Kedai Buku Online

Saturday, May 12

Part 2 : Ujian HIV/Sifilis/Gonorea-Penyakit Tularan Seks STD

Klik Sini untuk Rujuk Artikel Berkaitan Penyakit Kelamin.


Apakah Penyakit Kelamin?

Penyakit kelamin boleh disebarkan melalui perhubungan seks. Ia juga dikenali sebagai sexually transmitted disease (STD) atau venereal disease (VD). Organisma yang menyebabkan penyakit kelamin adalah terdiri daripada bakteria, virus atau fungus.

Berikut adalah jenis-jenis dan organisma yang terlibat:



Bagaimanakah Penyakit Kelamin Merebak?
Penyakit kelamin merebak melalui:

·         Perhubungan seks
·         Berdampingan secara fizikal dengan individu yang telah dijangkiti

Beberapa jenis penyakit kelamin boleh merebak melalui pemindahan cecair badan (air mani dan cecair dari faraj) daripada individu yang telah dijangkiti. Contohnya HIV, Hepatitis B, NGU, dan gonorea.

Sementara itu, jangkitan penyakit kelamin seperti sifilis, herpes dan warts boleh merebak melalui sentuhan kulit. Penyakit sifilis, hepatitis B dan HIV juga boleh merebak melalui ibu yang telah dijangkiti virus tersebut kepada bayinya ketika di dalam rahim atau sewaktu dilahirkan, penagih berkongsi jarum, atau pemindahan darah yang dijangkiti.

Tanda-Tanda Dan Gejala-Gejala
Apakah Tanda-Tanda Dan Gejala-Gejala Penyakit Kelamin?

Ia bergantung kepada jenis dan peringkat jangkitan tersebut. Kadangkala, pesakit tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala (dikenali sebagai asymptomatic infection).

Tanda-tanda jangkitan ini ialah:
·         Lelehan dari kemaluan
·         Sakit semasa kencing
·         Luka atau ulser di bahagian kemaluan
·         Ketumbuhan di bahagian kemaluan
·         Bengkak kelenjar limfa di bahagian pangkal peha
·         Ruam di bahagian kemaluan dan anggota badan
·         Mata berair bagi bayi yang dijangkiti

Diagnosis Penyakit Kelamin
Bagaimanakah Diagnosis Atau Pengesahan Penyakit Kelamin Dilakukan?

Ujian darah dapat mengesahkan beberapa penyakit kelamin termasuk sifilis, hepatitis B dan HIV. Ada juga yang dapat disahkan melalui lelehan atau sampel cecair daripada kulit atau membran mukus.


Komplikasi
Sekiranya tidak dirawat awal, jangkitan kuman akan merebak ke organ lain menyebabkan komplikasi:

·         Bagi lelaki, boleh merebak ke bahagian testis, vesikel semen dan kelenjar prostat lalu menyebabkan kesakitan dan kemandulan.
·         Bagi wanita, ia boleh mengakibatkan kemandulan, mengandung luar rahim atau jangkitan pelvis.
·         Bagi bayi, jangkitan herpes boleh menyebabkan buta atau terencat akal. Congenital Syphilis di kalangan bayi menyebabkan kecacatan semasa kelahiran.
Terdapat beberapa jenis ketuat kemaluan yang menyebabkan kanser. Sebanyak 5-10 peratus penghidap hepatitis B menjadi pesakit kronik dan berisiko tinggi untuk mendapat kanser hati.

Rawatan
Adakah Penyakit Kelamin Boleh Dirawat Dan Disembuhkan?

Penyakit kelamin boleh dirawat dengan antibiotik, ubat anti-virus atau anti-parasit. Lebih daripada satu ubat diperlukan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit kelamin. Tidak semua penyakit kelamin dapat disembuhkan.

Sesetengah penyakit kelamin boleh dirawat berdasarkan gejala-gejala seperti ulser di kemaluan, lelehan dari uretra dan faraj. Ia dipanggil sebagai Modified Syndromic Approach (MSA) yang terdapat di klinik kesihatan kerajaan. Rawatan awal boleh mencegah jangkitan daripada merebak dan komplikasi:
·         Dapatkan rawatan segera daripada doktor berdekatan bagi antibiotik yang bersesuaian
·         Jauhkan diri daripada hubungan seks sebelum mendapatkan pengesahan doktor bahawa anda telah sembuh
·         Jangan ambil rawatan sendiri kerana ia dapat merencatkan gejala jangkitan dan menyebabkan komplikasi akibat rawatan tidak lengkap
·         Pastikan pasangan anda mendapatkan pemeriksaan lanjut supaya rawatan awal dapat diberikan sekiranya dia dijangkiti.

Pencegahan
Amalkan Hubungan Seks Yang Selamat

Penyebaran jangkitan penyakit kelamin dapat dielakkan melalui langkah berikut:
·         Jauhi diri, jika boleh, daripada mengadakan hubungan seks
·         Setia kepada pasangan anda.
·         Amalkan hubungan seks yang selamat seperti menggunakan kondom
·         Jauhi diri daripada alkohol sebelum atau selepas hubungan seks kerana ia menyebabkan hilang penilaian anda 

    Suntikan Pelalian
Suntikan pelalian hepatitis B dapat memberikan perlindungan sepanjang hayat.


Share:

4 comments:

  1. Berapa kos buat ujian std di makmal swasta dan hospital kerajaan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, sy tak update kos2 ujian ni. Kalau nak mudah, rujuk Pusat Darah Negara(PDN)

      Delete

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

ARCHIVE

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts

Blog Archive