Kedai Buku Online

Wednesday, February 22

Spinal Bifida

 Spinal Bifida

Spina bifida (dalam bahasa Inggeris padanannya adalah split spine) atau celah pada tulang belakang- ada ruas-ruas tulang belakang yang gagal  bercantum sejak proses awal kehamilan. Lazim disebut cacat pembuluh saraf (neural tube defect/NTD), mengakibatkan cacat bawaan berupa tungkai pengkor hingga kelumpuhan kaki, kehilangan kawalan buang air kecil dan buang air besar. Selain kaki yang pengkor, antara tandanya adalah benjolan yang besar di tulang belakang bahagian pinggang.

 



Jenis-jenis Spina Bifida

  1. Spina Bifida Occulta
    Saraf tunjang adalah normal. Hanya sebahagian kecil tulang yang tidak bertaup. Lapisan kulit yang menutupi kecacatan ini juga adalah normal.
  2. Meningocoele
    Sebahagian dari meninges lapisan luaran saraf tunjang terjulur keluar tetapi saraf tunjang selalunya sempurna.
  3. Meningomyelocoele
    Sebahagian dari saraf tunjang dan meninges terjulur keluar dari tulang belakang yang terpisah.

 

Penyebab

  • Sebab sebenar masih tidak diketahui
  • Ia adalah disebabkan oleh kombinasi antara faktor genetik dan persekitaran.
  • Salah satu faktor yang menyumbang pada keadaan ini adalah kekurangan asid folik sebelum mengandung dan pada awal kandungan.

Keterukkan keadaan spina bifida adalah berbeza. Dalam keadaan yang ringan (milder form), bayi tidak menunjukkan apa-apa tanda.
Sekiranya kecacatan teruk yang mana melibatkan saraf tunjang , kemungkinan bayi tidak selamat. Selalunya bayi ini akan mengalami kelumpuhan, hydrocephalus (kepala besar di sebabkan pengumpulan cecair dalam otak) dan lain-lain kecacatan sejak lahir/kongenital.


Tanda-Tanda

• Kemungkinan kelihatan benjolan di bahagian belakang. Ia adalah penonjolan saraf
tunjang atau meninges melalui ruang pembukaan di tulang belakang.
• Saiz kepala yang besar atau ukuran lilitan kepala membesar akan terjadi pada
sebahagian kes meningomyelocele.
• Bagi kes spina bifida occulta, perubahan warna kulit, lekok ,ketulan tisu lemak yang
lembut atau jumbai rerambut akan dapat dilihat di bahagian belakang.

Gejala

Sebahagian dari gejala dikesan peringkat awal dan yang lainya di kemudian hari.
• Sakit dibahagian bawah belakang
• Sistem usus dan pundi kencing yang tidak berfungsi.
• Bahagian anggota kaki adalah lemah atau lumpuh.
• Hilang deria rasa dibahagian yang terlibat.
• Pembelajaran yang lemah.




Share:

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

ARCHIVE

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts

Blog Archive