Kedai Buku Online

Sunday, May 27

Sejuta Belia di Putrajaya


Aku sebenarnya tak pandai nak mengarang, tak pandai nak bermadah-madah sebab tu ramai awek tak berkesudahan dengan cinta kot ahaks2. Hissh aku bukan nak cerita awek2, malam ni buat pertama kalinya aku hadir ke Himpunan Belia dan juga Jom Heboh!!... Dulu tak minat, tapi mungkin minggu ni byk aktiviti aku melibatkan kerja, so kenalah hiburkan diri jalan-jalan-rasanya 4KM pusing2-teknik jimat menghilangkan stres.

Sambil cari earphone, dapat juga lihat beberapa stage konsert, ada dekat 7/8 stage termasuk Tomoi. Banyak tu, semalaman rasanya tak sempat habis.



Hahhh tu dia dari hujung bulatan Putrajaya Holdings sampai ke KBS ni aku jalan kaki. Kira banyak barang dapat tawar murah la. Tapi penganjur Jom Heboh je aku rasa macam di Pasar Malam-maksud aku berada di pasar malam. Ramaiyer orang, macam ni rupanya apabila kaum belia 'mengamuk' kot hehe......Tahun depan buat lagi dekat2 tarikh masuk gaji ya. Tabik organizer dan sukarelawan Himpunan Jutaan Belia 2012.

* Kesian tadi pada pengunjung yang bertanya tak tahu arah tuju. Sorry, Aku pun sama tak dapat membantu.


Ramainya terlibat aktiviti sihat begini. Selain menambah ilmu dan cuci mata, dapat juga 10,000 langkah sehari.
 Secara keseluruhan, aktiviti tersebut terbahagi kepada 11 segmen utama iaitu Himpunan Sejuta Belia, Modal Insan, Y-Avenue, Malaysia Cergas, MAHA Youth dan Majlis Belia Malaysia (MBM).
Aktiviti turut membabitkan segmen World Youth Fantasy & Gadget World; Y Central; Karnival Memancing Sejuta Belia; We Care, We Smart, We Young dan Karnival Belia Budaya 1 Malaysia.
Kesemua segmen itu membabitkan 80 acara berbentuk pertandingan (41.4 peratus), kerohanian dan keilmuan melibatkan 93 acara (48.2 peratus) manakala persembahan dan pertunjukkan sebanyak 20 acara (10.4 peratus).
Rujukan :
  1. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/114-beli-belia/9799-himpunan-sejuta-belia.html
  2. http://www.hbn.gov.my/
  3. Dan pemerhatian/pamplet events di lokasi





Share:

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

ARCHIVE

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts

Blog Archive