Monday, September 24

Tali Sawat Kereta Baru Dipotong

Bagaimana 1 perniagaan tidak sihat kekal maju dan kekal membuat keuntungan berpanjangan?. Antara sebab kemampuan peniaga mengekalkan momentum keuntungannya adalah dengan :

  1. Bercakap tak pernah jujur, selalu ada temberang.
  2. Membuat provokasi minta kita membeli segera sebab last stock/ last day promotion (tiap hari promosi)
  3. Memaksa kita membuat keputusan segera
  4. Ada unsur mendesak dan seakan-akan macam harimau yang ingin menerkam
  5. Komplen barang lama kita tidak berkualiti, akan ada masalah, tidak elok dan tunggu masa rosak.
  6. Mengambil kesempatan apabila kita benar-benar terdesak
  7. Membuat jahat dengan cuba sabotaj atau membuat perancangan jahat kepada pembeli seperti menawarkan jaminan kualiti dalam tempoh singkat, merosakkan/memendekkan jangka hayat barangan pelanggan yang kadangkala menyebabkan kemalangan.
  8. Menukar/menawarkan alat ganti tiruan/alat ganti terpakai tanpa kita sedari

5 comments:

  1. setuju dgn maklumat SE... bg org yg xpandai dlm hal sebegini selalu jer jadi mangsa...

    ReplyDelete
  2. Maka, perhatikan selalu apa mekanik buat pada kereta anda..Mungkin dia pon pandai asas je, yg selebihnya kereta kita jd bahan makmal ujikaji

    ReplyDelete
  3. kalu kereta dah kena tinggal kat bengkel mcm mana nk perhati? selalunya terkena pd caj harga x setimpal dgn kualiti yg diberikan oleh peniaga...

    ReplyDelete
  4. Dalam idup senang aje (bukan senang eja), lalui idup seharian dgn sederhana, senantiasa bersangka baik, bersedekah. Kalau idup seharian mcm bawak RM1000, bw keta laju, bw keta ganas,langgar peraturan, mkn mewah2, mcm org kaya, berbelanja tidk ingat dunia dll lelama hati kite keras, kasar dan xnk berpikir kemungkinan akan berlaku.

    tapi kalau seharian mcm bawak RM10.00 dalam saku, kite lebih cermat, lebih particular, lebih berhati2 tindak tanduk , berbelanja pon kite pikir dulu harga sebelum amik beza dgn RM1000, amik dulu baru pikir harga.

    Pjg plak komen haha..ayt mudah yer kite akan lebih particular dan tidak mudah ditipu kalu kite byk belajar pengalaman org (namayer Bijak)-kalau belajar pengalaman sendiri,kite sekadar utk berdikari aje

    ReplyDelete
  5. betul tue, setuju sgt dgn ayat tersebut... (komen SE xde lah panjang pun) hidup nie mmg kena sangka baik dan bertindak baik barulah xde rasa stress... ttg duit pulak mmg betul perlu berfikir dahulu sblm berbelanja, berjimat cermat bkn bermakna kedekut tetapi sbnrnya bijak menguruskan duit...

    ReplyDelete

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH