekolah Menengah. Dikhabarkan ada 3 sekolah bersebelahan ketumbar kelak selain kedudukan strategik antara Pejabat Kerajaan di Presint 1, Presint 2, Presint 3 dan Ke Dengkil melalui jalan baru bersebelahan bukit yang di tarah. Kedudukan  Presint 17 bersebelahan sempadan negeri Selangor. 

Harga : 
Aras G  = RM 165,000.00 
Aras 1 = RM 175,000.00 
Aras 2 = RM 195,000.00
Aras 3  = RM 205,000.00
Aras 4 = RM215,000.00
Lain - Lain Aras = RM 220,000.00

Bayaran Stamp Duty on Transfer dan STRATA UNIT 1000 sq = RM 3,400.00
Bayaran Proses = RM 500.00
Deposit Elektrik = RM 250.00
Deposit SYABAS = RM 135.00 
Utiliti Gas (Opsyen) = RM 60.00
Maintenance Fee RM 0.16 X 1000sq + 10% Sinking Fund = RM 176.00 X 4 BULAN = RM 704.00

1) Jumlah perkara di atas : RM 5,049.00
2) Kos Fi Sales & Purchases RM 500.00 bagi pembeli rumah pertama.
3) Kos Fi Guaman Pinjaman RM 2,000.00 - RM2,900.00

Duti Setem dibayar kepada Kerajaan. Pengecualian Duti Setem sila rujuk Bajet Tahunan terdahulu. Fi Guaman dan Duti Setem adalah berbeza.





BLOK A - ARAS G, 1, 2, 3-->25
1 ARAS ADA 11 UNIT TERMASUK ARAS G = 275 UNIT
ARAS 14 - 9 UNIT 

TOTAL A : 284 UNIT


BLOK B -ARAS G, 1, 2, 3-->28
 1 ARAS ADA 11 UNIT  TERMASUK ARAS G = 297 UNIT
ARAS 14 - 9 UNIT 
ARAS 28 - 9 UNIT

TOTAL B : 315 UNIT


BLOK C - ARAS G, 1, 2, 3-->28
 1 ARAS ADA 7 UNIT TERMASUK ARAS G=196 UNIT
ARAS 14 - 5 UNIT

TOTAL C201 UNIT

TOTAL : 800 UNIT 

 
Arah cahaya matahari terbit dan arah kiblat


Layout Ketumbar mempunyai lebih kurang 2 kaki lebar balkoni dan disediakan ruangan meletak kompresor aircond. Selain itu Apartmen Ketumbar disediakan bilik stor lain daripada unit PPA yang lain.


Apartmen Ketumbar adalah yang  paling tinggi dengan ketinggian 29 Tingkat.


"Precint 17, Putrajaya The proposed development includes Structural Works, Architectural Works, M&E Works and Landscape Works for 3 Blocks of 26 Storeys to 29 Storeys Apartment (800 Units) and 2 Blocks of Multi-Level Carpark of "Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia" (PPA1M), at Parcel 17RM2, Precint 17, Putrajaya."




5 comments:

  1. Assalamualaikum..boleh saya tahu sekarang projem ppa kentumbar tahap mana ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Ketumbar dalam 70% hingga 80% siap

      Delete
  2. Slm, boleh saya tanya, bila ya kena bayar duty stamp stara, deposit dan kos-kos ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Selepas dapat kunci, dalam tempoh setahun untuk execute strata ini yang dicakap peguam, saya belum kaji yang sebetulnya undang-undang terkini mungkin 24 bulan ke, tapi ikut peguam sahaja senang. Dulu2 samapai 10 tahun pun ada tak pecah geran.

      Delete
  3. Assalam nk tnya..kasturi ada yard x

    ReplyDelete

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH