Thursday, September 6

Selamat Menyambut Kemerdekaan Kali Ke-55

Mereka yang mencari rezeki melalui nyayian mestilah jangan terlalu lama tidak menghasilkan album, kelak nama dan kegemilangan akan hilang begitu sahaja. Takut orang lupa suaranya sedap didengar (mungkin ya atau tidak sedap). Tetapi jika nyayian sudah semakin sumbang, janganlah memaksa orang memberi pujian. Ni yang semakin ketara cuba didendangkan parti2 politik yang tidak matang di Malaysia.
Malaysia menyambut kedatangan Kemerdekaan ke 55 dengan jayanya pada 31 Ogos 2012, tapi ada anasir dicemari dengan kehadiran golongan yang cuba promosi bendera baru. (Kenapa tahun 2012, tidak tahun-tahun sebelumnya?-mungkin cita2 rakus ahli politik da meluap2 merasakan ia semakin kuat ke Putrajaya hinggakan tidak tahu membezakan POLITIK dan PATRIOTIK)

Semangat kanak-kanak ini wajar di puji kerana cuba mempamerkan semangat patriotik, gagah memegang senjata, kental dan kesetiaan pada negara.

Bendera yang menjadi kemusykilan pada malam ambang merdeka. Ia rentetan gesaan dalam tweet parti pembangkang yang mengatakan Malaysia meniru bendera negara Amerika pada bulan terdahulu. Maknanya ia di rancang dan ada niat mengubah bendera Malaysia bagi tujuan yang tidak dapat dipastikan.

Mungkin inilah album baru cuba mendapat peminat tertentu membuktikan parti pembangkang di Malaysia sekurangnya ada membuat kerja-mencari kesalahan, kecacatan dan tidak berani mencadang idea bernas keperluan negara. Sewajarnya aku  malah rakyat Malaysia tidak mahu mencari kelemahan mana-mana pihak kecuali tersedar seketika apabila terpandang langkah-langkah sumbang pihak yang cuba menari di lantai senget.
Tahun 2012 menyaksikan kebanyakan bandar, rumah, kedai, kenderaan  dan pejabat komersial tidak mengambil peluang memahami erti sebenar kemerdekaan  walaupun dengan sehelai kibaran Jalur Gemilang.


Kumpulan bendera negara-negara di dunia yang hampir mempunyai kesamaan tetapi tidak menjadi masalah pada pihak pembangkang. Aku tidak bijak menentukan arus politik tanahair, tetapi mana-mana manusia tidak gemar melihat benda-benda sumbang berterusan. Hentikan tarian politik sumbang jika tahu lantaimu semakin senget. Ia sangat hodoh, tidak menampakkan kamu comel dan bijak malah mampu mendatangkan risiko kecederaan.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH