Friday, July 18

SIAPA ANDA TERLETAK PADA DIRI ANDA

Banyak kejadian sekarang ini jika kita lihat, menjadi buruk dan mengaibkan adalah disebabkan pihak lain. Jika kita terkentutlah ditakdirkan di tandas, tiada orang ambil peduli dikatakan tabie normallah. Ia tidak menjadi viral.

Tapi jika kita terlepas angin tanpa sengaja di dalam mesyuarat, adakah kita yang bersalah kerana gagal mengawal keupayaan sistem kitaran kita?

Respons orang sekeliling , 1- spontan ketawa, 2- spontan tarik muka + perbuatan dan air  muka macam kita ni perogol dibuatnya.

Bagi SE lah, dua perkara di atas jika berlaku boleh diminimakan jika kita ni level bos dan jika kita seorang yang agak tegas-buat muka serius je. Perlu ke kita perbesarkan hal yang remeh ibarat kita mencari rezeki dengan bergantung ihsan mereka-mereka ini?

Budaya dalam bermasyarakat sebenarnya bermula dengan kaedah kita yang mulakan - bergaul dan bercampur dengan kelompok orang tertentu. Jika campur dengan orang yang lepas cakap, paham-paham je lah kita jangan ada hati ibarat tisu, jika campur dengan orang yang selalu games kita, stanby je la kita pun akan kena games.

Buat ajelah apa yang perlu, berdiam selalu dan berkata apabila perlu. Semakin lamanya kita di sesuatu tempat, karaktor kita turut serta kena tempiasnya samada cenderung ke arah kebaikan atau cenderung ke arah sebaliknya. Ya, ia tempias dari lokaliti yang anda pilih atau ditakdirkan anda di situ. 

Anda tewas atau tidak bergantung pada kebergantungan kita pada Allah dan doa restu ibubapa. Berdoalah selalu, walau jahat sekalipun, jangan kita diaibkan lebih-lebih lagi di dunia. Selamat Menjalani Ibadah puasa 10 hari terakhir Ramadhan.


Tuesday, July 15

PERANG PENGGODAM MALAYSIA-ISRAEL

KedahNews.com mengucapkan syabas dan tahniah kepada pemilik laman sosial Facebook bergelar Malaysia Security Tester (MST) yang mengetuai kumpulan hackers dari Malaysia yang bertindak menggodam ratusan laman web milik kepentingan Israel pagi ini.

Mungkin ramai yang tidak menyangka bahawa Malaysia juga punya sekumpulan hackers muslim yang hebat dan mampu melakukan kejutan pada negara rejim zionis Israel yang kononnya "kuat sangat" itu.

"More Than 100++ Israeli Website Got Hacked By #MalaysiaSecurityTester viva palestine!" kata MST di dinding laman Facebooknya.

Antara senarai laman web yang digodam sejak 1 Julai termasuklah site untuk finance dan pentadbiran regime zionist itu
 
Ratusan laman web yang diserang adalah seperti berikut:

p://www.gr-gazit.co.il/index.html
http://www.grarbengigi.co.il/index.html
http://www.gril-stone.co.il/index.html
http://www.grupin2000.co.il/index.html
http://www.gutmanadv-law.co.il/index.html
http://www.hacozat-baryochai.co.il/index.html
http://www.hagina1.co.il/index.htm
http://www.hagaderhatova.co.il/index.html
http://www.halevi-law.co.il/index.html
http://www.havayadruzit.co.il/index.html
 http://dark-h.org/hacker/?user=My-sec+Team
http://www.zone-h.org/mirror/id/22688913
http://www.zone-h.org/mirror/id/22688914
http://www.zone-h.org/mirror/id/22688915
http://www.zone-h.org/mirror/id/22688916
http://www.zone-h.org/mirror/id/22688917
http://www.zone-h.org/mirror/id/22688918
http://www.zone-h.org/mirror/id/22688919
http://www.zone-h.org/mirror/id/22688920
http://www.zone-h.org/mirror/id/22688921
http://www.zone-h.org/mirror/id/22688922

http://www.famedresses.co.il/index.htm
http://www.eve-kitchens.co.il/index.html
http://www.fix1.co.il/index.html
http://www.gabiproject.co.il/index.htm
http://www.gabi-tax.co.il/index.html
http://www.gadiw.co.il/index.html
http://www.gan-tzamereth.co.il/index.html
http://www.gazit-kitchens.co.il/index.html
http://www.gloria-kitchens.co.il/index.html
http://www.gordonspa.co.il/index.html
http://www.goshen-events.co.il/index.html
 http://dark-h.org/hacker/?user=My-sec+Team
http://www.zone-h.org/mirror/id/22688904
http://www.zone-h.org/mirror/id/22688903
http://www.zone-h.org/mirror/id/22688902
http://www.zone-h.org/mirror/id/22688900
http://www.zone-h.org/mirror/id/22688901
http://www.zone-h.org/mirror/id/22688899
http://www.zone-h.org/mirror/id/22688898
http://www.zone-h.org/mirror/id/22688897
http://www.zone-h.org/mirror/id/22688896
http://www.zone-h.org/mirror/id/22688895
Serangan siber yang dilancarkan pada Israel sejak 1 Julai lalu oleh kumpulan Malaysian hackers, anonGhost, telah menyaksikan beribu-ribu laman web di negara haram itu telah digodam, termasuk laman web milik kerajaan Israel. Rujukan lanjut di SINI
Bukan Malaysia sahaja yang menyerang laman web Israel. Hasil kajian di internet mendapati cyber tropper Indonesia dan Bangladesh juga telah menyerang lama web Israel. Menurut  maklumat dimaklumkan " bahawa kebanyakkan HACKER Dari Pelbagai Negara telah melakukan sepakat dan muafakat untuk menyerang domain Israel yang mana dijangkakan akan berlaku pada 7 haribulan ini . Mereka telah mengajak semua orang awam untuk menyumbangkan sedikit datapacket untuk dihantar bagi menumbangkan domain-domain israel !!


Sumber
 

Saturday, July 12

MEMBUAT PANGGILAN VIDEO

Hari ini genap sebulan Anak sulong SE. Esok pagi kena ambil suntikan Hepatitis Dos kedua. Dos pertama terima semasa kelahiran. Bayi di Malaysia diwajibkan mengambil vaksin Hepatitis B selain vaksin lain.

SE dah ambil 3 dos hepatitis C percuma oleh hospital kerajaan atas penghargaan menderma darah berpuluh Kali. Vaksin ini diberi Lengkap dalam 6 bulan. 6 tahun kemudiannya semasa buat ujian darah kesihatan di BPLab, vaksin hepatitis C masih dikesan, ajaibkan.

Jangan terperanjat jika anda sudah ambil BCG, setahun kemudian dijangkiti batuk kering, sebab hanya ujian darah susulan dapat melihat vaksin anda berkesan dengan badan atau tidak.

Sebenarnya SE bukan nak cerita vaksin, hanya nak sampai kan ilmu berkenaan video call je hehe.

Ok, jika anda jauh dari isteri dan Anak, Guna kan video call. Tipsnya jika ada 2 slot simkad, Guna kan slot 1-yang ada spek untuk 3G...jika call no di simkad slot ke-2, memang takkan dapatlah. Isteri ke, suami ke jangan melenting jika video call tak dapat, Cuba call simkad kedua. Kalau dua-dua tak dapat barulah boleh melenting haha.

Petuanya video call adalah spectrum 3G. Pastikan hp anda support 3G call ya dan coverage telco perlu ada 3G dan lagi bateri hp mencukupi. Biasanya bateri 20% tidak mampu membuat panggilan video.

Bagi hp single sim, sila rujuk manual hp anda dan juga jenis simkad anda. Alhamdullilah, simkad 64K smartplan digi prepaid milik SE tiada masalah ;)

Friday, July 11

BARANG-BARANG BABY KU KIRIM

Minggu ni SE balik kampung lagi, kali ni bawa sekali barang untuk baby sulong comel SE hihi.

1. Car Seat
2. Minyak Yu Yee Limau
3. Vicks VapoRub

Cuba tengok laman Web Lazada ni, ada kesilapan harga asal dan harga diskaun. Tapi malas nak amik tahulah sebab SE dah pun terima parcel yang di beli.

Tunggu nak test je muat ke tak. Maklumlah baby cepat membesar dan saiz car seat ini boleh muat sehingga maksimum 13 KG sahaja.


Vicks dan minyak Yu Yee ni, rasanya paling SE minat adalah Vicks. Selain kegunaannya banyak, ia juga sesuai untuk semua peringkat umur.

Minyak Yu Yee ni pertama kali beli. Itu pun jika diperlukan oleh baby SE. Kalau tak, memang tak beli pun.

Thursday, July 10

BATERI KERETAKU MULA TUNJUK RAGAM

SE saja2 tengok sistem rekod servis kenderaan (sistem rekod peribadi) untuk tengok umur bateri, tarikh beli 10 Ogos 2012, harini 10 Julai 2014. Da 23 bulan kan. Setiap hampir bulan Ogos, kenalah tengok apa2 yang berkaitan kereta, mana yang terlalu lama dan berisiko perlu ganti, SE akan ganti. Bulan Ogos jugalah cukai jalan dan insurans Myvi ni tamat. Jadi nak bajet awal2 la gitu.

Apa tanda bateri mula nak kong??

Ok, beberapa hari lalu, SE sedar apabila start kereta yg first adakalanya berbunyi pelik dan enjin tidak hidup, Kali kedua start boleh hidup.

Kedua, jam pada radio selalu reset ketika dihidupkan. Jam jadi 12:00.

SE Guna Yuasa bateri kering, bila hon tiada masalah., check voltan masih 14 ke atas. Tengok penanda warna, indicator warna hijau lagi..bateri kering memang tidak boleh dipercayai dengan melihat indicator tu sebab ia mewakili graviti tidak secara keseluruhan bahagian bateri. Jadi ada bahagian tak tahu ok ke tak kecuali indicator tu ditunjukkan Pada setiap 6 bahagian plet.

SE andaikan cerita bateri sebegini-Kereta yang selalu  digunakan akan kerap kehilangan Air bateri. Ia perlu  dijaga dengan baik jangan sampai plet terdedah kepada udara. Bateri akan mengalami penyejatan air bateri kerana haba akan terhasil ketika mengecas dan “bubling” terhasil. Haba dari enjin juga menyumbang kepada “bubling”.

Samada bateri basah @ kering, ia memang ada elektrolik cecair. Ketika bateri di caj, ibarat air di masak, WAP akan turut terbebas, bagi bateri ia mengeluarkan gas hidrogen yang mudah terbakar. Bateri semasa di caj eloklah kitaran penuh-contoh jika ke kedai naik kereta untuk jarak dekat, bateri tidak caj sepenuhnya. Ini boleh pendekkan USIA bateri. Pasti kan juga penyambung bateri ketat dan tiada gegaran- ketatkan skrew pemegang bateri. Plet bateri perlu graviti seimbang semasa dicaj. Jangan ada sulfation warna Putih di plet bateri sebab ia menghalang proses caj penuh. Kurangkan jalan malam Guna lampu la jika nak panjang usia bateri dan jangan tak caj kereta anda lebih 3/4 hari.

Balik cerita SE tadi. Jika dah rasa macam pelik je, jangan pandu jauh Dari bengkel. Jangan cari penyakit pergi tempat pedalaman, jadilah harga bateri melambung ke $250 nanti upah tu upah ni. Beli je bateri Baru sebab umur bateri tahan 20-30 bulan je dalam suhu panas Malaysia.
Suhu sejuk boleh buat bateri tahan hingga 4 tahun. Kalau rajin balutlah pembungkus kalis haba pada bateri tu. Kali ni SE beli bateri basah jenama cap ayam-CAT dengan jaminan 12 bulan. Bukan taknak beli Century, Yokohama @ Yuasa, tapi tahun ni SE kena beli car seat baby-penumpang Baru Hehe. Takpelah kena jimat2 dulu. Harga bateri CAT ni $130-$10 jika jual bateri lama. Harga bateri branded ni dalam $150-$180 untuk kereta myvi.

Bateri basah sebenarnya paling legend sebelum keluar bateri kering. Jadi ia tahan lama dengan syarat jaga air bateri ikut arasnya. Bila siap dipasang, start enjin, pastu cabut kabel bateri-caj negatif (mekanik buat) untuk tengok alternator ok ke tak. Jika enjin tak mati , ok la tu. Original alternator di perodua dalam $694.90 -2 pin (perodua Pekan)tak masuk upah lagi tu. Jika takdir alternator rosak pun, Cuba minta mekanik ganti carbon brush dalam $80. Nak tahu alternator Cari di Google ya.

3 asas Alternator :
1.Rectifier
2. Regulator
3. Carbon Brush

Lepas ganti bateri, gi alignment tayar $20, adjust chamber $15, tup2 skrew tayar loose dan patah pula dah kena beli sebatang $35 pula. Skrew tayar ni jika mekanik tidak buka/ketatkan skrew secara berselang-seli, sahlah rosak skrew tu nanti. Tapi pikir2 dah usia kereta tu 220k KM, hmmm memang dah patut ganti je lah.
Banyak kos kan bila servis kereta. Tapi lagi mahal jika taknak paham masalah awal kereta. Normal servis major $1000-$1200 setahun, minor dalam $300-$400 setahun jika kita prihatin dan jadi pemilik kereta yang penyayang. Alhamdullilah tip top je...muahhh myviku.

Friday, July 4

MEE SUP DAN KERABU PERUT LEMBU

Hari ini berbuka dengan juadah mee sup Dan kerabu perut lembu. SE ni susah nak makan banyak, nak turun Berat pun susah. Mee sup ni $3.50 Dan kerabu $3.00 beli di pejabat tadi.

Jadi makan berbuka sahajalah dengan makanan yang kurang karbo dan lemak di awal bulan Ramadan di samping mengenyangkan perut.

Malaysia cuacanya agak panas, Dan dahaga adalah biasa. Jika sejuk, kita akan cepat lapar. Minggu pertama berpuasa, kita akan terasa letih badan, kaki pun lenguh2. Ini adalah sebabnya fisiologi badan sedang interaksi kitaran perubahan makan dan minum kita dalam 10 jam pertama kita berubah tabiat makan. Pada masa ini, keperluan air badan adalah amat tinggi. Kitaran ini akan terbiasa pada 3/4 hari berikutnya. Pada minggu kedua puasa-kita akan lebih bertenaga.

Pengamal diet tidak digalakkan bersenam keterlaluan jika tidak membiasakan diri dengan berpuasa sunat. Kurangkan karbo, lebihkan air Putih Dan kurangkan gula Dan ambil Berat jika anda rasakan Badan menolak seperti pening, mual atau tidak selesa pada perut.

Thursday, July 3

KUIH TALAM TOKYO

Assalamualaikum,

Syukur dah berjaya harungi 5 Ramadhan. Tiada masalah sakit pening, lapar haus pun tiada.

Petang ini berbuka dengan menu kuih talam Tokyo. SE pun tak tahu nama kuihnya sebab SE ingat kuih seri muka.

Bezanya kuih ini atas hijau macam biasa cuma bawahnya sagu biji bercampur parutan kelapa. Satu mangkuk RM 3 Sahaja SE beli dari rakan. Hmmm wanginya. Sedap sudah tentu sebab kawan-kawan suruh beli. Tengok pun dah tahu sedap ;)

Featured Post

BELI TANAH GERAN INDIVIDU DAPAT 3 - 5 TAHUN AKAN DATANG