Kedai Buku Online

Wednesday, November 25

JOMPAY - JOM BAYAR LEBIH MUDAH

* "JOMPAY mengecaj anda sebanyak RM0.50 daripada jumlah bil anda. Jika Bil anda RM16.00, jadi wajib bayar RM16.50 sebab JOMPAY tolak RM0.50.(Kemaskini 30 DISEMBER 2015)"

* Klausa ini akan dikemaskini semula apabila menerima penyata penuh dari YPJ kelak (Kemaskini 02 FEB 2016)

* Penyata YPJ memulangkan semula RM0.50 pada bulan Oktober 2016, jadi sah Jompay adalah percuma. (Kemaskini Januari 2017)


JOMPAY - JOM BAYAR LEBIH MUDAH

Pernah ke kita semasa membayar bil utiliti, membayar pinjaman pendidikan negeri ke atau apa-apa, kita hadapi kesukaran membuat bayaran melalui talian perbankan online?

Ok, ada bank tempatan telah menetapkan bahawa bayaran minimum pindahan secara online yang dibenarkan adalah paling minimum RM50.00 setiap transaksi. Kurang dari itu memang tidak dibenarkan.

Bagi pembayaran Pinjaman Pendidikan Yayasan Negeri, kebanyakan bank mengecaj RM1.00 setiap transaksi berbanding FPX atau e-FES (Semua transaksi pembayaran balik melalui FPX akan dikenakan caj RM0.50 kepada akaun pembayar tidak masuk GST lagi ni. Anggaran RM0.53 lah).

Memandangkan baki hutang sebanyak RM16.00, kita tidak perlu bersusah payah nak hantar cek sebab kena caj komisen pula nanti dan kos Setem.

Maka survey punya survey dapatlah kaedah pembayaran melalui JomPay. Servis ini adalah percuma, cuma perlu tahu no kod Penerima seperti dibawah ini. Kod ini adakalanya dipaparkan di laman Web/Portal syarikat/institusi.


Tidak semua ada perkhidmatan JomPay seperti PTPTN masih gunakan e-FES. Kes aku, aku guna CIMB sebab dalam Maybank tidak jumpa servis ini, mungkin tidak kelihatan pada mata aku semasa mencarinya. Selepas login CIMB, klik ke link pautan Pay-> Bills-> dan di situ ada butang radio pilihan JomPay.



Selepas isikan butiran Ref-1 dan Ref-2, Maklumat no kod tersebut ada dinyatakan dalam transaksi CIMB seperti 9753 adalah Yayasan Pelajaran Johor. Rujuk Kod disini untuk lebih sahih setiap kod biller tu.

Apa yang bernama hutang, loan ke, pinjaman ke, wajib dibayar tanpa alasan selepas anda bersetuju dengan terma dan syaratnya. Jadi bersegeralah menunaikan kewajipan.



Share:

8 comments:

  1. Untuk astro punya cmne mne ye?leh ajar x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada nombor setiap syarikat yang berdaftar dengan Jompay ni. Bagi ruangan kotak tu boleh isi NOMBOR AKAUN BIL dan ruangan kotak kedua tu boleh isi NO KP atau NAMA atau rujukan bil

      Delete
  2. Kod jompay astro 9639

    .masuk cimb click
    .letak kod 9639 utk astro
    .masuk no akaun astro
    Proses mcm biasa

    ReplyDelete
  3. Cmn nk semak bayaran yg kita pernah buat melalui jompay

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jompay adalah kaedah bayaran, kaedah trasaksi bayaran. Rekod bayaran kena merujuk entiti/syarikat yang menawarkan perkhidmatan berbayar kepada saudara itu. Contoh anda bayar Jompay TNB, TNB ada sediakan apps handphone untuk lihat rekod bil-bil saudara. Jompay bukan transfer serta merta, mungkin ambil 2-3 hari bekerja.

      Delete
  4. Nak tanye, kalau dh bayar bil air pakai jompay, adakah untuk bulan seterusnya dia akan tolak duit tu secara automatik? Ke kita perlu buat manual setiap bulan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jompay 1 payment 1 shot, dan manualy apply. Duit payment tu dari akaun milik kita dan tak kisah jenis akaun apa. Jompay ni TOOLS METHOD PAYMENT SAHAJA. Dia tak boleh sedut duit kita suka2. Setakat ini tiada caj dikenakan.

      Dia akan minta kebenaran dari akaun kita jadi kalau kita pakai baru dia berfungsi.Jadikan Favourite la dan buat manual setiap bulan. Pada saya jika bil TNB awak sebulan RM50.00 pun, awak bayar RM100 pun tiada masalah. Kita je cari masalah nak buat sampai masa manual takda, nak juga cari masa automatik.

      Yang saudara cakap tu automatik contohnya Standing Instructions iaitu kebenaran arahan kepada pihak bank untuk bayar bil ikut caj yang dibenarkan oleh penyedia perkhidmatan. contohnya TNB, IWK, bayar kereta, bayar rumah dan lain-lain. Sekali kita apply kena isi borang dan bayar caj pertama kali daftar, kecuali jika beli rumah, terus siap-siap buat SI ikut date payment loan.

      Yang automatik kedua ialah kad kredit, ye lah kad kredit tak pakai kan dia risau jadi ada juga tools auto payment ni ikut juga kebenaran dari kita dengan butir2 peribadi dan nombor akaun selain kita setkan limit maksimum boleh bayar guna kad kredit milik kita.

      Yang automatik payment ada juga bank sediakan online, awak setkan contoh RM40.00 bil elektrik TNB tiap-tiap bulan pada sekian tarikh. Ni macam arahan masa ke depan dan dia boleh diset berulang setiap bulan.
      Ni bukan favourite biller tu, favourite biller pun macam jompay bayar manual, bagusnya kita dah save no akaun siap-siap.

      Delete
    2. Ouhh okay terima kasih. Maksudnya dia tk tolak automatik la kan? Sy risau dia tolak sendiri je sbb ada yg ckp skali dh byr pkai online dia akan tolak sndri next month.

      Delete

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

ARCHIVE

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts

Blog Archive