Kedai Buku Online

Thursday, May 31

Jangan Menulis Hingga Lupa Dosa Pahala

KUALA LUMPUR – Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menggesa agar para penulis maya di internet, khususnya para blogger supaya memikirkan tentang dosa dan pahala apabila menulis mengenai pandangan mereka di blog masing-masing.

Menurut beliau, matlamat tidak menghalalkan cara di dalam memenangi hati para pembaca untuk menerima pendapat dan segala hujah mestilah berpandukan kepada sumber ilmiah serta berfakta supaya mengelak dari sebarang unsur fitnah atau tohmahan.

“Janganlah bila berada di depan komputer (untuk menulis), kita lupa pada dosa dan pahala pula,” katanya ketika menyampaikan ucapan sebagai panel di majlis Himpunan Ulama’, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 yang berlangsung di Hotel Seri Pacific, di sini hari ini.

Beliau turut mengajak para penulis di alam siber agar bekerjasama dengan golongan ulama di dalam tujuan menyatukan ummah menerusi ruang lingkup maya dengan penyebaran maklumat yang telus dan lebih positif.
Pandangan beliau itu turut dikongsi bersama oleh ahli akademik dari Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Professor Datuk Dr. Sidek Baba, yang menganjurkan agar para ulama, cendekiawan dan blogger menterjemahkan penulisan mereka menerusi strategi eklektik. Menurut beliau yang turut menjadi panel di majlis tersebut, kaedah elektik merupakan gabungan integrasi ilmu, sejarah kegemilangan silam Islam dan sosiologi moden yang diaplikasikan bersama di dalam usaha menyatupadukan ummah.

“Seorang ilmuan Islam Professor Dr. Taha Jabir membuat kajian mengenai kaedah eklektik yang menggabungkan nilai-nilai tersebut dan ia berkesan,” katanya pada ucapan yang bertema ‘Peranan Ulama dan Cendekiawan Islam Dalam Mendepani Dunia Siber.

Program himpunan tersebut dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Kelab Sahabat Bina Negara dengan kerjasama portal My.KMU.net, dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan hadir menyampaikan ucaptama pada kemuncak program, esok.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN
18 Februari 2012
Share:

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

ARCHIVE

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts

Blog Archive