Kenapa anda perlu rajin membuat kajian pasaran sebelum membuat pembelian?.
Kajian harga pasaran amat penting untuk :
- Kesihatan berjalan kaki apabila perlu berjalan melebihi sejam mengelilingi pasaraya. Teknik ini SE rasakan berkesan sekiranya anda di bandar-bandar besar sebab banyaknya jumlah pasaraya yang perlu dikunjungi. Jika di bandar kecil, hanya 1/2 pasaraya sahaja dapat kita window shopping.
- Memandu kereta manual dan menghadapi kesesakan lalulintas, mengeluarkan sedikit perbelanjaan kos, mengambil angin dan juga berebut parkir - secara langsung melatih kesabaran dan tekanan mental dan fizikal, amat elok jika musim hujan.
SE gemar keluar awal 8.00 Pagi sebab banyak parkir dan lalulintas tidak sibuk. - Mencuci mata melihat idea dan objek cantik yang bergerak2. Ia merangsang keterujaan untuk lebih mencari ilmu dalam seharian membuat kajian pasaran.
- Anda dapat mengetahui di mana nak dapatkan harga murah setelah dibandingkan dengan pelbagai pasaraya
- Kebiasaanya pasaraya akan membuat promosi setiap hujung minggu, jadi jangan rasa ralat jika semalam harga lain, esok dah harga lain macam Gerudi Tangan Black & Decker ini.( Harga Pasaran RM 199.00 tanpa PERCUMA Pemutar Skru & Kotak Kit./Siap Kotak Kit tanpa PERCUMA Pemutar Skru RM 219.00). Jadi banyakkan beza RM yang boleh dijimatkan.
No comments:
Post a Comment