Kedai Buku Online

Wednesday, September 26

Risiko Kanser Dalam Pemakanan Harian

Wanita bekerja malam mungkin akan meningkatkan peluang kepada serangan barah payu dara sebanyak 30 peratus.

Pengarah Badan Penyelidikan Kesihatan Perancis berkata hal ini meletakkan kerja malam mempunyai risiko yang sama seperti mutasi genetik, kehamilan pertama lewat atau rawatan hormon.



SE tertarik pada sebuah buku karangan Makanan Sihat Sebagai Ubat oleh Lim Hin Fui, PhD. Buku ini mempunyai tulisan tangan "Specially for Dato' Liaw Tiong Lai". Dalam risalah ini, Dr Lai Chui-Nan (1995) menulis :

"Dalam penyelidikan saya, ditunjukkan bahawa sekiranya sel-sel kanser tumbuh dalam satu alam sekitar yang tinggi kalium, mereka akan berubah menjadi sel-sel yang biasa. Kanser boleh disembuhkan"


Ulasan lanjut dalam buku :
  1. Bagaimana bapa mertua penulis diserang kanser dan hanya mempunyai jangka hayat 3 tahun tetapi sel kanser mampu disembuhkan melalui pemakanan sihat.
  2. Manusia perlu ambil 20% makanan berasid dan 80% alkali untuk kekal sihat.
  3. Hati akan memproses keluar makanan bertoksik dan benarkan hati berehat mulai jam 11 malam dengan tidak mengambil apa-apa makanan.
Pelbagai penyakit palsu yang kita hadapi dalam proses detoksifikasi menunjukkan keadaan bahawa badan sedang membebaskan diri daripada pelbagai toksin melalui proses berikut (Trattler 2011)
  • Cirit birit dan muntah ialah percubaan badan mengikis toksin secara semulajadi
  • Demam menambahkan metabolik dan pengaliran darah dalam darah dan limfa. Ini mempercepatkan pembuangan toksik semulajadi. Demam juga mewujudkan satu alam sekitar yang tidak sesuai untuk kuman dan virus
  • Bengkak dan edema (atau pengumpulan cecair) ialah tindakan badan melawan masalah di sesuatu tempat
  • Jangkitan jerawat dan buasir adalah pembersihan dalaman
  • Mukus ialah satu toksin yang dibuang dari badan
  • Bersin dan batuk adalah percubaan badan menolak kotoran dalam sistem pernafasan
  • Berpeluh adalah proses pembuangan toksin dari kulit
 Maklumat Penulis
Dr. Lim merupakan seorang Pegawai Penyelidik kanan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Beliau telah menerima pendidikan lanjutan dari universiti-universiti tempatan, iaitu Ijazah Sarjana Muda (UKM), Ijazah Sarjana ((USM) dan Ijazah Falsafah Kedoktoran (UM) dan mengkhusus dalam bidang antropologi sosial.

Antara buku penerbitan beliau ialah tentang kampung-kampung baru di Malaysia (1994, 2002, 2005), tentang Orang Asli yang bertajuk Orang Asli, Forest and Development (1997) dan mengenai penghasilan perniagaan minyak Safrole (digunakan untuk pembuatan pil Ekstasi) di rantau Asia Timur dan Asia Tenggara (2007). Hasil penerbitan buku kesihatan beliau kini ialah Eating for Good Health (2007) dan Xun Zhao Jin Kang (2007).



Share:

2 comments:

  1. Salam kenal. Dari blog Najmi, suka sgt blog penuh ilmu ini....take care

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Terima Kasih. Insyaallah sy pun akan cube jadikan blog ni bermanfaat.TQ :)

      Delete

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

ARCHIVE

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts

Blog Archive