Cerai Taklik adalah kombinasi hak suami dan isteri di mana jika suami telah meletakkan syarat dan jika syarat itu telah dipenuhi oleh isteri, si isteri berhak mendapat hak penceraian.
Satu lagi cerai tebus talak adalah khul bermakna cabut dan buang. Menurut Hanafi, khul adalah menghilangkan milik nikah yang memerlukan penerimaan isteri dengan lafaz khulu atau sama erti dengannya.
Mazhab Syafi'i, khul ialah penceraian suami isteri dengan bayaran atau tebusan dengan melafazkan talak @ khul.
Surah Al-Nisa "Dan janganlah kami menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian daripada apa yang kamu berikan kepadanya......"
Tebus Talak adalah bain sughra atau perceraian yang tidak boleh dirujuk (sama seperti suami melafazkan talak tiga)
Sila Rujuk Lafaz Taklik Negeri Johor yang menerangkan antaranya apabila isteri memohon khul, suami sepatutnya mengambil balik mas kahwin atau meminta RM1.00 sebagai syarat.
No comments:
Post a Comment